Showing posts with label mat sabu. Show all posts
Showing posts with label mat sabu. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

PAS Akan Turut Sertai HIMPUNAN??



"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut."

PAS akan turut menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan yang seterusnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, selepas Himpunan Turun, PAS akan menyertai Himpunan Bantah GST yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Mei depan sempena Hari Buruh.

"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain," katanya memetik laporan Harakahdaily.

Tambah Mohd. Hatta yang juga merupakan Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), himpunan yang akan diadakan pada ambang tahun baru anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dilihat bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut," katanya.

Beliau turut menafikan bahawa Himpunan Turun merupakan himpunan bagi menggulingkan kerajaan seperti yang diwar-warkan.

"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan. Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun. 

"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," katanya.

Friday, December 27, 2013

DULU PAS DISANJUNG KINI PAS DIPASUNG.......



KERANA GAGAL MENDAPAT SOKONGAN RAKYAT DI MERLIMAU DAN KERDAU, PAKATAN HARAM PAS DAN DAP BAGAIKAN KUCING KEHILANGAN ANAK. MERAPU DAN MERABAN SANA SINI MENJAJA CERITA BASI DAN TIDAK ADA MODAL. MEREKA MENUDUH UMNO MERASUAH PENDUDUK KERDAU DAN MERLIMAU DENGAN PEMBERIAN BEBERAPA SUBSIDI DAN PEMBANGUNAN DI TEMPAT TERSEBUT. SEDANGKAN MEREKA JUGA APA KURANGNYA MEMBERIKAN PELBAGAI JANJI JIKA MEREKA MENANG! MEREKA KATA UMNO TAK IKUT PERATURAN DAN CARI GADUH DENGAN MEREKA.


TAPI APA YANG ANAK SUFI NAMPAK DAN SEMUA ORANG NAMPAK YANG TAK IKUT PERATURAN ADALAH PUAK PEMBANGKANG HARAM TERMASUK PAS. SEBAB TU LAH WALAUPUN SPR KATA JANGAN ADA BENDERA LAIN YANG BERKIBAR, MEREKA TETAP JUGA MENGIBARKAN BENDERA DAPPIG CELAKA DAN PKR. TAPI BN TIDAK PULA MENGIBAR BENDERA LAIN WALAUPUN DALAM KOMPONEN BN ADA MACAM-MACAM PARTI. BN TETAP BERSATU DI BAWAH SATU BENDERA BN!

TAK PAYAH NAK CERITA LAH PAS OI! RAKYAT BOLEH NAMPAK SIAPA YANG BAGAIKAN CACING KEPANASAN SEKARANG NI? AKIBAT MULUT CELURAR MENGHINA BANGSA MELAYU, AKIBAT MULUT CELUPAR MENGKAFIRKAN ORANG ISLAM YANG LAIN, AKIBAT MULUT CELUPAR MENGKHIANATI BANGSA SENDIR, MAKA TERIMALAH PADAHNYA SEKARANG. ORANG MELAYU DAH MULA NAMPAK PAS ADALAH BONEKA ATAU BARANG MAINAN DAPPIG CELAKA!


AKIBAT GAGAL MENDAPAT SOKONGAN ORANG MELAYU, MAKA SEKARANG INI MODUS OPERANDI PEMBANGKANG HARAM JADAH INI ADALAH MELAKUKAN TUDUHAN DEMI TUDUHAN PADA UMNO DENGAN HARAPAN RAKYAT AKAN PERCAYA! TAPI SAYANG....PAS SEMAKIN KESEORANGAN.

SEKARANG INI, SUDAH SEMAKIN RAMAI UMAT ISLAM DI NEGARA INI YANG MENGATAKAN PAS SUDAH MENJADI PARTI POLITIK ISLAM YANG SESAT! PAS SUDAH MENJADI BAHAN CACIAN ORANG KERANA KESOMBONGAN MEREKA! NICKY AZIZ KINI KIAN DIBENCI HATTA ORANG KELANTAN SENDIRI. KENAPA JADI BEGITU? MENGAPA IA BERLAKU SEKARANG? MENGAPA DULU KURANG MELAYU MENGHINA PAS SEBEGINI TERUK? SEBAB APA? SEBAB KAMI INI AHLI NERAKA DAN AHLI PAS ITU AHLI SYURGA? SEBAB APA? SEBAB KAMI INI SYAITAN DAN AHLI PAS ITU MALAIKAT? TIDAK...TIDAK...SEBAB UTAMANYA KERANA..ALLAH MEMBALAS PERBUATAN KAMU ORANG PAS YANG SUKA MENGHINA ORANG ISLAM UMNO. DI ATAS PENGHINAAN YANG SANGAT MELAMPAU ITU, MAKA KINI, KAMU PULA MERASAKAN SEMAKIN RAMAI UMAT ISLAM MEMBENCI KAMU! MALAHAN SEMAKIN RAMAI AHLI KAMU YANG KELUAR PARTI KERANA TIDAK SANGGUP BERSEKONGKOL DENGAN KAMU YANG SEMAKIN LARI DARI LANDASAN ISLAM YANG SEBENAR.

SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA KAYA DAN MAHA ADIL! KINI PAS SEMAKIN DIMAKI DAN DIHAMUN MALAHAN DIKATAKAN PARTI YANG SESAT OLEH RAMAI UMAT ISLAM! APAKAH KAMU TIDAK MENGERTI?

Wednesday, December 25, 2013

Al-Quran Di Jadikan Alasan Untuk HALALKAN Gerakan GULINGkan KERAJAAN !! @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Nampaknya bangsat-bangsat ini semakin agresif malah sudah sampai ke tahap melampau apabila turut menjadikan Al-Quran sebagai alasan untuk menghalalkan gerakan menggulingkan kerajaan.Entah dari manalah mereka ini mendapatkan rujukan mahupun nasihat.

Apa yang pasti mereka di lihat begitu berkobar-kobar mahu turun je jalanraya pada 31 Disember nanti.

Tindakan anak muda yang menggunakan nama Komrad Haizal itu jelas mempermainkan agama Islam apatah lagi dengan kenyataan sedemikian.

Apakah mereka-mereka ini ada kaitannya dengan Timbalan Presiden PAS ??


Anak muda ini bukan sahaja terlibat secara langsung dalam mana-mana himpunan haram bersama pembangkang malah mereka juga cenderung kepada perjuangan KOMUNIS.

Inilah sebahagian daripada mereka-mereka yang mengangkat Chin Peng sebagai hero MALAYA !!

Berdasarkan gambar di atas jelas memperlihatkan keakraban dan hubungan yang cukup baik di antara Mat Sabu dengan Komrad Haizal.

Sejauh mana hubungan itu terjalin itu tidak pasti tetapi dengan tingkah laku dan perjuangan songsang anak-anak muda ini rasanya Mat Sabu sedar dan tahu cuma mungkin pemimpin nombor dua PAS ini lebih memberikan galakan daripada teguran.Siapa tahu ??

Untuk rekod gerakan untuk menggulingkan kerajaan sedang hebat di rancang cuma menantikan masa sahaja.

Persoalannya apakah kita melihatnya sebagai satu ancaman atau hanya gerakan biasa ??

Baca selanjutnya di SINI

Tuesday, December 17, 2013

Mat Sabu Perlu Tampil Nafi 10 Bukti!!! Gesa Fathul Bari



SHAH ALAM 17 Dis - Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tampil menafikan 10 bukti yang mengaitkan dirinya dengan fahaman Syiah.

Fathul Bari menegaskan, pemimpin yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sepatutnya ada pendirian jelas supaya tidak dilemparkan dengan pandangan negatif.

“Kalau nak bebaskan diri daripada semua tuduhan itu, beliau perlu bezakan pendiriannya dengan pendirian Syiah. Tetapi mana pendirian beliau tentang Syiah selama ini?

“Saya tidak maksudkan beliau perlu kemukakan bukti, Apa yang saya sebutkan (ialah beliau) perlu menafikan kerana sekarang ni banyak petunjuk dirinya ke arah Syiah,” katanya dalam kenyataan Sinar Harian.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam hal ini Pemuda UMNO Malaysia telah membuktikan betapa saf kepimpinan pemuda UMNO hari ini semakin agresif dalam usaha menangani isu syiah yang menular di negara kita sekarang ini.