Showing posts with label najib. Show all posts
Showing posts with label najib. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

GEMPAR!!! PAS GANTI UMNO??!!!

LAYAK KE PAS GANTI UMNO?


PAS KATA UMNO JAHAT SEBAB MEMBAWA MASUK PENGUNDI HANTU DARI MYANMAR. MEREKA KATA UMNO JAHAT DAN ZALIM. JAHAT SEBAB TAK IKUT ISLAM DAN ZALIM SEBAB MENZALIMI RAKYAT. PAS KATA UMNO INI PERASUAH TEGAR DAN PEMUSNAH BANGSA MELAYU.


PAS KATA UMNO INI LEBIH TERUK DARIPADA DAP. LIM GUAN ENG LEBIH MULIA DARIPADA PEMIMPIN UMNO. PAS KATA ORANG UMNO MEMANG TIDAK FAHAM ISLAM DAN MENGUNDI UMNO AKAN DIHUMBAN KE NERAKA. PAS KATA UNDI PAS MENJAMIN KE SYURGA. PAS KATA DAP LEBIH FAHAM ISLAM.

PAS KATA UMNO INI RASIS. PAS KATA UMNO SANGAT BANGGAKAN BANGSA SEHINGGA MENZALIMI HAK BANGSA LAIN. PAS KATA UMNO INI MUNAFIK KERANA SUKA MENIPU DAN MENGGULAKAN RAKYAT DENGAN JANJI KOSONG. PAS KATA UMNO SUKA MEMFITNAH DAN UMNO ADALAH PARTI KOTOR ATAU PARTI LUCAH HANYA KERANA TAYANGAN VIDEO SEKS YANG PELAKONNYA SANGAT MIRIP DENGAN PEMIMPIN PEMBANGKANG.


PAS KATA MEREKA BOLEH MENJADI PENGGANTI UMNO. PAS KATA ORANG MELAYU BOLEH MENGHARAPKAN MEREKA MENJADI PEJUANG BANGSA MELAYU. PAS KATA MEREKA ADALAH PEJUANG ISLAM. PAS KATA PARTI MEREKA ADALAH PARTI ISLAM YANG MENGAMALKAN AJARAN ISLAM YANG SEBENAR. DULU PAS BERMATIAN BERJANJI UNTUK MENEGAKKAN NEGARA ISLAM DAN MENGGUNGKAN SISTEM HUDUD TAPI KINI PAS KATA MEREKA AKAN MENJAGA KEBAJIKAN RAKYAT JIKA DAPAT MEMERINTAH. PAS KATA NEGARA KEBAJIKAN ITU LEBIH MUDAH DITERIMA SEMUA ORANG.

PAS KATA PEMIMPIN ULAMA TIDAK LAGI RELEVAN SEKIRANYA PAS INGIN MENAKLUK PUTRAJAYA. SEBAB ITULAH MEREKA MEMILIH GOLONGAN PROFESIONAL YANG SAMA SEPERTI UMNO JUGA.

TAPI ADA PERKARA YANG PAS SENGAJA BUAT TAK TAHU...

PAS BUAT TAK TAHU TENTANG HUKUM MENABUR FITNAH YANG ALLAH INGATKAN DALAM AL-QURAN. KERANA ITU LAH PAS FITNAH UMNO BAWA MASUK RAKYAT MYANMAR BERDUYUN-DUYUN MASUK UNTUK JADI PENGUNDI HANTU! PAS BUAT TAK TAHU TENTANG PERNYATAAN YANG TERMAKTUB DALAM PERLEMBAGAAN NEGARA BAHAWA SETIAP MELAYU ADALAH ISLAM.


PAS BUAT TAK TAHU BILA DAP BEGITU GIAT MEROBOH RUMAH DAN PERNIAGAAN ORANG MELAYU DI PULAU PINANG DAN SELANGOR. PAS BUAT TAK TAHU BILA LIM GUAN ENG MENIPU KONONNYA KERAJAAN TIDAK PERNAH MEMBERI PERUNTUKAN KEPADA SEKOLAH AGAMA RAKYAT DI PULAU PINANG.

PAS BUAT TAK TAHU BILA PENGANUT MEREKA MENCACI DAN MENGHINA UMAT ISLAM YANG LAIN. PAS BUAT TAK TAHU BILA PEMIMPIN PROFESIONAL MEREKA JUGA MENGAUT KEUNTUNGAN MENGUMPUL KEKAYAAN DAN MENZALIMI HAK ORANG LAIN UNTUK KEPENTINGAN DIRI MEREKA SENDIRI.

PAS BUAT TAK TAHU BILA ORANG LAIN HEBOH MENGATAKAN PEMIMPIN TERTINGGI PKR MEMPUNYAI MORAL YANG RENDAH. PAS BUAT TAK TAHU BILA ORANG KAFIR MENGGUNAKAN MASJID UNTUK BERSENAM ROBIK DAN MENGHASUT MELAYU MEMBENCI MELAYU. MALAHAN PAS BUAT TAK TAHU BILA PENDEKATAN MEREKA MENANAM KEBENCIAN ANAK MUDA PADA UMNO.


PAS BUAT TAK TAHU TENTANG BESARNYA DOSA MENJANJIKAN SYURGA KEPADA ORANG LAIN HANYA DENGAN MENGUNDI MEREKA.

PAS BUAT TAK TAHU BILA PENIAGA KECIL KELANTAN DIZALIMI SEHINGGA TIDAK MAMPU BERSAING DENGAN PENIAGA PASARAYA. PAS BUAT TAK TAHU BILA RAKYAT KELANTAN DIZALIMI KERANA GAGAL MENTADBIR AIR DENGAN BAIK. PAS BUAT TAK TAHU BILA RAKYAT KELANTAN DIZALIMI BILA GAGAL MENGENDALIKAN RUMAH MAKSIAT DAN PELACURAN DI KELANTAN.

PAS JUGA TURUT MENZALIMI UMNO KERANA TERLALU BANYAK FITNAH, HAMUN, CERCA DAN MAKIAN YANG TIDAK LEKANG-LEKANG DARI MULUT PENCERAMAH MEREKA TERHADAP UMNO. KEBAIKAN LANGSUNG TIDAK DISEBUT. PAS BUAT TAK TAHU BILA PARTI ITU KINI KIAN RANAP DARIPADA JATI DIRI ISLAM YANG SEBENAR DENGAN MEMBENARKAN DIRI MEREKA DIPERHAMBAKAN OLEH DAPPIG!


PERSOALANNYA, LAYAKKAH PAS MENGGANTI UMNO SEDANGKAN...

UMNO LAH YANG TELAH BANYAK MEMPERJUANGKAN HAK ORANG ISLAM DAN ORANG MELAYU. UMNO TELAH BANYAK MENGEMBANGKAN AGAMA ISLAM MELALUI MAJLIS AGAMA ISLAM DI SETIAP NEGERI DAN MEMBINA MASJID DAN SURAU DI MERATA TEMPAT.

PAS HANYA MENGAMALKAN PARTI ASSOBIYYAH TAPI UMNO PARTI UNTUK SEMUA ORANG ISLAM. LAYAKKAH PAS KERANA MEREKA DITAKLUK DI BAWAH ARAHAN DAP SEDANGKAN UMNO MENJADI KETUA DALAM KOMPONEN BN. LAYAKKAH MEREKA? SIAPAKAH YANG UNTUNG BILA PEMBANGKANG BERKUASA? SIAPA?

Saturday, December 21, 2013

@NajibRazak JAWAB TUDUHAN KERAJAAN TAK PRIHATIN


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

"Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya," kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini hari ini.

Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

"Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan) yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini) semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan)," kata Najib.

Perdana Menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. - BERNAMA

Tuesday, December 17, 2013

Manifesto Populis Jadi Umpan Pembangkang Untuk Gula-gulakan Rakyat


KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kenyataan tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di negeri Selangor seperti air percuma jelas menunjukkan selama ini segala janji yang ditaburkan adalah untuk gula-gulakan rakyat sebagaimana kenyataan populis mereka dalam mengaburi mata masyarakat terutamanya di Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika kita kaji Manifesto 2008 pakatan pembangkang pada PRU12, begitu juga dengan Manifesto mereka pada PRU13, boleh dikatakan hampir 80 peratus janji-janji pakatan DAP-PKR-PAS tidak dikotakan kerana ianya adalah ‘Manifesto Populis’.

“Rakyat akhirnya yang jadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin pembangkang yang populis ini. Adakah kita lupa akan kenyataan populis Pakatan ini?

“Dahulu dengan bangga mereka mengatakan akan menjaga kebajikan rakyat, tapi jika kita kaji dan nilai semuanya, PPRT naik sewa, cukai pintu Selangor pun naik, kadar sewa tapak niaga PKNS pun naik, hakikatnya banyak lagi yang dikatakan dahulu tetapi tidak ditunaikan kerana sebenarnya ia hanya kenyataan Populis,” ujarnya yang juga Pengerusi Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, jika sebelum ini mereka menyebut berkaitan pendidikan percuma namun bagaimana pula dengan Tadika PASTI yang diselia Pas dan mengapa tidak pula diberikan percuma?

“Begitu juga dengan mahasiwa yang belajar di Unisel dan mana-mana IPT di bawah kendalian kerajaan negeri, kenapa tidak diberikan pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sekiranya menang dalam PRU?

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim membidas kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang dianggap tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma. 

Monday, December 16, 2013

Akhirnya Rosmah Jawab Fitnah Pembangkang!!

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor buat pertama kalinya mengeluarkan kenyataan penuh berhubung tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dari beberapa pihak termasuk pimpinan parti pembangkang.


Berikut merupakan kenyataan penuh Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor : -

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.


Pembaca yang amat dikasihi,

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini.

Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya. Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.

Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri.

Justeru, saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

1. Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu, 19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu. Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

2. Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya. Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co.

Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi. Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 karat itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

3. Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas. Selain itu, saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan.

Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi. Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya. Jika mahu berbakti, sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita.

Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan. Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

4. Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya. Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru, saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah, kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub, kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan.

Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.

5. Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut, mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu. Sebagai meraikan kehadiran tetamu, kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas.

Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu. Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.

Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata, saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan

6. Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah. Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara).
Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara. Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan.

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.

7. Isu menjadi Perdana Menteri Keenam

Mana mungkin? Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib, maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja, maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri.

Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib. Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang. Itu salah dan tidak ada etika. Agama juga membenci perbuatan itu.


Pembaca yang amat dikasihi,

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.

Saya serahkan kepada Allah. Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan. Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu.

Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,

Rosmah Mansor

Thursday, August 22, 2013

DAP membela PENJENAYAH????


Pemimpin DAP membela samseng?? Ianya bukanlah berita yang mengejutkan lagi bagi rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.

Contohnya dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah.

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’. Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis. Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua.

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara. Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis. Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis.

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.


Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP. Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin? Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng. Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini?

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.

Gagak harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa. Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa.

Sesungguhnya rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas. Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya. Gagak berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan dari muka bumi Malaysia.

Tuesday, August 20, 2013

BANTAHAN KALIMAH ALLAH di putrajaya pada 22.8.13 Khamis

Gagak ingin menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia ini supaya datang beramai-ramai ke Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi menyatakan BANTAHAN PERMOHONAN penggunaan KALIMAH SUCI ALLAH oleh The Church pada 22.8.2013 Khamis.


Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu BERSATU dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga MARUAH AGAMA.

p/s: Biar Hilang Nyawa Jangan AGAMA TERGADAI...

Monday, August 19, 2013

Guan Eng akhirnya hentikan 'DRAMA'????

KEPUTUSAN DAP yang memutuskan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan, dipercayai ada kaitan dengan desakan satu kumpulan dalam parti itu yang tidak menyokong Dinasti Lim. Kumpulan ini sudah tidak mahu lagi DAP dipergunakan atas kepentingan peribadi. Dan tidak rela imej parti terus tercemar dari hari ke hari, bulan ke bulan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung Lim Guan Eng sudah mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan CEC 15 Disember lalu. Tetapi yang peliknya selama lapan bulan ini masih enggan melakukan pembetulan dan pemilihan semula.




Penyokong dan akar umbi DAP kini kembali menolak cara Kit Siang dan Guan Eng yang didakwa mempergunakan parti untuk kepentingan mereka. Mereka tidak mahu agenda DAP menjadi agenda keluarga Kit Siang.

"Malam tadi (kelmarin) juga ada kumpulan yang memaksa Guan Eng mengadakan pemilihan semula CEC. Mereka mengatakan parti akan hancur jika ROS batalkan pendaftaran DAP.

"Mereka mahu Guan Eng hentikan drama ini sebab rakyat dah tahu apa yang DAP buat. Selama lapan bulan ini hanya Kit Siang dan Guan Eng sahaja yang enggan buat pemilihan semula. Kami pelik juga sebab setiap kali sebarang pemilihan diadakan sejak 47 tahun ini, mesti ada kalangan anak beranak mereka di ranking atas," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Memang, hakikatnya DAP tidak boleh lari daripada mengadakan pemilihan semula CEC. Bukti begitu kuat mengatakan wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 anggota delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember itu.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu atau lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pemilihan itu. Ekoran kesilapan itu, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi. Zairil yang sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20 menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan CEC.

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas daripada tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.

Sebenarnya, sejak dari awal lagi, Guan Eng membuat kenyataan berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula CEC.

Beliau mengenakan dua syarat jika mahu pemilihan itu diadakan iaitu pertama, ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC. Syarat kedua, DAP mahu ROS menyatakan apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Namun, semua maklum itu cuma retorik Guan Eng. Kelmarin, Karpal akur bahawa DAP terpaksa beralah. Ini demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.

Saturday, August 17, 2013

Memang Biadap!!!!!

Gagak sebenarnya nak berkongsi dengan pembaca semua tentang kelakuan salah seorang pengguna facebook yang biadap dan kurang ajar. Perbuatan beliau ini boleh memecah belahkan negara kita ini. Perbuatan beliau ini juga boleh dianggap sebagai rasis kerana memaki hamun bangsa lain dengan sesuka hati. Lihatlah, bagaimana bangsa lain sudah tidak menghormati bangsa melayu lagi kerana apa? Kerana bangsa melayu sendiri sudah pun berpecah belah.


Apakah perasaan anda bila membaca status lelaki ini? Memang biadap kan???? Gagak baca pun rasa sakit hati sangat-sangat dengan kenyataan budak biadap ini. Lihatlah sekarang ni, bangsa lain dengan tanpa rasa takut memaki hamun bangsa melayu dengan bangganya.

Mari kita renung-renungkanlah sejenak, kita sesama bangsa pun bergaduh sana sini, bangsa lain di belakang tertawakan kita. Dan sekarang ni nahh ambik, bangsa lain sudah tidak menghormati bangsa melayu kita sendiri... Adakah ini yang kita mahu?

Gagak harap bersatulah bangsa Melayu semua agar bangsa lain tidak berani memaki hamun kita lagi.

Friday, August 16, 2013

Guru Menyertai SYIAH?????

Baru-baru ini gagak dapat mengesan seorang facebook user yang menyokong sepenuhnya ajaran Syiah. Lebih mengejutkan lagi beliau merupakan seorang penjawat awam iaitu seorang GURU. Beliau adalah Za Nuriman.

Inilah dia seorang wanita yang menyokong ajaran SYIAH yang menyesatkan ini. Apa yang membimbangkan gagak ialah jika benar beliau adalah seorang guru ini adalah sangat berbahaya kerana beliau boleh menyesatkan atau menghasut para pelajar yang masih mentah supaya mengikuti ajaran SYIAH.



Inilah sebenarnya yang membimbangkan gagak. Diantara ciri-ciri ajaran SYIAH yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72. Golongan SYIAH juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330.

Gagak berharap pihak yang berwajib menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan dengan segera untuk membanteras ajaran sesat ini daripada menular keserata Malaysia dengan lebih teruk dan dasyat lagi.

Apa yang gagak boleh katakan ialah fahaman SYIAH didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Thursday, August 15, 2013

GEMPAKKK!!!!! ISLAM WAJIB BACA!!!!!

Seorang lagi pemimpin DAP hari ini mempertikaikan tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa agama di Malaysia terhadap seorang pengusaha resort di Johor yang membenarkan sekumpulan penganut Buddha menjalankan upacara keagamaan di sebuah Surau...

                                                                         KLIK SINI

Pemimpin DAP berkenaan didalam laman sosial Twitter nya mendesak pihak-pihak terbabit supaya menghormati agama lain di negara ini untuk beribadat...lagi cerita lanjut KLIK SINI

Lihatlah sendiri bagaimana Kesucian Islam dicabar oleh puak-puak DAPig. Mereka sudah semakin berani untuk menodai Agama Islam di Malaysia ini.

Adakah ini yang kita semua mahukan? Apakah kita masih perlu berdiamkan diri? Dimana Pas yang kononnya memperjuangkan Agama Islam? Dimana ahli PKR yang Beragama Islam? Adakah anda masih hendak mendiamkan diri berpeluk tubuh????

Fikir-fikirkan...BIAR NYAWA MELAYANG JANGAN AGAMA HILANG!!!!

Wednesday, August 14, 2013

Dulu Lain Sekarang Lain?

Gagak sebenarnya nak tunjuk kepada pembaca semua tentang akhbar harakah yang dulunya cakap lain tetapi sekarang dah jadi lain. Inilah sebenarnya perangai pas...


Nampak gayanya pas memang betul-betul bukan lagi tempah tetapi dah menetap didalam bilik neraka apabila bergabung dengan bang nuar tu.. Lihatlah pas sekarang sampai tak berani nak melawan cakap bang nuar. Lihat lah sekarang ni, bangsa lain dengan seronoknya menghina agama Islam tetapi apa yang puak-puak pas buat? Hanya berpeluk tubuh diamkan diri?

Dimanakah perjuangan pas yang dahulunya sibuk memperkatakan memperjuangkan agama islam? Itulah yang terjadi kepada pas sekarang ini.

Gagak harap pembaca semua fikir-fikirkan adakah pas masih relevan?