Showing posts with label pulau pinang. Show all posts
Showing posts with label pulau pinang. Show all posts

Tuesday, December 24, 2013

Guan Eng Mohon Maaf ??!


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng diberikan tempoh seminggu untuk memohon maaf secara terbuka kerana menggelar Ketua Pembangkang negeri, Datuk Jahara Hamid dengan panggilan 'nenek rasis' pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) baru-baru ini.

Menurut Jahara Hamid, beliau sedang menimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Setiausaha Agung DAP tersebut sekiranya beliau gagal memohon maaf kepadanya.

"Beliau (Lim) menuduh saya membangkitkan porpaganda perkauman dan memanggil saya '1,000 kali jahat, pemfitnah dan seorang nenek pembohong.

"Ini satu serangan peribadi yang sangat serius terhadap saya dan ia memberi kesan kepada maruah saya sebagai seorang wanita dan ketua pembangkang.

Jahara turut menggesa Lim menilai semula semua faktanya secara teliti, rasional dan positif.

Saturday, December 21, 2013

DAP Tak Ubah Seperti KUCING KURAP !!!


Masyarakat India dan penduduk kampung Ladang Byram, Nibong Tebal bertegas untuk mempertahankan rumah kediaman mereka yang telah diduduki sejak sekian lama.

Ia ekoran dari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri agar para penduduk yang terdiri daripada 19 keluarga di kawasan tersebut, segera mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan kawasan tersebut dijadikan tempat pelupusan sampah.

Sebagai pampasan, setiap keluarga akan dibayar pampasan sebanyak RM2,000.00 dan diberikan sebuah rumah pangsapuri untuk disewa yang terletak di Jawi dengan bayaran RM100.00 sebulan. Menurut salah seorang wakil penduduk yang ditemui, jumlah pampasan yang diberikan adalah amat rendah sekaligus membuktikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan nasib masyarakat India di kawasan tersebut.


“Kita ini sudah lama duduk (hampir 33 tahun), kita tidak mahu duduk flat (rumah pangsa). Sudah bagi tahu banyak kali, sudah hampir 6 bulan mereka (kerajaan negeri) datang untuk berbincang namun masih tetap mengeluarkan surat untuk keluar rumah (notis mengosongkan rumah).

“Mereka suruh kita duduk rumah pangsa, mereka tahu tak (ada keluarga yang tidak mampu bayar) bil elektrik. (Adakalanya) hampir 3 bulan bil tersebut (tertunggak). Inikan pula diminta untuk membayar duit sewa rumah tersebut berjumlah RM100.00 sebulan” kata wakil tersebut dengan nada sedih ketika ditemui petang semalam.

Paling memeranjatkan mereka, apabila perjumpan yang diadakan dengan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr. P. Ramasamy bukan sahaja gagal mencari jalan penyelesaian namun telah memburukkan lagi keadaan. Ini kerana selepas 3 hari perjumpan tersebut diadakan mereka menerima satu lagi notis yang meminta semua penghuni rumah segera berpindah.


“Semasa perjumpaan tersebut dia (Ramasamy) juga yang mencadangkan agar mana-mana keluarga ingin berpindah boleh berbuat demikian, manakala yang tidak bersetuju boleh terus tinggal sehingga persetujuan dapat dicapai. Namun selepas 3 hari, mereka mengeluarkan notis untuk kosongkan rumah.

“Permintaan kami mudah, cari satu kawasan yang berhampiran untuk kami tinggal. Ini kerena rata-rata penghuni adalah merupakan kanak-kanak kecil dan warga emas yang uzur. Tambahan pula semua penghuni bekerja di ladang yang berhampiran.

Menurutnya, dulu kerajaan DAP pernah sekali memberikan mereka 10 kilogram beras untuk setiap keluarga, namun selepas itu langsung tiada sebarang bantuan yang diberikan.

“Saya mahu tanya, dua kali mereka telah menang, apa yang telah mereka berikan kepada kami? Apapun tidak ada. Kita pergi jumpa dengan Datuk Zainal (Abidin Osman). Dia yang tolong sama kita, tapi sayang dia kalah.

“Kalau dia menang (dalam pilihanraya umum yang lalu) pasti beliau akan bantu kami di sini. Sekarang dia tidak ada, kita semua susah, macam anjing ke sana sini (meminta bantuan)” jelasnya dengan nada yang kecewa.

Thursday, December 19, 2013

Alatan SEKS kini DIJUAL SECARA TERBUKA!!!! @PDRM


Terdapat premis perniagaan di Pulau Pinang yang menjual alatan seks secara terbuka di premis mereka.

Apakah Pulau Pinang kini sudah terbuka dan apa sahaja boleh di niagakan secara sesuka hati ? Mungkin selepas ini penduduk dan masyarakat di Pulau Pinang dapat pula melihat perniagaan chinadoll yang melintuk liuk di sebalik cermin menantikan pelanggan.

Yang menghairan ialah kenapa premis tersebut dapat beroperasi seperti biasa , tak ada pemantauan daripada pihak berkuasa ke?



Sedarkah kita bahawa penjualan secara terbuka ini amat membimbangkan khususnya kepada para remaja kita di luar sana. Dalam suasana dan perkembangan mutakhir ini rasanya premis yang cukup mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja itu mampu membawa bencana kepada generasi pelapis negara. 

Wednesday, December 18, 2013

Tokong Guan Eng Akan Selesaikan Banjir Di Pahang Sekiranya Putrajaya Di Tangan Pakatan

Dalam Konvensyen DAP yang berlangsung Ahad lalu, Lim Guan Eng membuat ucapan yang membuatkan kita tersengih-sengih mendengarnya. Kata Guan Eng, beliau berjanji sekiranya PR dapat memenangi Putrajaya maka masalah banjir di Pahang akan diselesaikan dalam masa satu penggal sahaja.


Mungkin reaksi paling tepat terhadap ucapan Guan Eng ialah dengan memberikan beliau gambar-gambar banjir di Pulau Pinang bersama dengan cermin.

Masalah banjir di Pahang mungkin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar walaupun tidak seburuk tahun ini. Tetapi, masalah banjir terburuk di Pulau Pinang yang berlaku pada 2011 dan berulang lagi pada 2013 bukanlah perkara biasa. Sedar atau tidak, negeri itu hanya mengalami banjir yang buruk sejak diperintah oleh DAP.

Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang geologi untuk memahami kenapa bencana ini terjadi di Pulau Pinang. Cukup dengan melihat dengan mata kasar kerakusan kerajaan DAP membuat pembangunan tanpa menghiraukan kesannya kepada alam sekitar.

Apa yang menarik ialah Guan Eng hampir langsung tidak membuat kenyataan mengenai banjir di Pulau Pinang ketika masalah itu berlaku di sana. Malah, akhbar milik DAP, Roketkini juga bagai segan-segan untuk menyentuh mengenai masalah itu. Tidak salah dikatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang lebih ‘selesa’ membiarkan pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Negeri Sendiri pun tak boleh diselesaikan...ada hati nak selesaikan banjir di Negeri orang...Jangan kencing la...

Tuesday, December 17, 2013

Guan Eng tidak TELUS!!!


Ketelusan Kerajaan Negeri Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng dalam pembahagian tender yang dicanangkan bakal dilaksanakan secara terbuka dipersoal susulan pendedahan dalam portal Malaysia Today yang boleh menjatuhkan maruah Lim Guan Eng DAP dan C.A.T yang beliau sering war-warkan.

Malah, pendedahan dokumen-dokumen penting di bawah oleh Malaysia Today sudah tentu menguatkan lagi berita yang pasti memalukan Setiausaha Agung DAP itu.



Tender bagi projek membina tebatan banjir dan menaiktarafkan parit di sekitar Jalan Kampung Baru, Bukit Mertajam didapati melanggar princip CAT di mana rundingan yang dilakukan secara terus dan tidak diserahkan kepada perunding dalaman terlebih dahulu.




"Sementara syarikat-syarikat yang mengambil bahagian hanya akan dipertimbangkan sekiranya sebut harga yang diberikan oleh mereka adalah tidak melebihi 20% lebih murah atau lebih mahal dari harga yang telah disyorkan oleh perunding," katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan menerusi laman portal berkenaan.



Ini merupakan satu penipuan terancang Guan Eng yang menyanggah slogan CAT yang dijanjikan kepada rakyat negeri itu.

"Di manakah ketelusan yang diuar-uarkan oleh DAP Pulau Pinang dalam perkara ini bila sudah jelas kedua-dua syarikat yang dikemukakan dalam projek tersebut diperkenalkan sendiri oleh Lim Guan Eng?

"Adakah ini gaya pentadbiran baru yang cuba ditonjolkan oleh Pakatan Rakyat dalam negeri-negeri di bawah pentadbirannya? Penipuan terancang yang berselindung di sebalik CAT yang cuma sekadar slogan kosong?





"Cakap tak serupa bikin. Mungkin kerajaan negeri punya definisi tersendiri mengenai ketelusan dan selagi rakyat masih terbuai dengan ‘keindahan’ mantera-mantera seperti ini, mereka akan terus ditipu," katanya.





Untuk rekod, dasar CAT merupakan satu kaedah pembahagian tender terbuka yang melalui perunding dalaman terlebih dahulu bagi mengesyorkan harga projek.



Sebelum ini, beberapa pihak turut mempersoalkan ketelusan pimpinan Guan Eng dalam melaksanakan dasar CAT termasuk Timbalan Pesuruhjaya Muhammad Fauzi Yusoff yang mendakwa pembahagian tender hanya memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu sekaligusidak menghargai usaha dan sumbangan dalam memastikan pakatan pembangkang kekal relevan di kalangan rakyat terutamanya masyarakat Melayu.

Thursday, August 22, 2013

DAP membela PENJENAYAH????


Pemimpin DAP membela samseng?? Ianya bukanlah berita yang mengejutkan lagi bagi rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.

Contohnya dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah.

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’. Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis. Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua.

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara. Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis. Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis.

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.


Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP. Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin? Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng. Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini?

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.

Gagak harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa. Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa.

Sesungguhnya rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas. Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya. Gagak berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan dari muka bumi Malaysia.

Monday, August 19, 2013

Guan Eng akhirnya hentikan 'DRAMA'????

KEPUTUSAN DAP yang memutuskan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan, dipercayai ada kaitan dengan desakan satu kumpulan dalam parti itu yang tidak menyokong Dinasti Lim. Kumpulan ini sudah tidak mahu lagi DAP dipergunakan atas kepentingan peribadi. Dan tidak rela imej parti terus tercemar dari hari ke hari, bulan ke bulan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung Lim Guan Eng sudah mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan CEC 15 Disember lalu. Tetapi yang peliknya selama lapan bulan ini masih enggan melakukan pembetulan dan pemilihan semula.




Penyokong dan akar umbi DAP kini kembali menolak cara Kit Siang dan Guan Eng yang didakwa mempergunakan parti untuk kepentingan mereka. Mereka tidak mahu agenda DAP menjadi agenda keluarga Kit Siang.

"Malam tadi (kelmarin) juga ada kumpulan yang memaksa Guan Eng mengadakan pemilihan semula CEC. Mereka mengatakan parti akan hancur jika ROS batalkan pendaftaran DAP.

"Mereka mahu Guan Eng hentikan drama ini sebab rakyat dah tahu apa yang DAP buat. Selama lapan bulan ini hanya Kit Siang dan Guan Eng sahaja yang enggan buat pemilihan semula. Kami pelik juga sebab setiap kali sebarang pemilihan diadakan sejak 47 tahun ini, mesti ada kalangan anak beranak mereka di ranking atas," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Memang, hakikatnya DAP tidak boleh lari daripada mengadakan pemilihan semula CEC. Bukti begitu kuat mengatakan wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 anggota delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember itu.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu atau lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pemilihan itu. Ekoran kesilapan itu, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi. Zairil yang sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20 menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan CEC.

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas daripada tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.

Sebenarnya, sejak dari awal lagi, Guan Eng membuat kenyataan berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula CEC.

Beliau mengenakan dua syarat jika mahu pemilihan itu diadakan iaitu pertama, ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC. Syarat kedua, DAP mahu ROS menyatakan apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Namun, semua maklum itu cuma retorik Guan Eng. Kelmarin, Karpal akur bahawa DAP terpaksa beralah. Ini demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.

Saturday, August 17, 2013

Memang Biadap!!!!!

Gagak sebenarnya nak berkongsi dengan pembaca semua tentang kelakuan salah seorang pengguna facebook yang biadap dan kurang ajar. Perbuatan beliau ini boleh memecah belahkan negara kita ini. Perbuatan beliau ini juga boleh dianggap sebagai rasis kerana memaki hamun bangsa lain dengan sesuka hati. Lihatlah, bagaimana bangsa lain sudah tidak menghormati bangsa melayu lagi kerana apa? Kerana bangsa melayu sendiri sudah pun berpecah belah.


Apakah perasaan anda bila membaca status lelaki ini? Memang biadap kan???? Gagak baca pun rasa sakit hati sangat-sangat dengan kenyataan budak biadap ini. Lihatlah sekarang ni, bangsa lain dengan tanpa rasa takut memaki hamun bangsa melayu dengan bangganya.

Mari kita renung-renungkanlah sejenak, kita sesama bangsa pun bergaduh sana sini, bangsa lain di belakang tertawakan kita. Dan sekarang ni nahh ambik, bangsa lain sudah tidak menghormati bangsa melayu kita sendiri... Adakah ini yang kita mahu?

Gagak harap bersatulah bangsa Melayu semua agar bangsa lain tidak berani memaki hamun kita lagi.