Showing posts with label bunuh. Show all posts
Showing posts with label bunuh. Show all posts

Friday, August 23, 2013

MACAI Pakatan mula soal siapa yang BUNUH Altantuya


Sebaik sahaja Sirul dan Azilah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan, para pencacai Pakatan segera menimbulkan persoalan yang semakin melambak didalam facebook seolah-olah mereka bengap, bodoh. Para pecacai Pakatan atau lebih tepat lagi, para pengikut setia Anwar Ibrahim menimbulkan satu persoalan iaitu SIAPA YANG MEMBUNUH ALTANTUYA?

Mereka mula mengataan yang kononnya mahkamah atau sistem perundangan di Malaysia tidak telus kerana membebaskan Sirul dan Azilah. Sebenarnya mereka ini sengaja berbuat demikian bagi menghasut rakyat supaya membenci kerajaan. Berikut adalah cerita sebenar mengenai kejadian tersebut.

Perbicaraan telah membuktikan bahawa pembunuhan tersebut dijalankan oleh kedua-dua anggota polis tersebut. Daripada keterangan mereka, kedua-duanya telah tersalah memahami arahan yang dikeluarkan oleh Abdul Razak Baginda, kekasih Altantuya Shiiribu yang sudah tidak tahan lagi dengan peras ugut wanita tersebut dan gangguan ke atas keluarganya yang dilakukan oleh si mati.

Pendakwaraya telah berjaya mensabitkan kesalahan membunuh ke atas kedua-dua pegawai dan anggota polis tersebut dalam perbicaraan biasa. Tetapi sistem perundangan di Malaysia mempunyai beberapa lapis proses perundangan yang lain sebelum kedua-duanya dibunuh di tali gantung kerana sabit kesalahan yang dilakukan.

Abdul Razak Baginda yang merupakan orang yang mengeluarkan arahan, dibebaskan dan tidak didakwa lagi di mahkamah apabila Peguam Negara selaku pendakwaraya enggan membuat rayuan membatalkan keputusan mahkamah.

Sirul dan Azilah meneruskan proses perundangan dengan membuat rayuan di Mahkamah Rayuan. Mereka akhirnya dibebaskan DENGAN ALASAN TEKNIKAL sekalipun mereka telah didapati bersalah membunuh Altantuya Shiiribu. Sekarang ni bahagian mana yang para pencacai Pakatan tak faham sehingga perlu mengeluarkan pertanyaan siapa yang membunuh Altantuya?

Dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan, tidak bermakna tidak bersalah dan tidak melakukannya. Sama dalam kes Anwar Ibrahim, dia MELIWAT dan segala bukti serta keterangan saksi memang menunjukkan dia melakukan perbuatan berkenaan. Tetapi atas sebab TEKNIKAL, mahkamah memutuskan dia bebas dan pihak pendakwa sedang dalam proses rayuan untuk mengenepikan keputusan berkenaan.

Kalau mengenai Anwar Ibrahim, keputusan mahkamah boleh diterima, mengapa pula dalam kes Azilah dan Sirul, para pencacai Pakatan susah nak terima??


Gagak Hutan.

Thursday, August 22, 2013

DAP membela PENJENAYAH????


Pemimpin DAP membela samseng?? Ianya bukanlah berita yang mengejutkan lagi bagi rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.

Contohnya dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah.

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’. Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis. Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua.

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara. Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis. Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis.

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.


Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP. Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin? Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng. Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini?

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.

Gagak harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa. Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa.

Sesungguhnya rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas. Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya. Gagak berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan dari muka bumi Malaysia.

Wednesday, August 21, 2013

AWAS dengan taktik baru PENYAMUN DAN PEROGOL!!!!

Gagak ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia! Sekarang ini penjenayah sudah mula menggunakan taktik terbaru untuk merogol atau merompak.

Di stesen minyak, akan seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan biznes kad. Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.

Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu stesen pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari orang di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya dan dia merasakan dia perlu untuk melakukan sesuatu yang pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah org yang yang pertama di temui dan mula membunyikan hon dia berulang kali untuk meminta bantuan.
Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerana selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas.

Rupa-rupanya, ada bahan pada kad yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.
Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui Untuk Orang Setakat ini) dan ia digunakan oleh orang-orang yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri daripada atau mengambil kesempatan daripada mereka. 

Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah biasa.

Jadi sila berhati-hati dan pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang apabila anda bersendirian.