Showing posts with label Kerajaan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

MOMOTARO SANNN!! Anwar Dilarang Masuk ke JEPUN!!!


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada hari Ahad dan mengecam layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Anwar menerusi kenyataan di blog miliknya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini dan mengatakan ianya tidak wajar untuk kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke Jepun sekaligus menafikan hak-hak sah beliau bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.

"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata beliau di blognya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Menurut catatan di blog miliknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen dan diarahkan supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.

Anwar dikatkan memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.

Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.

"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.


Tindakan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki Tokyo dipercayai kerana beliau gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun.

Menurut pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

"Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu," kata pegawai Imigresen Jepun ketika dihubungi

Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.

Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.

Saturday, December 21, 2013

@NajibRazak JAWAB TUDUHAN KERAJAAN TAK PRIHATIN


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

"Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya," kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini hari ini.

Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

"Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan) yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini) semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan)," kata Najib.

Perdana Menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. - BERNAMA