Showing posts with label 31 Disember. Show all posts
Showing posts with label 31 Disember. Show all posts

Sunday, December 29, 2013

PAS Akan Turut Sertai HIMPUNAN??



"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut."

PAS akan turut menyertai Himpunan Turun yang akan diadakan pada 31 Disember ini di Dataran Merdeka sebagai permulaan kepada siri-siri himpunan yang seterusnya.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli berkata, selepas Himpunan Turun, PAS akan menyertai Himpunan Bantah GST yang dijadualkan akan diadakan pada 1 Mei depan sempena Hari Buruh.

"Selepas Himpunan Turun, kita akan ada pula Himpunan Bantah GST. Antara masa-masa tersebut, akan ada program-program yang diatur bersama Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai Penggerak Mobilisasi PAS dengan kerjasama pertubuhan bukan kerajaan (NGO) lain," katanya memetik laporan Harakahdaily.

Tambah Mohd. Hatta yang juga merupakan Penyelaras Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (Protes), himpunan yang akan diadakan pada ambang tahun baru anjuran NGO Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun) dilihat bersesuaian dengan perjuangan Pakatan Rakyat (PR).

"PAS akan terus memberi sokongan kepada mana-mana perhimpunan yang diadakan sekiranya ia bersesuaian dengan perjuangan parti tersebut," katanya.

Beliau turut menafikan bahawa Himpunan Turun merupakan himpunan bagi menggulingkan kerajaan seperti yang diwar-warkan.

"Semua tahu, Himpunan Turun itu bertujuan untuk membantah pesta kenaikan barangan dan perkhidmatan. Berhimpun secara aman. Tidak timbul isu guling kerajaan, bukan tujuan pun. 

"Jadi, janganlah kerajaan bersikap antagonistik sangat apabila rakyat berhimpun dengan aman. Kita hanya nak bersuara menyatakan bantahan sahaja selepas pelbagai cara kita lakukan bagi mengelakkan kenaikan kos hidup ini, sama ada melalui perbahasan parlimen, perbincangan, penyerahan memorandum dan sebagainya," katanya.

Friday, December 27, 2013

E-mail Plan Gunakan BOM Pada Malam 31Disember??


Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli. Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan unit media mereka yang akan berada di situ bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.