Thursday, February 13, 2014

HELAH ANWAR!!

Anwar Ibrahim sekali lagi membuat helah apabila beliau memfailkan rayuan untuk menggugurkan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah disifatkan sebagai usaha untuk menangguhkan perbicaraan rayuan Kes Liwat II.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Anwar akan sengaja mencari pelbagai alasan untuk memanjangkan perbicaraan kes itu kerana beliau sedar beliau akan tewas dalam rayuan tersebut.

"Sebenarnya Anwar hanya ingin melewat-lewatkan kes perbicaraan rayuan kes liwat dan sengaja membawa usul untuk menggugurkan Shafee Abdullah sebagai ketua pasukan pendakwa.

"Beliau takut untuk dibicarakan kerana beliau tahu dia bersalah dan mahkamah akan menjatuhkan hukuman setimpal ke atasnya," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Seminar dan Forum Buku Perdana di Hotel Seri Pacific baru-baru ini.

Tun Dr Mahathir menjelaskan,Anwar dilihat sengaja mencari pelbagai cara bagi menyingkirkan Shafee kerana kredibiliti peguam itu dalam membuktikan kesalahan yang telah beliau lakukan.


"Memang dia patut takut dengan Shafee kerana beliau adalah seorang peguam yang berjaya menyelesaikan pelbagai kes yang rumit.

"Dan dengan itu saya memang merasakan Anwar mempunyai perasaan gentar dengan Shafee sebagai ketua pasukan pendakwa," katanya.

Mahkamah Rayuan Putrajaya baru-baru ini menolak permohonan rayuan kali kedua Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan kes liwat membabitkan dirinya.

Sehubungan itu prosiding mahkamah akan diteruskan dengan permohonan rayuan pihak pendakwaan dalam kes sama.

Pendakwaan itu adalah bagi membuat rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

No comments:

Post a Comment