Tuaran: Akibat panik apabila mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan dalam Ops Cantas Khas Trafik, seorang penunggang motosikal merempuh sekatan itu sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di paha dan tangan kanannya dalam kejadian di Jalan Telibong-Tamparuli baru-baru ini.
Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Koperal Madlan Suara, 47, dikejarkan ke Hospital Tuaran di sini, selepas cedera di tapak tangan dan jari manis serta pahanya dan menerima beberapa jahitan.
Bagaimanapun, Madlan yang masih menerima rawatan di Hospital Tuaran di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala penunggang motosikal berusia 17 tahun itu ditahan.
Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan mendapati, suspek menunggang motosikal Honda EX5 dari Tuaran menuju ke Tamparuli, dekat sini, dan sebaik tiba di tempat kejadian, suspek panik apabila melihat anggota polis sedang melakukan sekatan jalan.
ANGGOTA polis cedera dirempuh penunggang motosikal di Jalan Telibong-Tamparuli, semalam.“Penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan merempuh Koperal Madlan,” katanya ketika dihubungi.
No comments:
Post a Comment