Showing posts with label CAT. Show all posts
Showing posts with label CAT. Show all posts

Saturday, December 21, 2013

DAP Tak Ubah Seperti KUCING KURAP !!!


Masyarakat India dan penduduk kampung Ladang Byram, Nibong Tebal bertegas untuk mempertahankan rumah kediaman mereka yang telah diduduki sejak sekian lama.

Ia ekoran dari arahan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri agar para penduduk yang terdiri daripada 19 keluarga di kawasan tersebut, segera mengosongkan rumah mereka bagi membolehkan kawasan tersebut dijadikan tempat pelupusan sampah.

Sebagai pampasan, setiap keluarga akan dibayar pampasan sebanyak RM2,000.00 dan diberikan sebuah rumah pangsapuri untuk disewa yang terletak di Jawi dengan bayaran RM100.00 sebulan. Menurut salah seorang wakil penduduk yang ditemui, jumlah pampasan yang diberikan adalah amat rendah sekaligus membuktikan bahawa kerajaan DAP Pulau Pinang langsung tidak mempedulikan nasib masyarakat India di kawasan tersebut.


“Kita ini sudah lama duduk (hampir 33 tahun), kita tidak mahu duduk flat (rumah pangsa). Sudah bagi tahu banyak kali, sudah hampir 6 bulan mereka (kerajaan negeri) datang untuk berbincang namun masih tetap mengeluarkan surat untuk keluar rumah (notis mengosongkan rumah).

“Mereka suruh kita duduk rumah pangsa, mereka tahu tak (ada keluarga yang tidak mampu bayar) bil elektrik. (Adakalanya) hampir 3 bulan bil tersebut (tertunggak). Inikan pula diminta untuk membayar duit sewa rumah tersebut berjumlah RM100.00 sebulan” kata wakil tersebut dengan nada sedih ketika ditemui petang semalam.

Paling memeranjatkan mereka, apabila perjumpan yang diadakan dengan Timbalan Ketua Menteri 2, Prof Dr. P. Ramasamy bukan sahaja gagal mencari jalan penyelesaian namun telah memburukkan lagi keadaan. Ini kerana selepas 3 hari perjumpan tersebut diadakan mereka menerima satu lagi notis yang meminta semua penghuni rumah segera berpindah.


“Semasa perjumpaan tersebut dia (Ramasamy) juga yang mencadangkan agar mana-mana keluarga ingin berpindah boleh berbuat demikian, manakala yang tidak bersetuju boleh terus tinggal sehingga persetujuan dapat dicapai. Namun selepas 3 hari, mereka mengeluarkan notis untuk kosongkan rumah.

“Permintaan kami mudah, cari satu kawasan yang berhampiran untuk kami tinggal. Ini kerena rata-rata penghuni adalah merupakan kanak-kanak kecil dan warga emas yang uzur. Tambahan pula semua penghuni bekerja di ladang yang berhampiran.

Menurutnya, dulu kerajaan DAP pernah sekali memberikan mereka 10 kilogram beras untuk setiap keluarga, namun selepas itu langsung tiada sebarang bantuan yang diberikan.

“Saya mahu tanya, dua kali mereka telah menang, apa yang telah mereka berikan kepada kami? Apapun tidak ada. Kita pergi jumpa dengan Datuk Zainal (Abidin Osman). Dia yang tolong sama kita, tapi sayang dia kalah.

“Kalau dia menang (dalam pilihanraya umum yang lalu) pasti beliau akan bantu kami di sini. Sekarang dia tidak ada, kita semua susah, macam anjing ke sana sini (meminta bantuan)” jelasnya dengan nada yang kecewa.

Thursday, December 19, 2013

Guan Eng digesa!!!

“Pergerakan Pemuda Umno Negeri memohon penjelasan yang sewajarnya daripada Ketua Menteri Pulau Pinang segera berkaitan isu tersebut,”


Itulah yang ditegaskan oleh Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim kepada Ketua Menteri Pulau Pinang berhubung isu ketidaktelusan yang sedang hangat diperkatakan. Pergerakan Pemuda Umno Negeri telah dimaklumkan melalui beberapa laman blog, bahawa berlaku ketidaktelusan di dalam pengagihan Projek Membina Tebatan Banjir di sekitar Jalan Kampung, Bukit Mertajam.

Menurut Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang,Rafizal Rahim, beberapa dokumen sulit dan rasmi milik Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) bertarikh 15 Mac 2013 dan 20 Jun 2013 turut dilampirkan bagi menyokong kenyatan didalam blog tersebut.

Dakwanya lagi, di dalam dokumen tersebut, telah dinyatakan dengan jelas bahawa Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan telah mencadangkan dan bersetuju projek ini dijalankan secara rundingan terus dengan Syarikat S.P Mega Sdn Bhd dengan kos sebanyak RM 6,913,896.60.
Beliau menambah dalam masa yang sama, Ketua Menteri Pulau Pinang, pada 18 Mac 2013, telah membuat kenyataan di dalam The Star Online bahawa projek ini telah dilaksanakan secara open tender atau tender terbuka dan telah diberikan kepada S.P Mega Sdn Bhd dengan nilai yang sama.

“Dalam hal ini, Pemuda UMNO Pulau Pinang dan rakyat Pulau Pinang ingin meminta penjelasan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang terhadap kaedah pemberian tender ini memandangkan kenyataan beliau di dalam The Star Online dan Minit Mesyuarat JawatanKuasa Perolehan ini berbeza,” kata beliau dalam satu kenyataan media kepada FMT.

Rafizal berkata rakyat memerlukan penjelasan terhadap persoalan ini apatah lagi, dengan slogan ‘ Competency, Accountability dan Transparency’ perkara sebegini perlu diketahui oleh rakyat umum.

Sehubungan dengan itu, beliau berpendapat bahawa Pemuda juga ingin mendapatkan penjelasan kenapa projek ini perlu dirunding secara terus memandangkan masih banyak kontraktor lain yang mampu melaksanakan projek ini jika dilaksanakan tender terbuka.