Showing posts with label Anuar. Show all posts
Showing posts with label Anuar. Show all posts

Wednesday, December 25, 2013

Pembangkang suka berbohong!!!


KEMAMAN 24 Dis - Rancangan menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember ini hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat kepada beberapa pembohongan yang pembangkang tabur setelah gagal menawan Putrajaya 5 Mei lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak menolak orang yang sama dengan penganjuran perhimpunan Black 505 dan Bersih sebelum ini turut terbabit dalam rancangan perhimpunan itu.

"Rakyat tidak tertipu lagi, hanya untuk memenuhi nafsu mereka yang ingin berkuasa di negara ini dan mereka cuba memadamkan dosa mereka menipu rakyat dengan mencari isu lain pula seperti kenaikan harga barang dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian dividen projek ternakan ayam program Azam Tani di sini hari ini.

Beliau berkata daripada mengajak rakyat berhimpun adalah lebih baik penganjur mengajak golongan itu pergi membantu mangsa banjir dan bencana alam di negara ini.

"Telah banyak pembohongan yang ditabur kepada rakyat oleh pihak pembangkang semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka kepada kerajaan sedia ada," katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat dibohongi tentang isu kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan banyak yang percaya sehingga turut menyertai perhimpunan.

"Ramai rasa tertipu bila yang kata tak iktiraf pilihan raya, mereka sendiri angkat sumpah dan mereka gagal bawa sebarang bukti kononnya ada rakyat Bangladesh yang mengundi," katanya.

Beliau berkata pihak terbabit seharusnya menghentikan pembohongan kepada rakyat negara ini dan mereka juga perlu sedar dunia pun sudah jemu dengan pembohongan pembangkang di negara ini.

"Sekarang ini mereka nak tarik perhatian dunia, rasanya dunia pun ada had dari segi kesabaran mereka, berapa kali mereka nak tipu dunia, saya mintak mereka menjelaskan isu Black 505, kononnya PRU dulu tidak sah, dibuat secara penipuan, dimenangi dengan import orang luar, cuba buktikan," katanya.

Saturday, December 21, 2013

Hasutan Pembangkang!!!

Mantan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ruslan Kassim menyelar tindakan kepimpinan pembangkang yang menganjurkan himpunan rakyat pada 31 Disember ini dan menyifatkan penganjuran tersebut sebagai taktik lapuk dengan mempergunakan nama rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Beliau seterusnya menyeru agar kepimpinan pembangkang berhenti daripada terus memperbodohkan rakyat di negara ini dengan anjuran himpunan yang sedemikian.


“Mereka ini saya lihat cuba membawa masuk budaya asing, budaya luar yang bertentangan dengan budaya kita. Mereka lihat apa yang berlaku di Thailand, Mesir dan banyak lagi negara luar, yang menjatuhkan kerajaan melalui demostrasi jalanan, maka mereka cuba ciplak kaedah tersebut untuk di laksanakan di negara ini.

“Saya juga menyeru rakyat di negara ini agar tidak terpengaruh dengan hasutan pembangkang untuk mengadakan demonstrasi seperti ini. Ini bukan budaya kita. Budaya kita ialah dengan bermuzakarah dan berbincang bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Lagipun, sampai bila kita mahu berdemostrasi?,” tegasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Sepatutnya ujar beliau, pakatan pembangkang yang mendabik dada mendakwa mereka itulah juara demokrasi perlu akur dengan keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dalam PRU ke 13 baru-baru ini.

“Rakyat telah buat keputusan, maka mereka patut hormati keputusan majoriti rakyat di negara ini. Untuk apa lagi buat demo itu dan ini? Ini memperlihatkan pembangkang langsung tidak menghormati keputusan majoriti rakyat di negara ini.

“Negara kita mengamalkan sistem demokrasi di mana lima tahun sekali, rakyat akan memilih dan menentukan siapa yang layak untuk mentadbir negara ini, dan keputusan itu telahpun dibuat. Sistem pemilihan pemimpin di negara kita adalah berdasarkan sistem pilihanraya, dan bukannya sistem di jalanraya,” ujarnya.


Justeru itu beliau berpendapat bahawa sepatutnya kepimpinan pembangkang mencari jalan yang lebih baik untuk memberikan pandangan dan pendapat, dan bukannya dengan cara menghasut rakyat ke jalan raya.

“Jangan kata kerajaan tidak mendengar suara pembangkang. Contohnya dalam penggunaan dakwat kekal ketika PRU yang didesak oleh pembangkang, kerajaan dengar dan laksanakan. Begitu juga dengan beberapa perkara lain lagi.

“Jadi bagi saya, himpunan yang dianjurkan oleh pembangkang ini memperlihatkan sikap mereka yang rakuskan kuasa, dengki, khianat serta tidak memperdulikan nasib dan suara majoriti rakyat di negara ini.
“Majoriti rakyat di negara ini mahukan perpaduan dan bukannya perpecahan serta huru hara. Tetapi kepimpinan pembangkang tidak peduli hasrat dan aspirasi rakyat terbanyak kerana apa yang penting, matlamat mereka untuk menjatuhkan kerajaan, dan dengan itu kuasa akan berpindah ke tangan mereka tercapai,” jelasnya.

Saturday, September 7, 2013

Anuar makin Biol???




Gagak rasa anuar dah semakin biol kerana meminta pihak POLIS MINTA MAAF dekat macai PR Samad Said. SAH ANWAR BIOL AKALNYA...PAK SAMAD MALAM MALAM BUTA ANGKAT BENDERA TU APA CERITA PLAK?

"Zahid wajib mohon maaf kepada Sasterawan Negara itu kerana pada usianya 80 tahun, beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis kata Anwar."

Polis heret Pak Samad sebagai biadap??Tengah malam pukul 12 pasal dia dah tua??

Yang tengah malam merdeka dia dok usung bendera kain perca tu tak pulak ingat dia tua?? Yang dok mengarut merapu malam merdeka tak pulak dia sedaq diri tuh tua?

Habis kalau orang tua nih berstatus "SASTERAWAN" nak kena hampar karpet merah? Nak kena tembak meriam berdas-das atau kena buat perarakan macam hari merdeka tuh???

Bila pihak Polis minta dia tampil kedepan kenapa tak mau pergi??

Ini membuktikan anuar sengaja mahu menghasut rakyat supaya menentang pihak polis. Inilah sebenarnya rancangan jahat anuar untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang gagak harapkan ialah supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya termakan dengan hasutan anuar.

Gagak Hutan