Thursday, February 13, 2014

HELAH ANWAR!!

Anwar Ibrahim sekali lagi membuat helah apabila beliau memfailkan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan sebagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan Kes Liwat II.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sengaja mencari pelbagai alasan untuk memanjangkan perbicaraan kes itu kerana beliau sedar beliau akan tewas dalam rayuan tersebut.

"Sebenarnya Anwar hanya ingin melewat-lewatkan kes perbicaraan rayuan kes liwat dan sengaja membawa usul untuk menggugurkan Shafee Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwa.

"Beliau takut untuk dibicarakan kerana beliau tahu dia bersalah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Forum Buku Perdana di Hotel Seri Pacific baru-baru ini.

Tun Dr Mahathir menjelaskan,Anwar dilihat sengaja mencari pelbagai cara bagi menyingkirkan Shafee kerana kredibiliti peguam itu dalam membuktikan kesalahan yang telah beliau lakukan.


"Memang dia patut takut dengan Shafee kerana beliau adalah seorang peguam yang berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang rumit.

"Dan dengan itu saya memang merasakan Anwar mempunyai perasaan gentar dengan Shafee sebagai ketua pasukan pendakwa," katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya baru-baru ini menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.

Sehubungan itu prosiding mahkamah akan diteruskan dengan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama.

Pendakwaan itu adalah bagi membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Balingian Sarawak bakal hadapi PRK???


PUTRAJAYA: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata pilihan raya kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian akan diadakan jika penyandangnya, Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi itu sebelum 21 Jun ini.

"Tapi, jika Taib mengosongkan kerusi itu selepas tarikh itu, SPR tidak lagi perlu mengadakan sebarang pilihan raya kecil bukan sahaja di kawasan berkenaan, tetapi di seluruh Sarawak," katanya. 

Mengikut Undang-undang Tubuh negeri pilihan raya kecil tidak akan diadakan jika terdapat sebarang kekosongan dalam tempoh dua tahun Dewan Undangan Negeri tamat tempoh. 

Tempoh Dewan Undangan Negeri Sarawak tamat ialah pada 20 Jun 2016 dan dua tahun bermula pada 21 Jun 2014.

Abdul Aziz berkata, SPR sentiasa bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan PRK di DUN Balingian. 

Abdul Aziz berkata, selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, PRK perlu diadakan dalam 60 hari selepas berlaku kekosongan kerusi. 

Taib, 77, Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) hari ini mengumumkan meletak jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang disandangnya lebih tiga dekad sejak 1981, berkuat kuasa 28 Feb ini. 

Bagaimanapun, beliau tidak mengumumkan peletakan jawatannya sebagai ADUN Balingian, yang dimenanginya dalam Pilihan Raya negeri Sarawak pada 2001. 

Sebelum ini, beliau pernah menjadi ADUN Sebandi yang kemudian ditukar nama kepada Asajaya sejak 1981 sebelum berpindah ke Balingian. - Bernama