Showing posts with label Rusuhan. Show all posts
Showing posts with label Rusuhan. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

BANTAHAN KALIMAH ALLAH di putrajaya pada 22.8.13 Khamis

Gagak ingin menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia ini supaya datang beramai-ramai ke Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi menyatakan BANTAHAN PERMOHONAN penggunaan KALIMAH SUCI ALLAH oleh The Church pada 22.8.2013 Khamis.


Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu BERSATU dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga MARUAH AGAMA.

p/s: Biar Hilang Nyawa Jangan AGAMA TERGADAI...

Sunday, August 18, 2013

"Isu Kalimah Allah Tidak Sebesar Isu Di Mesir" - Pemuda Pas

Pemuda PAS menyifatkan kebiadapan duta Vatican City ke Malaysia berhubung isu kalimah Allah sebagai isu kecil berbanding kemelut kejatuhan kerajaan Morsi di Mesir. Ketuanya Nasruddin Hassan turut berkata isu kalimah Allah itu hanya melibatkan sensitiviti didalam negara tanpa melibatkan peringkat global.


"Isu ini (kalimah Allah) tidak sebesar isu di Mesir," katanya ketika ditanya mengenai dakwaan bahawa PAS tidak menyatakan bantahan terhadap duta Vatican Citi ke Malaysia Biskop Joseph Marino berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Sementara itu beliau turut berkata pihaknya telah menyatakan bantahan namun liputan yang tidak meluas membabitkan pihak media menjadikan isu kalimah Allah itu tidak sehebat isu global di Mesir.

"Kita juga nyatakan bantahan, cuma tidak mendapat liputan meluas daripada media. Kita juga tidak setuju mana-mana pihak untuk membuat penghinaan atau membuat kenyataan yang mencederakan sensitiviti agama," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di Ibupejabat PAS Pusat di sini hari ini selepas menghadiri mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS kali ke-25. Lagi berita lanjut KLIK SINI.

Sumber