Tuesday, December 17, 2013

Mat Sabu Perlu Tampil Nafi 10 Bukti!!! Gesa Fathul Bari



SHAH ALAM 17 Dis - Exco Pemuda UMNO, Fathul Bari Mat Jahaya menggesa Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu tampil menafikan 10 bukti yang mengaitkan dirinya dengan fahaman Syiah.

Fathul Bari menegaskan, pemimpin yang berpegang dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah sepatutnya ada pendirian jelas supaya tidak dilemparkan dengan pandangan negatif.

“Kalau nak bebaskan diri daripada semua tuduhan itu, beliau perlu bezakan pendiriannya dengan pendirian Syiah. Tetapi mana pendirian beliau tentang Syiah selama ini?

“Saya tidak maksudkan beliau perlu kemukakan bukti, Apa yang saya sebutkan (ialah beliau) perlu menafikan kerana sekarang ni banyak petunjuk dirinya ke arah Syiah,” katanya dalam kenyataan Sinar Harian.

Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri mendedahkan 10 bukti yang dikategorikan sebagai Gred B mengenai pembabitan Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu dengan Syiah.

Bukti kukuh yang dikategorikan sebagai Gred A belum didedahkan kepada umum.

Ditanya sama ada bukti Gred A akan didedahkan kepada umum, Ahmad Zahid berkata bukti itu hanya akan diserahkan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Dalam hal ini Pemuda UMNO Malaysia telah membuktikan betapa saf kepimpinan pemuda UMNO hari ini semakin agresif dalam usaha menangani isu syiah yang menular di negara kita sekarang ini.

No comments:

Post a Comment