Kebimbangan kita umat Islam tentang kemungkinan wujudnya penyalahgunaan kalimah Allah di samping agenda tersembunyi di sebaliknya ternyata benar apabila satu gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka telah dikesan!
Seperti yang kita semua tahu, Lim Guan Eng DAP telah mencetus satu polemik besar apabila mendesak kerajaan membenarkan penganut Kristian di Semenanjung menggunakan kalimah Allah dalam Bible versi Bahasa Melayu.
Dan sehingga ke hari ini, anak Kit Siang DAP itu masih belum menjawab isu ini secara bertulis seperti yang beliau katakan sebelum ini.
Akhbar perdana mendedahkan pula perkara di bawah yang mesti dipandang serius dan diambil tindakan oleh pihak-pihak yang bertanggungjawab menjaga agama Islam!
Di antara pendedahan gerakan penyebaran agama bukan Islam secara terbuka itu :
Modus operandinya bukan lagi tersembunyi malah dilakukan secara terbuka oleh sekumpulan lelaki dan wanita di sekitar bandar raya dengan menjadikan kawasan tumpuan remaja dan pelajar sebagai sasaran mereka.
Kumpulan terbabit yang dipercayai diketuai oleh seorang lelaki yang mendakwa warga Amerika Syarikat (AS) serta fasih berbahasa Melayu dan beberapa orang lelaki serta wanita tempatan dipercayai dari Sabah bergerak mendekati golongan muda di kawasan ini minggu lalu.
Difahamkan kegiatan itu sudah bergerak aktif sejak awal tahun ini dan mereka bergerak secara berkumpulan untuk melaksanakan tujuan berkenaan.
Kebenaran mengenai kegiatan itu terbongkar apabila wartawan Utusan Malaysia sendiri didekati oleh kumpulan berkenaan minggu lalu dengan membawakan penerangan mengenai beberapa konsep dalam ajaran agama tersebut seperti pengampunan dosa, syurga dan neraka.
Kaedah yang diguna pakai oleh kumpulan ini agak licik kerana mereka terlebih dahulu cuba bermesra dengan kelompok sasaran sebelum membawa kepada perbualan yang lebih lanjut.
Selain itu, kumpulan berkenaan turut memberikan beberapa buah buku tafsiran yang menerangkan mengenai kejadian Nabi Isa menurut kepercayaan agama tersebut. Buku-buku yang diberi itu juga mengandungi kalimah Allah yang tertera dalam isi kandungannya
No comments:
Post a Comment