Showing posts with label harakah. Show all posts
Showing posts with label harakah. Show all posts

Tuesday, August 20, 2013

BANTAHAN KALIMAH ALLAH di putrajaya pada 22.8.13 Khamis

Gagak ingin menyeru kepada semua Umat Islam di Malaysia ini supaya datang beramai-ramai ke Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi menyatakan BANTAHAN PERMOHONAN penggunaan KALIMAH SUCI ALLAH oleh The Church pada 22.8.2013 Khamis.


Kalimah Allah merupakan lafaz suci yang perlu dijaga dan berkait dengan akidah. Umat Islam perlu peka dan bertanggungjawab dalam isu ini. Sikap membenarkan sesiapa sahaja menggunakan kalimah tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam.

Umat Islam perlu tegas dalam menjaga kesucian dan identiti agama kerana bersikap terlalu terbuka sehingga membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahwa semua agama adalah sama.

Kalimah Allah sebenarnya tidak ada di dalam Bible, yang digunakan ialah perkataan God. Tetapi di dalam Bible yang diterjemahkan ke bahasa Melayu, perkataan God ditejemahkan sebagai Allah.

Isu penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam ini melibatkan isu berkaitan Siasah Syar’iyyah dan Kerajaan wajib menjaga kesucian agama dan umat Islam. Fatwa perlu dikeluarkan oleh Jawatankuasa ini bagi menjaga kesucian agama dan akidah umat Islam.

Pertimbangan Jawatankuasa dalam melarang penggunaan kalimah Allah oleh agama bukan Islam bukan hanya dilihat dari aspek keselamatan, tetapi factor utama adalah berasaskan akidah dan kesucian agama Islam. Dalam keadaan di mana agama dan umat Islam dihimpit dengan pelbagai gerakan yang cuba menghakis kedaulatan Islam sebagai agama rasmi negara, umat Islam perlu BERSATU dan menunjukkan ketegasan dalam menjaga MARUAH AGAMA.

p/s: Biar Hilang Nyawa Jangan AGAMA TERGADAI...

Friday, August 16, 2013

Guru Menyertai SYIAH?????

Baru-baru ini gagak dapat mengesan seorang facebook user yang menyokong sepenuhnya ajaran Syiah. Lebih mengejutkan lagi beliau merupakan seorang penjawat awam iaitu seorang GURU. Beliau adalah Za Nuriman.

Inilah dia seorang wanita yang menyokong ajaran SYIAH yang menyesatkan ini. Apa yang membimbangkan gagak ialah jika benar beliau adalah seorang guru ini adalah sangat berbahaya kerana beliau boleh menyesatkan atau menghasut para pelajar yang masih mentah supaya mengikuti ajaran SYIAH.



Inilah sebenarnya yang membimbangkan gagak. Diantara ciri-ciri ajaran SYIAH yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah ialah Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72. Golongan SYIAH juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330.

Gagak berharap pihak yang berwajib menyiasat perkara ini serta mengambil tindakan dengan segera untuk membanteras ajaran sesat ini daripada menular keserata Malaysia dengan lebih teruk dan dasyat lagi.

Apa yang gagak boleh katakan ialah fahaman SYIAH didapati menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam yang berlandaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam yang menganut fahaman ini hendaklah kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Wednesday, August 14, 2013

PANAS!!!! Jemaah SYIAH CIUM MULUT Khatib selepas baca KHUTBAH JUMAAT!!!

Video ini diperolehi dari seseorang yang telah memuat naik kedalam salam satu group FB.. Kejadian ini berlaku di salah sebuah Masjid di Pendang..


Kandungan video menunjukkan seorang Khatib sedang membaca Khutbah Jumaat dan diakhir khutbah tersebut, beberapa orang bangun menerpa khatib dan beberapa orang jemaah lagi sedang menunggu Khatib dibelakang mimbar datang mencium khatib tersebut setelah selesai membaca khutbah...lagi cerita lanjut KLIK SINI

Gagak harap pihak berkuasa menyiasat serta mengambil tindakan dengan segera kerana ini akan membayahakan Agama Islam itu sendiri...

Dulu Lain Sekarang Lain?

Gagak sebenarnya nak tunjuk kepada pembaca semua tentang akhbar harakah yang dulunya cakap lain tetapi sekarang dah jadi lain. Inilah sebenarnya perangai pas...


Nampak gayanya pas memang betul-betul bukan lagi tempah tetapi dah menetap didalam bilik neraka apabila bergabung dengan bang nuar tu.. Lihatlah pas sekarang sampai tak berani nak melawan cakap bang nuar. Lihat lah sekarang ni, bangsa lain dengan seronoknya menghina agama Islam tetapi apa yang puak-puak pas buat? Hanya berpeluk tubuh diamkan diri?

Dimanakah perjuangan pas yang dahulunya sibuk memperkatakan memperjuangkan agama islam? Itulah yang terjadi kepada pas sekarang ini.

Gagak harap pembaca semua fikir-fikirkan adakah pas masih relevan?