Monday, August 19, 2013

Guan Eng akhirnya hentikan 'DRAMA'????

KEPUTUSAN DAP yang memutuskan supaya pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti diadakan, dipercayai ada kaitan dengan desakan satu kumpulan dalam parti itu yang tidak menyokong Dinasti Lim. Kumpulan ini sudah tidak mahu lagi DAP dipergunakan atas kepentingan peribadi. Dan tidak rela imej parti terus tercemar dari hari ke hari, bulan ke bulan.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Setiausaha Agung Lim Guan Eng sudah mengakui berlaku kesilapan pengiraan undi dalam pemilihan CEC 15 Disember lalu. Tetapi yang peliknya selama lapan bulan ini masih enggan melakukan pembetulan dan pemilihan semula.




Penyokong dan akar umbi DAP kini kembali menolak cara Kit Siang dan Guan Eng yang didakwa mempergunakan parti untuk kepentingan mereka. Mereka tidak mahu agenda DAP menjadi agenda keluarga Kit Siang.

"Malam tadi (kelmarin) juga ada kumpulan yang memaksa Guan Eng mengadakan pemilihan semula CEC. Mereka mengatakan parti akan hancur jika ROS batalkan pendaftaran DAP.

"Mereka mahu Guan Eng hentikan drama ini sebab rakyat dah tahu apa yang DAP buat. Selama lapan bulan ini hanya Kit Siang dan Guan Eng sahaja yang enggan buat pemilihan semula. Kami pelik juga sebab setiap kali sebarang pemilihan diadakan sejak 47 tahun ini, mesti ada kalangan anak beranak mereka di ranking atas," kata seorang pemimpin kanan DAP kepada Utusan Malaysia kelmarin.

Memang, hakikatnya DAP tidak boleh lari daripada mengadakan pemilihan semula CEC. Bukti begitu kuat mengatakan wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian. Antara dakwaan itu adalah DAP gagal memberikan notis kepada 753 anggota delegasi yang merupakan anggota sah dan layak mengundi pada pemilihan CEC ketika Kongres Kebangsaan DAP Ke-16 di Pulau Pinang pada 15 Disember itu.

Siasatan ROS dijalankan setelah ahli DAP berterusan mendesak parti itu mengadakan pemilihan semula CEC kerana mendakwa wujud penyelewengan dan manipulasi undi ketika pengundian.

Dakwaan lain adalah wujud 547 perwakilan 'haram' yang kebanyakannya dari Pulau Pinang yang telah diarah mengundi enam nama iaitu Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh, Chong Chieng Jin, Anthony Loke Siew Fook dan Vincent Wu Him Ven.

Sebelum itu atau lebih tepat lagi kira-kira tiga minggu selepas pemilihan tersebut berlangsung, DAP mengumumkan terdapat kesilapan teknikal dalam pengiraan undi pemilihan itu. Ekoran kesilapan itu, wakil Melayu, Zairil Khir Johari yang juga Setiausaha Politik Guan Eng berjaya menduduki kedudukan terakhir senarai CEC yang dipilih dengan 803 undi. Zairil yang sebelum itu hanya berada di tempat ke-39 melonjak ke tangga 20 menggantikan Vincent Wu yang sebelum itu berada di tangga keenam selepas undinya tersalah kira sehingga berjumlah 1,202.

Apa yang menimbulkan persoalan adalah kenapa kesilapan itu diumumkan hanya setelah pelbagai pihak menyifatkan parti itu telah menunjukkan wajah sebenar mereka yang cauvinis dan perkauman setelah tiada seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding berjaya merebut 20 jawatan CEC.

DAP cukup sedar bahawa mereka tidak boleh terlepas daripada tuduhan tidak telus dan tidak cekap ini.

Sebenarnya, sejak dari awal lagi, Guan Eng membuat kenyataan berdolak-dalik bagi mengelak daripada mengadakan pemilihan semula CEC.

Beliau mengenakan dua syarat jika mahu pemilihan itu diadakan iaitu pertama, ROS perlu mengemukakan alasan munasabah kenapa tidak berpuas hati dengan penjelasan diberikan DAP berhubung pemilihan CEC. Syarat kedua, DAP mahu ROS menyatakan apakah peruntukan yang diguna pakai oleh pertubuhan tersebut dalam mengeluarkan arahannya.

Namun, semua maklum itu cuma retorik Guan Eng. Kelmarin, Karpal akur bahawa DAP terpaksa beralah. Ini demi menyelamatkan parti itu daripada tindakan pembatalan pendaftaran oleh ROS.

2 comments: