Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

PAS Akan Turut Sertai HIMPUNAN??



"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut."

PAS akan turut menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan yang seterusnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, selepas Himpunan Turun, PAS akan menyertai Himpunan Bantah GST yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Mei depan sempena Hari Buruh.

"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain," katanya memetik laporan Harakahdaily.

Tambah Mohd. Hatta yang juga merupakan Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), himpunan yang akan diadakan pada ambang tahun baru anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dilihat bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut," katanya.

Beliau turut menafikan bahawa Himpunan Turun merupakan himpunan bagi menggulingkan kerajaan seperti yang diwar-warkan.

"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan. Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun. 

"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," katanya.

Wednesday, December 18, 2013

Tokong Guan Eng Akan Selesaikan Banjir Di Pahang Sekiranya Putrajaya Di Tangan Pakatan

Dalam Konvensyen DAP yang berlangsung Ahad lalu, Lim Guan Eng membuat ucapan yang membuatkan kita tersengih-sengih mendengarnya. Kata Guan Eng, beliau berjanji sekiranya PR dapat memenangi Putrajaya maka masalah banjir di Pahang akan diselesaikan dalam masa satu penggal sahaja.


Mungkin reaksi paling tepat terhadap ucapan Guan Eng ialah dengan memberikan beliau gambar-gambar banjir di Pulau Pinang bersama dengan cermin.

Masalah banjir di Pahang mungkin merupakan sesuatu yang biasa kita dengar walaupun tidak seburuk tahun ini. Tetapi, masalah banjir terburuk di Pulau Pinang yang berlaku pada 2011 dan berulang lagi pada 2013 bukanlah perkara biasa. Sedar atau tidak, negeri itu hanya mengalami banjir yang buruk sejak diperintah oleh DAP.

Kita tidak perlu menjadi pakar dalam bidang geologi untuk memahami kenapa bencana ini terjadi di Pulau Pinang. Cukup dengan melihat dengan mata kasar kerakusan kerajaan DAP membuat pembangunan tanpa menghiraukan kesannya kepada alam sekitar.

Apa yang menarik ialah Guan Eng hampir langsung tidak membuat kenyataan mengenai banjir di Pulau Pinang ketika masalah itu berlaku di sana. Malah, akhbar milik DAP, Roketkini juga bagai segan-segan untuk menyentuh mengenai masalah itu. Tidak salah dikatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang lebih ‘selesa’ membiarkan pihak lain untuk membantu mangsa-mangsa banjir.

Negeri Sendiri pun tak boleh diselesaikan...ada hati nak selesaikan banjir di Negeri orang...Jangan kencing la...

Tuesday, December 17, 2013

Manifesto Populis Jadi Umpan Pembangkang Untuk Gula-gulakan Rakyat


KUALA LUMPUR, 16 Dis – Kenyataan tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan pakatan pembangkang di negeri Selangor seperti air percuma jelas menunjukkan selama ini segala janji yang ditaburkan adalah untuk gula-gulakan rakyat sebagaimana kenyataan populis mereka dalam mengaburi mata masyarakat terutamanya di Selangor.

EXCO Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha Abu Hanifah berkata, jika kita kaji Manifesto 2008 pakatan pembangkang pada PRU12, begitu juga dengan Manifesto mereka pada PRU13, boleh dikatakan hampir 80 peratus janji-janji pakatan DAP-PKR-PAS tidak dikotakan kerana ianya adalah ‘Manifesto Populis’.

“Rakyat akhirnya yang jadi mangsa penipuan pemimpin-pemimpin pembangkang yang populis ini. Adakah kita lupa akan kenyataan populis Pakatan ini?

“Dahulu dengan bangga mereka mengatakan akan menjaga kebajikan rakyat, tapi jika kita kaji dan nilai semuanya, PPRT naik sewa, cukai pintu Selangor pun naik, kadar sewa tapak niaga PKNS pun naik, hakikatnya banyak lagi yang dikatakan dahulu tetapi tidak ditunaikan kerana sebenarnya ia hanya kenyataan Populis,” ujarnya yang juga Pengerusi Kesatria Muda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia.

Tambahnya, jika sebelum ini mereka menyebut berkaitan pendidikan percuma namun bagaimana pula dengan Tadika PASTI yang diselia Pas dan mengapa tidak pula diberikan percuma?

“Begitu juga dengan mahasiwa yang belajar di Unisel dan mana-mana IPT di bawah kendalian kerajaan negeri, kenapa tidak diberikan pendidikan percuma sebagaimana yang dijanjikan kepada rakyat sekiranya menang dalam PRU?

Sebelum ini, Naib Pengerusi DAP negeri, Datuk Teng Chang Khim membidas kerajaan pakatan pembangkang di Selangor yang dianggap tidak wajar meneruskan dasar-dasar populis setelah masuk penggal kedua pemerintahan mereka di negeri terbabit.

Beliau berkata, kerajaan negeri yang bertanggungjawab perlu mempunyai pandangan jauh tentang kebajikan rakyat dan bukan hanya memperkenal dasar populis seperti pemberian air percuma. 

ANWAR SYOK SENDIRI!!!!


Amat menggelikan hati apabila naib presiden PKR, N. Surendran menyamakan ketokohan mendiang pemimpin negara Afrika Selatan, Nelson Mandela dengan ketua umum parti yang kerdil itu.

Malah lebih kelakar lagi apabila Anwm perjuangannya.ar Ibrahim dikatakan pemimpin yang tidak melihat ‘warna kulit rakyat’ dala

Pertama sekali, kenyataan dangkal itu datangnya dari seorang yang tidak mengenali siapa sebenarnya Anwar.

Ini kerana Surendran dan Anwar dari dua zaman berbeza, Anwar sudahdah pun aktif sebagai pemimpin pelajar dan kemudiannya berpolitik lama sebelum anak muda ini dilahirkan.

Jadi kejahilan mengenai latar belakang seseorang terutamanya dalam alam politik menjadi bahaya apabila tidak mengetahui siapa yang ingin diagung-agungkan.

Inilah yang terjadi kepada Surendran yang meletakkan Anwar pada satu posisi yang salah dan tidak dipunyai oleh idolanya.

Fakta asas yang membandingkan antara kedua pemimpin tersebut sudah mampu menyerlahkan perbezaan langit dan bumi antara mereka.

Pertama Mandela merengkok di dalam penjara di Pulau Robben selama 27 tahun kerana memimpin perjuangan menentang sistem perkauman atau apartheid pemerintahan kulit putih di Afrika Selatan.

Selama dipenjarakan, Mandela dikenakan hukuman berat seperti memecah serta mengangkat batu dan lain-lain kerja yang memeritkan.

Anwar pula dikatakan bersuka ria dalam penjara siap dengan tukang urut peribadi!

Anwar juga dipenjarakan tapi atas sebab musabab yang lain dan jauh berbeza.

Beliau menjalani hukuman penjara di Sg Buloh selama enam tahun sebelum dibebaskan atas sudut teknikal.

Beliau dipenjara bukan kerana memimpin perjuangan membebaskan bangsa Melayu atau rakyat Malaysia daripada cengkaman penjajahan asing.

Anwar dihukum mengikut undang-undang negara kerana menyalahguna kuasa beliau semasa menjadi timbalan perdana menteri dan lebih jijik daripada itu terlibat pula dengan perlakuan seks songsang liwat dengan pemandu kepada isteri dan juga adik angkatnya.


Beliau hanya dibebaskan atas ketidakpastian mengenai persoalan teknikal seperti tarikh dan masa sebenar kejadian tetapi hakikat beliau telah meliwat mangsa tidak dapat dinafikan.

Mandela, walaupun seorang yang beragama Kristian tidak melakukan perkara-perkara yang terkutuk itu tetapi Anwar yang mendabik dada sebagai pemimpin Islam berstatus antarabangsa dengan jaringan dunia Islam yang hebat sanggup melanggar hukum Allah dan melakukan dosa yang besar itu.

Mandela juga tidak pernah disabit atau didakwa terlibat dengan rasuah atau penyelewengan sepanjang tempoh beliau menjabat jawatan Presiden Afrika Selatan selama sepenggal dari tahun 1994 hingga 1999.

Anwar pula terlibat bukan sahaja dengan amalan kronisme dan nepotisme yang parah tetapi juga mengamalkan rasuah yang berleluasa.

Sebelum beliau dipecat oleh Tun Dr Mahathir Mohamad pada 1998, satu senarai panjang yang mengandungi ratusan syarikat kroni-kroni Anwar telah dipamerkan di persidangan agung UMNO ketika itu dan juga diterbitkan di dalam media arus perdana.

Syarikat-syarikat ini dipunyai oleh kroni-kroni Anwar yang dipilih dan mereka memegang ekuiti atau saham bagi pihaknya.

Rakyat Malaysia tentu masih ingat bagaimana Anwar semasa menjadi menteri kewangan membiarkan syarikat-syarikat yang dikaitkan dengan kroninya seperti Repco memanipulasi pasaran saham sehingga banyak saham syarikat kroni Anwar naik mendadak tanpa sebab yang munasabah.

Kroni-kroni Anwar mengaut berbilion ringgit daripada keuntungan atas angin membolak balikkan harga saham sementara rakyat biasa merana kerana ramai yang hangus dan lebur pelaburan mereka disebabkan angkara Anwar.

Jika kroni untung ratusan juta ringgit, bagaimana pula orang yang menjadi dalangnya?

Mandela tidak mempunyai 20 ‘master account’ yang menyimpan ‘slush money’ atau duit haram sebanyak RM3 bilion seperti Anwar.

Tiap kali isu ini disebut di Dewan Rakyat atau di luar, sudah tentu Anwar menjadi amat sensitif dan melenting tak tentu arah.

Mandela juga dipilih secara demokratik sebagai Presiden ANC dari tahun 1991 hingga 1997, parti yang memerintah Afrika Selatan sekarang.

Tetapi Anwar memegang jawatan sebagai ketua umum yang tidak pun melalui proses pemilihan parti malah beliau pula menjadi pemimpin de facto pakatan pembangkang.

Mungkin Surendran tidak tahu fakta-fakta ini atau berpura-pura lagak jahil untuk mengangkat pemimpin idolanya itu ke satu tahap yang ‘suci’ dan ‘bersih’ daripada segala kekotoran moral dan akhlak.

Sumber