Showing posts with label Rafizi. Show all posts
Showing posts with label Rafizi. Show all posts

Saturday, December 28, 2013

Rafizi Fitnah Kerajaan Malaysia?


Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan

PEN:16/2013/12 Kewangan 

Kementerian Kewangan telah mengeluarkan kenyataan berikut : 

SIARAN MEDIA
MEDIA RELEASE
KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
MINISTRY OF FINANCE MALAYSIA 

Penjelasan terhadap kenyataan Mengenai Penjualan Aset Kerajaan dan Pensekuritian Hutang Kerajaan 

Kenyataan Ahli Parlimen Pandan,YB Rafizi Ramli mengenai maklumat di atas adalah berdasarkan Laporan Malaysia Economic Monitor (MEM, December 2013) yang dikeluarkan oleh World Bank (WB) pada 1 Disember 2013. Untuk makluman,sumber maklumat di dalam penerbitan MEM tersebut diperolehi daripada Laporan Ekonomi 2013/2014 dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2013/2014 yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia.Kedua-dua laporan tersebut telahpun dibentang di Parlimen pada 25 Oktober 2013.Oleh itu,cadangan untuk mengadakan satu sidang Parlimen tergempar seperti yang diwar-warkan di dalam media bagi membincangkan isu ini adalah tidak berbangkit.Pengewangan Aset Kerajaan (Monetization of Assets) 

Untuk makluman,penjualan tanah adalah di bawah inisiatif pengewangan aset Kerajaan (monetization of assets) bertujuan bagi memajukan tanah berkenaan serta membangunkan kawasan sekitarnya.Inisiatif pengewangan aset Kerajaan ini telah dilaksanakan sejak tahun 2008.Langkah ini telah merangsang lebih banyak penglibatan agensi-agensi Kerajaan,Syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLCs) dan sektor swasta di dalam memacu pertumbuhan ekonomi Negara. Aset tersebut dipindah milik pada harga pasaran dengan penilaian dilakukan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Hartanah (JPPH).Sebelum sebarang penjualan tanah dilaksanakan,pandangan dan persetujuan daripada agensi pengguna akan diperolehi terlebih dahulu mengenai perancangan penggunaan tanah tersebut.Penjualan tanah ini tidak akan dilaksanakan sekiranya agensi tersebut tidak bersetuju atau mereka mempunyai perancangan untuk membangunkan tanah tersebut. Pengewangan aset adalah aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh mana-mana Kerajaan bagi menjana aktiviti ekonomi. 

Sebagai contoh,tanah Kerajaan UK di Canary Wharf,London yang dijual kepada sektor swasta untuk dibangunkan sebagai hub kewangan antarabangsa.Langkah yang sama juga dilaksanakan oleh Kerajaan Singapura dan Hong Kong.Pensekuritian Hutang Kerajaan Pensekuritian hutang Kerajaan dilaksanakan bagi mewujudkan modal pembiayaan tambahan untuk pinjaman perumahan penjawat awam.Hasil pensekuritian hutang Kerajaan bukan merupakan sumber utama hasil Kerajaan Persekutuan kerana ia hanya mencakupi 1.9% daripada jumlah hasil Kerajaan Persekutuan.Pensekuritian hutang adalah satu aktiviti yang biasa dilaksanakan oleh bank-bank komersil sebagai satu strategi pembiayaan.

Kesimpulan Dalam RMK-10, Kerajaan komited untuk mengurangkan paras defisit fiskal daripada 5.4% pada tahun 2010 kepada 3.0% pada tahun 2015 dan seterusnya mencapai bajet berimbang pada tahun 2020. Sasaran ini penting bagi mengukuhkan kedudukan kewangan Kerajaan.Pencapaian sasaran ini bukan bergantung kepada penjualan aset Kerajaan dan pensekuritian hutang Kerajaan, tetapi dirancang menerusi konsolidasi fiskal Kerajaan.

Oleh itu,semua pihak dinasihatkan meneliti laporan yang dibentangkan di Parlimen sebelum membuat tuduhan yang tidak berasas, demi kebaikan bersama. Kenyataan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Pandan, YB Rafizi Ramli adalah tidak bertanggungjawab kerana dengan sengaja telah memutarkan isi kandungan laporan tersebut bagi kepentingan politik. 

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA
PUTRAJAYA

Friday, December 27, 2013

E-mail Plan Gunakan BOM Pada Malam 31Disember??


Satu email di katakan telah bocor di mana isi kandungannya menceritakan bagaimana perancangan rapi pihak pembangkang pada malam himpunan gulingkan kerajaan nanti.

Kandungan email itu jelas sekali menunjukkan nama Abdul Rahim Ghouse dan Rafizi Ramli. Ia juga menunjukkan bagaimana perancangan mereka dengan beberapa siri letupan yang di pasang di beberapa tempat serta isyarat tertentu yang perlu di ketahui oleh mereka.

Malah perancangan itu juga turut melibatkan unit media mereka yang akan berada di situ bagi mendapatkan gambar serta rakaman video untuk di gunakan oleh pasukan satu lagi untuk tujuan sebaran.

Apa yang pasti ia menunjukkan perancangan untuk menimbulkan kekecohan malah turut menyatakan dengan jelas insiden itu akan di sasarkan kepada UMNO dan BN termasuklah menyalahkan SB.

PKR Sokong Himpunan 31 Disember!!!!


Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menyatakan sokongan terhadap himpunan anjuran sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Turun Kos Sara Hidup (TURUN) yang dijadual akan diadakan pada malam ambang tahun baru 31 Disember ini.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, ianya merupakan perkara wajar susulan tindakan kerajaan yang menaikkan beberapa tarif termasuk kenaikan tol.


"Saya rasa kita tidak boleh hentikan himpunan ini dan saya menyokongnya kerana saya rasakan ianya perkara yang wajar kerana isu kenaikan yang diumumkan kerajaan ini merupakan isu pertama di negara sekarang.

"Kita menyokong prinsip yang sama seperti apa yang dituntut oleh TURUN, sebab itu parti-parti di dalam Pakatan Rakyat (PR) akan menyokong himpunan ini," katanya semasa sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Rafizi bagaimanapun menafikan bahawa PR merupakan dalang di sebalik himpunan dan menyatakan bahawa beliau sendiri tidak pernah mengenali NGO tersebut.

"Ia tidak langsung dibincangkan dalam mesyuarat majlis pimpinan PR dan kita tidak melihat ianya sebagai satu program politik.

"Apa yang sedang PR anjurkan hanyalah kempen mengenai pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) ," ujarnya.

Sebelum ini, Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) mendesak Kementerian Dalam Negeri bertindak tegas terhadap beberapa laman sosial Facebook yang bukan sahaja mengeluarkan kenyataan berbau hasutan, malah mendakwa akan menggunakan bom pada Perhimpunan Guling Kerajaan.

Ianya disusuli dengan kenyataan PAS menerusi Timbalan Presiden, Mohamad Sabu yang menolak sebarang agenda mengguling Kerajaan Persekutuan dengan menganjurkan perhimpunan itu.