Showing posts with label sex. Show all posts
Showing posts with label sex. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Takut Seks!!!


OLDHAM - Ramai wanita biasanya takut dengan labah-labah tetapi warga tempatan, Sofia Birch takut melakukan hubungan seks, lapor media di sini semalam.

Wanita berusia 21 tahun ini bekerja di sebuah pasar raya menghidap ‘genophobia’ – merujuk kepada perasaan takut kepada hubungan fizikal lelaki dan wanita.

Juruwang berkenaan berkata, dia mengalami keadaan itu secara tiba-tiba sedangkan tidak pernah ada masalah dengan perkara itu ketika menjalin hubungan dengan teman lelakinya.

Birch mengakui takut akan hidup sendirian selepas teman lelakinya yang dikenali sejak kecil, Ian Barrow, memutuskan hubungan kerana hubungan asmara mereka terhenti lebih tiga tahun.

Sophia memberitahu akhbar Daily Star: “Saya mungkin tidak akan dapat menjalin hubungan lagi selepas ini.
Takut, tak selesa

“Hanya memikirkan untuk melakukan hubungan seks dengan seorang lelaki menyebabkan saya takut dan tidak selesa.

“Saya menjalin hubungan seks seperti orang lain tiga tahun lalu apabila tiba-tiba saja saya tidak dapat melakukannya pada satu hari.

“Selepas beberapa tahun tidak melakukannya, Ian meninggalkan saya.

“Cuma, saya sekarang menaruh harapan untuk keadaan kembali seperti sebelum ini. Saya mahu berasmara semula,” katanya.

Birch berasa ketakutan untuk melakukan seks hingga tidak sanggup menonton adegan romantik dalam filem atau televisyen, menurut sumber Agensi

Thursday, December 19, 2013

Alatan SEKS kini DIJUAL SECARA TERBUKA!!!! @PDRM


Terdapat premis perniagaan di Pulau Pinang yang menjual alatan seks secara terbuka di premis mereka.

Apakah Pulau Pinang kini sudah terbuka dan apa sahaja boleh di niagakan secara sesuka hati ? Mungkin selepas ini penduduk dan masyarakat di Pulau Pinang dapat pula melihat perniagaan chinadoll yang melintuk liuk di sebalik cermin menantikan pelanggan.

Yang menghairan ialah kenapa premis tersebut dapat beroperasi seperti biasa , tak ada pemantauan daripada pihak berkuasa ke?



Sedarkah kita bahawa penjualan secara terbuka ini amat membimbangkan khususnya kepada para remaja kita di luar sana. Dalam suasana dan perkembangan mutakhir ini rasanya premis yang cukup mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja itu mampu membawa bencana kepada generasi pelapis negara. 

Wednesday, December 18, 2013

Lagi Pelajar Bogel!!!!

Remaja pada zaman sekarang ini terutamanya mereka yang masih dibangku sekolah seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.


Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang. Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.


Berdasarkan kepada akaun twitter, pelajar terbabit berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.

Pelajar ini juga memiliki seramai 8,247 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.


Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan. Bukankah gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam?

Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita. Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi.

Pantau anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, jangan sesekali lupa untuk bertanya dan ambil tahu tentang akaun media sosial mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan dari kalangan anak-anak pelajar yang didedahkan di atas sana.

Media sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara.

Tuesday, December 17, 2013

Remaja di ROGOL!!!


Ipoh – Seorang pengarah sebuah hotel di Sitiawan, dekat sini, didakwa di Mahkamah Sesyen, Ipoh, semalam, atas tuduhan merogol seorang wanita warga Indonesia yang juga pembantu rumahnya, empat bulan lalu.

Tertuduh, Ting King Siang, 30, didakwa melakukan perbuatan itu terhadap mangsa yang berusia 21 tahun di sebuah rumah bernombor 205, Taman Dinding, Air Tawar, Manjung, jam 1 pagi, pada 27 Ogos lalu.
King Siang, dituduh mengikut Seksyen 376, Kanun Keseksaan dan jika disabitkan kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.

Tertuduh yang diwakili peguam Mahinderjit Singh, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Madihah Harullah.

Mahkamah kemudian menetapkan kes berkenaan disebut semula pada 6 Februari tahun depan dan membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 bersama seorang penjamin.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Siti Nadia Shariff memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya sudah menerima laporan perubatan mangsa berhubung kes terbabit, namun pihaknya masih menunggu laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).

Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, kes membabitkan seorang suri rumah, Choong Mee Chin, 30, yang didakwa mendera anak perempuannya sehingga parah pada 12 Ogos lalu dan mati 13 hari kemudian, ditetapkan pada 6 Januari depan untuk sebutan semula, berikutan pendakwaan masih memerlukan masa bagi meneliti dan mengemaskini maklumat mengenai kes itu termasuk laporan perubatan dan DNA.

Choong didakwa mengikut Seksyen 31(1), Akta Kanak-Kanak 2001 kerana memukul kepala dan seluruh badan anaknya, Ho Yan Hui, lima tahun, dengan menggunakan kayu rotan di ruang tamu rumahnya di No 19, Laluan Kledang Utara 7, Taman Wang, Menglembu, di sini, kira-kira jam 9 pagi, pada 12 Ogos lalu.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 325, Kanun Keseksaan (KK) iaitu sengaja mendatangkan cedera parah ke atas mangsa pada masa, tempat dan tarikh yang sama, menurut sumber Hmetro.

Wednesday, September 4, 2013

18sx, Sperma DICURI????


Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap di Malaysia memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.

Ervin Ahbabovic, seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan wanita tersebut, 29, sebagai defendan. Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan wanita tersebut mempunyai hubungan dengannya pada tahun 2008.

Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga. Mereka mempunyai seorang anak pada 2010. Ahbabovic mendakwa wanita itu menghalaunya pada tahun lalu.

Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu.

Ahbabovic berkata dia jatuh cinta dengan Chung pada tahun 2008. Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus Ahbabovic Chung dilahirkan. Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya. Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai melebihi norma kebiasaan.

Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya. Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya. Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka. 

Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Tuesday, September 3, 2013

ROGOL BEKAS ISTERI?


Kuala Lumpur – Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.
Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya. -MyMetro