Showing posts with label PDRM. Show all posts
Showing posts with label PDRM. Show all posts

Friday, December 27, 2013

Akhirnya DITANGKAP...



Polis telah menahan suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan baru-baru ini.

Suspek tersebut ditahan pada Khamis pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,"kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Hadi Ho Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan mengenai Asmaelz Hadzeny II yang dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember ini di laman Facebooknya.

Berdasarkan akaun FBnya, beliau dilapor mengajak orang ramai membuat persiapan untuk merusuh selain membawa peralatan mempertahankan diri daripada anggota polis.

“...kita akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggulingkan kerajaan zalim...pada malam ambang sambutan tahun baru.

Ayuh rakyat ayuh! kalau boleh sila bawa perkakasan, peralatan untuk mempertahankan diri daripada....polis,” kata status berkenaan.

Berikutan kenyataan berbaur hasutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II dan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Friday, December 20, 2013

Langgar Anggota Polis


Tuaran: Akibat panik apabila mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan dalam Ops Cantas Khas Trafik, seorang penunggang motosikal merempuh sekatan itu sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di paha dan tangan kanannya dalam kejadian di Jalan Telibong-Tamparuli baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Koperal Madlan Suara, 47, dikejarkan ke Hospital Tuaran di sini, selepas cedera di tapak tangan dan jari manis serta pahanya dan menerima beberapa jahitan.

Bagaimanapun, Madlan yang masih menerima rawatan di Hospital Tuaran di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala penunggang motosikal berusia 17 tahun itu ditahan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan mendapati, suspek menunggang motosikal Honda EX5 dari Tuaran menuju ke Tamparuli, dekat sini, dan sebaik tiba di tempat kejadian, suspek panik apabila melihat anggota polis sedang melakukan sekatan jalan.

ANGGOTA polis cedera dirempuh penunggang motosikal di Jalan Telibong-Tamparuli, semalam.“Penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan merempuh Koperal Madlan,” katanya ketika dihubungi.

Thursday, December 19, 2013

Alatan SEKS kini DIJUAL SECARA TERBUKA!!!! @PDRM


Terdapat premis perniagaan di Pulau Pinang yang menjual alatan seks secara terbuka di premis mereka.

Apakah Pulau Pinang kini sudah terbuka dan apa sahaja boleh di niagakan secara sesuka hati ? Mungkin selepas ini penduduk dan masyarakat di Pulau Pinang dapat pula melihat perniagaan chinadoll yang melintuk liuk di sebalik cermin menantikan pelanggan.

Yang menghairan ialah kenapa premis tersebut dapat beroperasi seperti biasa , tak ada pemantauan daripada pihak berkuasa ke?



Sedarkah kita bahawa penjualan secara terbuka ini amat membimbangkan khususnya kepada para remaja kita di luar sana. Dalam suasana dan perkembangan mutakhir ini rasanya premis yang cukup mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja itu mampu membawa bencana kepada generasi pelapis negara.