Tuesday, September 2, 2014

AHLI KONGSI GELAP DAN JUGA PENJENAYAH ANTARA AHLI PPS


Georgetown, 02 Sep - Sebuah blog pro kerajaan telah melaporkan bahawa ada di antara anggota-anggota PPS merupakan penjenayah serta ahli kongsi gelap. Blog Dr MiM telah mempersoalkan mengapa Lim Guan Eng begitu marah apabila PPS diharamkan dan juga anggotanya ditangkap oleh Polis.

Menurut laman blog tersebut, Lim Guan Eng dilihat telah cuba mengapi-apikan perasaan benci kepada Ketua Polis Negara di dalam satu perjumpaan bersama PPS. Guan Eng seperti sudah 'hilang akal' dan terus mencabar dengan kata-kata provokasi yang agak melampau dan tidak patut. Kedegilan Lim Guan Eng DAP ini bukan sahaja dianggap pelik tetapi juga sengaja menyusahkan ahli-ahli PPS sendiri. Selanjutnya KLIK SINI

Sebelum ini Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah mengesahkan bahawa seorang anggota PPS merupakan ahli kongsi gelap dan pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat. Menurut Datuk Abdul Rahim Hanafi, sebanyak 11 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) daripada 156 yang ditahan polis semalam didapati mempunyai rekod jenayah lampau.

Rekod itu termasuk kesalahan cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah akta kastam dan beberapa kesalahan lain.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid pula berkata, hasil pemeriksaan pihak Polis mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine. Bagaimanapun menurut beliau, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan dengan lancar.

Sementara itu, 20 peguam diketuai Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut bagi membela anggota-anggota PPS yang berada didalam tahanan Polis. 

PEMIMPIN PAS SANGGUP HILANG NYAWA MEMPERTAHANKAN UNIT AMAL


Kuala Lumpur, 02 Sept - Seorang pemimpin PAS berkata beliau sanggup menggadaikan nyawanya sendiri jika Unit Amal PAS dizalimi oleh pihak berkuasa. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mempertahankan Unit Amal PAS dan menjelaskan Unit Amal tersebut hanya melakukan kerja-kerja kebajikan dan tidak melakukan keganasan.

Menurut beliau, Unit Amal PAS kononnya telah banyak mengharumkan bukan saja nama PAS, malah nama malaysia itu sendiri melalui misi-misi kebajikan dan kemanusiaan yang telah dijalankan oleh mereka. Menurut beliau lagi antara kebajikan yang telah Unit Amal PAS jalankan adalah seperti misi kemanusiaan ketika banjir besar melanda Johor pada 2006 dan di Pahang dua tahun lalu.

Selain itu jelasnya, di peringkat antarabangsa pula Unit Amal PAS telah mengharumkan nama negara apabila turut turun membantu mangsa gempa bumi di Pakistan dan Tsunami di Aceh.

"Saya sedia pertahan dengan nyawa saya selagi mana kita yakin mereka menjalankan tugas kebajikan dan bukan aktiviti keganasan," tegas Salahuddin.

Salahuddin berkata, matlamat asal penubuhan Unit Amal PAS adalah untuk melakukan kerja kebajikan dalam parti, dan khidmat sosial dalam masyarakat umum. Malah beliau antara yang awal terlibat dalam pemerkasaan Unit Amal PAS sejak ia ditubuhkan 30 tahun dahulu. Oleh demikian, dengan yakin beliau berkata Unit Amal PAS masih berada di landasan yang betul dan tidak melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang.

Sebelum ini, Unit Amal PAS dilihat banyak terlibat dengan demonstrasi menentang kerajaan. Unit Amal PAS juga pernah dilihat beberapa kali telah melakukan pelbagai keganasan seperti merempuh pasukan Polis dan juga terlibat dengan demonstrasi BERSIH yang telah mencemarkan nama negara Malaysia.

GUAN ENG CABAR KETUA POLIS NEGARA


Georgetown, 02 Sep - Didalam satu kenyataan kepada media, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dengan tegas menyatakan bahawa DAP dan juga beliau sendiri tidak takut dengan ugutan dari Ketua Polis Negara didalam isu pertubuhan haram PPS.

Menurut beliau, kerajaan DAP Pulau Pinang akan tetap mempertahankan PPS negeri itu dan tidak sama sekali akan tunduk kepada amaran Ketua Polis Negara yang mahu mengambil tindakan terhadap Pasukan Peronda Sukarelawan itu.

"Kerajaan Negeri tidak akan tunduk sama sekali dengan ugutan KPN itu," katanya.

Guan Eng turut memberitahu bahawa Kerajaan Negeri akan menyediakan khidmat serta pembiayaan guaman bagi membantu mempertahankan mana-mana anggota PPS yang ditahan polis. Menurut beliau khidmat tersebut disediakan kepada anggota PPS bukannya atas sebab salah laku jenayah, tetapi kerana menjaga kepentingan anggota Sukarelawan itu.

Guan Eng juga turut mencabar Ketua Polis menangkap dirinya dan juga berdebat dengannya secara terbuka. Menurut Ketua Menteri itu, beliau tidak takut untuk berhadapan dengan Ketua Polis Negara dan mencabar Khalid untuk berdebat secara terbuka berhubung dengan isu PPS ini.

"Saya cabar Ketua Polis Negara untuk berdebat mengrenai isu ini, " tegas Guan Eng.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut bertanya sama ada beliau akan turut ditangkap berikutan kenyataan Khalid sebelum ini yang memberi amaran akan menyerbu kediaman anggota PPS jika tidak ingin menyerahkan diri.

"Bilakah giliran saya akan ditangkap. Saya tunggu beliau!," katanya yang mencabar Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Tuesday, August 5, 2014

BILA CINA PENANG PERASAN MACAM ORANG AMERIKA


Semakin lama semakin rosak akhlak orang Malaysia sejak dipegang oleh DAP ini sehinggakan sukan "bogel" pun boleh dibuat. Adakah ini juga salah satu tarikan bagi Tahun Melawat Malaysia 2014?

Terbaharu, sekumpulan lelaki dan wanita menganjurkan "PENANG NUDE SPORTS GAMES" yang berlangsung di pantai Teluk Bahang.



Apa yang lebih membimbangkan ialah ianya berlaku di Pulau Pinang sebuah negeri yang ditadbir oleh DAP yang kononnya begitu mengambil berat tentang hal-hal yang menyentuh sensitiviti masyarakat di negeri ini sepertimana yang beliau pernah lakukan sebelum ini dimana Guan Eng mengumumkan tidak akan sesekali membuka pusat perjudian di Pulau Pinang kerana menghormati masyarakat lain khususnya orang-orang Islam.

Persoalannya bagaimana sukan bogel ini boleh mendapat kelulusan daripada pihak berwajib untuk dijalankan? Gagak mohon supaya siasatan lanjut dan tindakan tegas diambil kepada semua yang terlibat!!!

SUMBER