Showing posts with label Himpunan Haram. Show all posts
Showing posts with label Himpunan Haram. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

PAS Akan Turut Sertai HIMPUNAN??



"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut."

PAS akan turut menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan yang seterusnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, selepas Himpunan Turun, PAS akan menyertai Himpunan Bantah GST yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Mei depan sempena Hari Buruh.

"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain," katanya memetik laporan Harakahdaily.

Tambah Mohd. Hatta yang juga merupakan Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), himpunan yang akan diadakan pada ambang tahun baru anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dilihat bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut," katanya.

Beliau turut menafikan bahawa Himpunan Turun merupakan himpunan bagi menggulingkan kerajaan seperti yang diwar-warkan.

"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan. Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun. 

"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," katanya.

Saturday, December 28, 2013

HIMPUNAN GULING KERAJAAN


Pihak penganjur Himpunan Guling Kerajaan perlu dipertanggungjawabkan dan dikenakan tindakan keras terhadap sebarang kekaucauan serta kerosakan harta benda yang berlaku semasa perhimpunan tersebut pada 31 Disember ini.

Selain itu, Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Arman Adzha Abu Hanifa, mereka juga perlu dikenakan tindakan keras berdasarkan perlembagaan sekiranya ada individu yang mengibarkan bendera selain Jalur Gemilang pada perhimpunan tersebut.

Beliau turut menyatakan, penganjur perhimpunan haram itu jelas tidak menghormati sistem demokrasi, perlembagan, undang-undang dan hak rakyat lain dengan menghasut rakyat khususnya golongan muda menyertai demonstrasi haram tersebut.

Justeru, beliau bersama lima pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap pihak penganjur perhimpunan haram itu di Balai Polis Damansara di sini hari ini agar tindakan tegas dapat segera diambil.

"Kami telah mengumpul bukti hasutan mereka dan telah menyerahkannya kepada pihak polis.

"Ini bukan retorik tetapi kenyataan kerana bukti-bukti tersebut jelas menunjukkan mereka melaku hasutan dan tidak menghormati perlembagaan dan undang-undang," jelas Arman Adzha.

NGO yang membuat laporan polis berkenaan ialah Persatuan Veteran Tentera Malaysia, Suara Anak Muda 1Malaysia, Majlis Jalinan Melayu Malaysia dan Briged Kesatria Mahasiswa.

Turut sama membuat laporan ialah Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara dan Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan SS9A.

Makin Ramai Yang Marah...


Menjelang 31 Disember, makin ramai yang tampil ke depan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap penganjur dan penyokong pembangkang yang terlibat dengan Himpunan Guling Kerajaan minggu depan.

Sehingga petang Khamis, sudah 400 laporan polis diterima di seluruh negara, antaranya dari tujuh NGO Putrajaya.

NGO berkenaan iaitu Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Persatuan Gerak Harmoni, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Belia kawasan Putrajaya, Jaringan Kasih Ixora Putrajaya, Persatuan Belia Putrajaya dan Gerakan Selempang Merah, membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Wakilnya, Safian Mohd Salleh berkata perhimpunan seumpama itu akan mengganggu ketenteraman awam sehingga menyebabkan kesesakan jalan raya dan peniaga akan menanggung kerugian kerana takut untuk beroperasi.

"Selain itu, ia juga menakutkan pelancong asing yang datang untuk menyambut tahun baharu di negara ini dan memberi persepsi negatif tentang Malaysia," katanya selepas membuat laporan itu.

Beliau berkata laporan hari ini juga mewakili NGO seluruh Putrajaya dan meminta NGO lain di seluruh Malaysia membuat laporan polis sebagai tanda menentang perhimpunan haram itu.

Friday, December 27, 2013

E-mail Plan Gunakan BOM Pada Malam 31Disember??


Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli. Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan unit media mereka yang akan berada di situ bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

Akhirnya DITANGKAP...



Polis telah menahan suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan baru-baru ini.

Suspek tersebut ditahan pada Khamis pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,"kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Hadi Ho Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan mengenai Asmaelz Hadzeny II yang dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember ini di laman Facebooknya.

Berdasarkan akaun FBnya, beliau dilapor mengajak orang ramai membuat persiapan untuk merusuh selain membawa peralatan mempertahankan diri daripada anggota polis.

“...kita akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggulingkan kerajaan zalim...pada malam ambang sambutan tahun baru.

Ayuh rakyat ayuh! kalau boleh sila bawa perkakasan, peralatan untuk mempertahankan diri daripada....polis,” kata status berkenaan.

Berikutan kenyataan berbaur hasutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II dan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

PKR Sokong Himpunan 31 Disember!!!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan terhadap himpunan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang dijadual akan diadakan pada malam ambang tahun baru 31 Disember ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ianya merupakan perkara wajar susulan tindakan kerajaan yang menaikkan beberapa tarif termasuk kenaikan tol.


"Saya rasa kita tidak boleh hentikan himpunan ini dan saya menyokongnya kerana saya rasakan ianya perkara yang wajar kerana isu kenaikan yang diumumkan kerajaan ini merupakan isu pertama di negara sekarang.

"Kita menyokong prinsip yang sama seperti apa yang dituntut oleh TURUN, sebab itu parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong himpunan ini," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Rafizi bagaimanapun menafikan bahawa PR merupakan dalang di sebalik himpunan dan menyatakan bahawa beliau sendiri tidak pernah mengenali NGO tersebut.

"Ia tidak langsung dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR dan kita tidak melihat ianya sebagai satu program politik.

"Apa yang sedang PR anjurkan hanyalah kempen mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ," ujarnya.

Sebelum ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beberapa laman sosial Facebook yang bukan sahaja mengeluarkan kenyataan berbau hasutan, malah mendakwa akan menggunakan bom pada Perhimpunan Guling Kerajaan.

Ianya disusuli dengan kenyataan PAS menerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang menolak sebarang agenda mengguling Kerajaan Persekutuan dengan menganjurkan perhimpunan itu.

Wednesday, December 25, 2013

Pembangkang suka berbohong!!!


KEMAMAN 24 Dis - Rancangan menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember ini hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat kepada beberapa pembohongan yang pembangkang tabur setelah gagal menawan Putrajaya 5 Mei lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak menolak orang yang sama dengan penganjuran perhimpunan Black 505 dan Bersih sebelum ini turut terbabit dalam rancangan perhimpunan itu.

"Rakyat tidak tertipu lagi, hanya untuk memenuhi nafsu mereka yang ingin berkuasa di negara ini dan mereka cuba memadamkan dosa mereka menipu rakyat dengan mencari isu lain pula seperti kenaikan harga barang dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian dividen projek ternakan ayam program Azam Tani di sini hari ini.

Beliau berkata daripada mengajak rakyat berhimpun adalah lebih baik penganjur mengajak golongan itu pergi membantu mangsa banjir dan bencana alam di negara ini.

"Telah banyak pembohongan yang ditabur kepada rakyat oleh pihak pembangkang semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka kepada kerajaan sedia ada," katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat dibohongi tentang isu kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan banyak yang percaya sehingga turut menyertai perhimpunan.

"Ramai rasa tertipu bila yang kata tak iktiraf pilihan raya, mereka sendiri angkat sumpah dan mereka gagal bawa sebarang bukti kononnya ada rakyat Bangladesh yang mengundi," katanya.

Beliau berkata pihak terbabit seharusnya menghentikan pembohongan kepada rakyat negara ini dan mereka juga perlu sedar dunia pun sudah jemu dengan pembohongan pembangkang di negara ini.

"Sekarang ini mereka nak tarik perhatian dunia, rasanya dunia pun ada had dari segi kesabaran mereka, berapa kali mereka nak tipu dunia, saya mintak mereka menjelaskan isu Black 505, kononnya PRU dulu tidak sah, dibuat secara penipuan, dimenangi dengan import orang luar, cuba buktikan," katanya.

Al-Quran Di Jadikan Alasan Untuk HALALKAN Gerakan GULINGkan KERAJAAN !! @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Nampaknya bangsat-bangsat ini semakin agresif malah sudah sampai ke tahap melampau apabila turut menjadikan Al-Quran sebagai alasan untuk menghalalkan gerakan menggulingkan kerajaan.Entah dari manalah mereka ini mendapatkan rujukan mahupun nasihat.

Apa yang pasti mereka di lihat begitu berkobar-kobar mahu turun je jalanraya pada 31 Disember nanti.

Tindakan anak muda yang menggunakan nama Komrad Haizal itu jelas mempermainkan agama Islam apatah lagi dengan kenyataan sedemikian.

Apakah mereka-mereka ini ada kaitannya dengan Timbalan Presiden PAS ??


Anak muda ini bukan sahaja terlibat secara langsung dalam mana-mana himpunan haram bersama pembangkang malah mereka juga cenderung kepada perjuangan KOMUNIS.

Inilah sebahagian daripada mereka-mereka yang mengangkat Chin Peng sebagai hero MALAYA !!

Berdasarkan gambar di atas jelas memperlihatkan keakraban dan hubungan yang cukup baik di antara Mat Sabu dengan Komrad Haizal.

Sejauh mana hubungan itu terjalin itu tidak pasti tetapi dengan tingkah laku dan perjuangan songsang anak-anak muda ini rasanya Mat Sabu sedar dan tahu cuma mungkin pemimpin nombor dua PAS ini lebih memberikan galakan daripada teguran.Siapa tahu ??

Untuk rekod gerakan untuk menggulingkan kerajaan sedang hebat di rancang cuma menantikan masa sahaja.

Persoalannya apakah kita melihatnya sebagai satu ancaman atau hanya gerakan biasa ??

Baca selanjutnya di SINI

Saturday, December 21, 2013

Hasutan Pembangkang!!!

Mantan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyelar tindakan kepimpinan pembangkang yang menganjurkan himpunan rakyat pada 31 Disember ini dan menyifatkan penganjuran tersebut sebagai taktik lapuk dengan mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Beliau seterusnya menyeru agar kepimpinan pembangkang berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat di negara ini dengan anjuran himpunan yang sedemikian.


“Mereka ini saya lihat cuba membawa masuk budaya asing, budaya luar yang bertentangan dengan budaya kita. Mereka lihat apa yang berlaku di Thailand, Mesir dan banyak lagi negara luar, yang menjatuhkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, maka mereka cuba ciplak kaedah tersebut untuk di laksanakan di negara ini.

“Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi seperti ini. Ini bukan budaya kita. Budaya kita ialah dengan bermuzakarah dan berbincang bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Lagipun, sampai bila kita mahu berdemostrasi?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sepatutnya ujar beliau, pakatan pembangkang yang mendabik dada mendakwa mereka itulah juara demokrasi perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

“Rakyat telah buat keputusan, maka mereka patut hormati keputusan majoriti rakyat di negara ini. Untuk apa lagi buat demo itu dan ini? Ini memperlihatkan pembangkang langsung tidak menghormati keputusan majoriti rakyat di negara ini.

“Negara kita mengamalkan sistem demokrasi di mana lima tahun sekali, rakyat akan memilih dan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara ini, dan keputusan itu telahpun dibuat. Sistem pemilihan pemimpin di negara kita adalah berdasarkan sistem pilihanraya, dan bukannya sistem di jalanraya,” ujarnya.


Justeru itu beliau berpendapat bahawa sepatutnya kepimpinan pembangkang mencari jalan yang lebih baik untuk memberikan pandangan dan pendapat, dan bukannya dengan cara menghasut rakyat ke jalan raya.

“Jangan kata kerajaan tidak mendengar suara pembangkang. Contohnya dalam penggunaan dakwat kekal ketika PRU yang didesak oleh pembangkang, kerajaan dengar dan laksanakan. Begitu juga dengan beberapa perkara lain lagi.

“Jadi bagi saya, himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang ini memperlihatkan sikap mereka yang rakuskan kuasa, dengki, khianat serta tidak memperdulikan nasib dan suara majoriti rakyat di negara ini.
“Majoriti rakyat di negara ini mahukan perpaduan dan bukannya perpecahan serta huru hara. Tetapi kepimpinan pembangkang tidak peduli hasrat dan aspirasi rakyat terbanyak kerana apa yang penting, matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan, dan dengan itu kuasa akan berpindah ke tangan mereka tercapai,” jelasnya.