Showing posts with label tol. Show all posts
Showing posts with label tol. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

@NajibRazak JAWAB TUDUHAN KERAJAAN TAK PRIHATIN


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kenaikan tarif elektrik dan tol tidak dapat dielakkan demi memelihara kestabilan ekonomi, tetapi kerajaan akan mencari jalan untuk melindungi dan mengurangkan kesannya kepada rakyat.

"Jangan fikir kerajaan tidak prihatin kepada rakyat walaupun sekarang banyak bicara soal kenaikan tol, elektrik dan sebagainya, sebenarnya perkara-perkara ini amat sukar untuk tidak dilaksanakan.

"Implikasi kalau tak dilaksanakan, boleh menjejaskan ekonomi negara, rakyat akan tanggung kesusahan yang lebih (lagi) sebenarnya," kata Perdana Menteri semasa berucap pada majlis penyerahan bantuan mangsa banjir peringkat nasional dan penghargaan kepada para sukarelawan di Masjid Abu Bakar, Temerloh, di sini hari ini.

Beliau memberi contoh kenaikan tol, dan menjelaskan bahawa satu mekanisme akan dibuat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang terbabit.

"Kalau tol naik, mungkin ada kadar waktu puncak, atau pas bermusim, (dan) yang guna tiap-tiap hari, mungkin kita beri kadar lebih rendah dan murah, (ini) semua kita (kerajaan) sedang tengokkan (fikirkan)," kata Najib.

Perdana Menteri berkata lebuh raya di negara ini yang berstatus negara maju memerlukan pembiayaan tertentu, dan tol perlu dinaikkan secara berperingkat dengan mengambil kira kesannya kepada rakyat.
Beliau juga menegaskan pada hakikatnya, kerajaan masih menyediakan subsidi berjumlah RM42 bilion untuk rakyat, jumlah peruntukan yang hampir bersamaan dengan peruntukan pembangunan berjumlah RM49 bilion. - BERNAMA

Thursday, December 19, 2013

REEZAL MERICAN DESAK TANGGUH KENAIKAN TOL !


Cadangan kenaikan kadar tol yang dikemukakan kerajaan wajar dikaji semula secara menyeluruh.

Ini kerana kenaikan dalam sahaja kuantum akan menyukarkan rakyat khususnya di dalam bandar dan dalam kalangan mereka yang sentiasa menggunakan laluan bertol.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, dalam konteks tol, secara spesifisk BN telah berjanji kepada rakyat di bawah tajuk Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan pembangunan Luar bandar untuk mengurangkan bayaran tol secara berperingkat.

“Saya menaruh keyakinan PM akan melihatnya secara lebih komprehensif kerana beliau sendiri mengumumkan kos sara hidup sebagai agenda utama akujanji,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam masa yang sama, Reezal Merican menyeru Kementerian Kerja Raya kajian secaa holistic sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada makan datang.

“Ia perlu mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan,” jelasnya.

Antara lebuh raya baharu yang dalam peringkat perlaksanaan kini adalah Lebuhraya Damansara-Shah Alam, Lebuhraya Sungai Besi-Ulu Kelang Lebuhraya Kinrara-Damansara dan Lebuh Raya Sungai Dua-Juru.

Kesemua lebuh raya baharu itu, katanya, mempunyai implikasi kewangan harian kepada pengguna bandar baik di Lembah Klang .

“JKR juga perlu umum status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, LDP dan NPE. Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula ini, apatah lagi aoabila ia dinyatakan secara spesifik dalam pelan Strategik Kementerian Kerja Raya,” jelasnya.

Menurutnya, rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan pengguna dalam apa sahaja keadaan.

Beradarkan maklum balas rakyat terbanyak, mereka rasa terbeban dengan apa terbina dengan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini.---MalaysiaGazette