Showing posts with label polis. Show all posts
Showing posts with label polis. Show all posts

Tuesday, January 21, 2014

MOMOTARO SANNN!! Anwar Dilarang Masuk ke JEPUN!!!


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilarang memasuki Jepun pada hari Ahad dan mengecam layanan yang diberikan oleh para pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Tokyo.

Anwar menerusi kenyataan di blog miliknya membantah sekeras-kerasnya tindakan ini dan mengatakan ianya tidak wajar untuk kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke Jepun sekaligus menafikan hak-hak sah beliau bagi perjalanan secara bebas tanpa halangan.

"Ia memang mustahil untuk salah sebuah negara demokrasi yang terkemuka di dunia untuk mengambil tindakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini di bawah alasan lemah itu dan membiarkan saya dengan gambaran bahawa terdapat sesuatu yang mungkin menyebabkan keadaan ini berlaku," kata beliau di blognya.

Beliau berkata demikian ketika merujuk kepada campur tangan pihak tertentu yang menyebabkan beliau tidak dibenarkan masuk ke negara itu.

Menurut catatan di blog miliknya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu tiba di lapangan terbang pada pukul 6.46 pagi Ahad dari Kuala Lumpur tetapi telah dinafikan kemasukan oleh pegawai-pegawai imigresen dan diarahkan supaya menaiki penerbangan pertama untuk pulang atau berhadapan dengan tindakan pengusiran.

Anwar dikatkan memberi kerjasama dan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur pada pukul 10.45 pagi.

Ketua pembangkang itu diberikan penjelasan berhubung pengusirannya ekoran sabitannya sebelum ini pada 1999.

"Saya beritahu mereka ini tidak boleh jadi sebab yang diterima kerana saya pernah memasuki Tokyo tanpa halangan sebanyak tiga kali sebelum ini pada 2006, 2009, dan 2012.


Tindakan Lapangan Terbang Antarabangsa Narita yang tidak membenarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada memasuki Tokyo dipercayai kerana beliau gagal memenuhi syarat yang ditetapkan di bawah undang-undang Imigresen Jepun.

Menurut pegawai di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, pihak berkuasa mempunyai hak untuk menafikan kemasukan mana-mana individu yang gagal memenuhi syarat ditetapkan di bawah Perkara 7 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

"Kami tiada kuasa untuk menjawab hal-hal berkaitan peribadi individu," kata pegawai Imigresen Jepun ketika dihubungi

Menerusi undang-undang Jepun, seseorang yang pernah dipenjara lebih daripada satu tahun boleh dihalang daripada masuk ke negara berkenaan seperti yang ditetapkan di bawah Perkara 5 Kawalan Imigresen dan Akta Pengiktirafan Pelarian.

Untuk rekod, Anwar pernah dipenjarakan selama enam tahun kerana penyalahgunaan kuasa.

Selain daripada memiliki paspost yang sah, syarat lain untuk memasuki Jepun ialah termasuk menyatakan sebab kemasukan serta sama ada tempoh kemasukan sama dengan program kunjungan atau tidak.

Friday, December 27, 2013

Akhirnya DITANGKAP...



Polis telah menahan suspek pemilik akaun facebook, Asmaelz Hadzeny II yang membuat kenyataan berbaur hasutan mengajak orang ramai untuk menyertai sebuah perhimpunan untuk menggulingkan kerajaan baru-baru ini.

Suspek tersebut ditahan pada Khamis pada jam 11.00 pagi di Saratok, Sarawak.

"Penganggur yang berusia 25 tahun itu dalam proses untuk dihantar ke Kuala Lumpur bagi membantu siasatan. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan sesuatu aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen,"kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah PDRM Datuk Hadi Ho Abdullah.

Media sebelum ini melaporkan mengenai Asmaelz Hadzeny II yang dikesan menulis kenyataan menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada 31 Disember ini di laman Facebooknya.

Berdasarkan akaun FBnya, beliau dilapor mengajak orang ramai membuat persiapan untuk merusuh selain membawa peralatan mempertahankan diri daripada anggota polis.

“...kita akan memerlukan tenaga yang lebih untuk menggulingkan kerajaan zalim...pada malam ambang sambutan tahun baru.

Ayuh rakyat ayuh! kalau boleh sila bawa perkakasan, peralatan untuk mempertahankan diri daripada....polis,” kata status berkenaan.

Berikutan kenyataan berbaur hasutan itu, polis telah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman bagi menahan Asmaelz Hadzeny II dan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Friday, December 20, 2013

Langgar Anggota Polis


Tuaran: Akibat panik apabila mendapati anggota polis melakukan sekatan jalan dalam Ops Cantas Khas Trafik, seorang penunggang motosikal merempuh sekatan itu sehingga menyebabkan seorang anggota polis cedera di paha dan tangan kanannya dalam kejadian di Jalan Telibong-Tamparuli baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 11.15 pagi itu, Koperal Madlan Suara, 47, dikejarkan ke Hospital Tuaran di sini, selepas cedera di tapak tangan dan jari manis serta pahanya dan menerima beberapa jahitan.

Bagaimanapun, Madlan yang masih menerima rawatan di Hospital Tuaran di sini, dilaporkan berada dalam keadaan stabil, manakala penunggang motosikal berusia 17 tahun itu ditahan.

Ketua Polis Daerah Tuaran Deputi Superintendan Abdul Fuad Abdul Malek berkata, siasatan mendapati, suspek menunggang motosikal Honda EX5 dari Tuaran menuju ke Tamparuli, dekat sini, dan sebaik tiba di tempat kejadian, suspek panik apabila melihat anggota polis sedang melakukan sekatan jalan.

ANGGOTA polis cedera dirempuh penunggang motosikal di Jalan Telibong-Tamparuli, semalam.“Penunggang motosikal itu cuba melarikan diri dengan merempuh Koperal Madlan,” katanya ketika dihubungi.

Thursday, December 19, 2013

Alatan SEKS kini DIJUAL SECARA TERBUKA!!!! @PDRM


Terdapat premis perniagaan di Pulau Pinang yang menjual alatan seks secara terbuka di premis mereka.

Apakah Pulau Pinang kini sudah terbuka dan apa sahaja boleh di niagakan secara sesuka hati ? Mungkin selepas ini penduduk dan masyarakat di Pulau Pinang dapat pula melihat perniagaan chinadoll yang melintuk liuk di sebalik cermin menantikan pelanggan.

Yang menghairan ialah kenapa premis tersebut dapat beroperasi seperti biasa , tak ada pemantauan daripada pihak berkuasa ke?



Sedarkah kita bahawa penjualan secara terbuka ini amat membimbangkan khususnya kepada para remaja kita di luar sana. Dalam suasana dan perkembangan mutakhir ini rasanya premis yang cukup mudah untuk di akses oleh sesiapa sahaja itu mampu membawa bencana kepada generasi pelapis negara. 

Saturday, September 7, 2013

Anuar makin Biol???




Gagak rasa anuar dah semakin biol kerana meminta pihak POLIS MINTA MAAF dekat macai PR Samad Said. SAH ANWAR BIOL AKALNYA...PAK SAMAD MALAM MALAM BUTA ANGKAT BENDERA TU APA CERITA PLAK?

"Zahid wajib mohon maaf kepada Sasterawan Negara itu kerana pada usianya 80 tahun, beliau dibawa tiga polis pada jam 12 tengah malam ke ibu pejabat polis kata Anwar."

Polis heret Pak Samad sebagai biadap??Tengah malam pukul 12 pasal dia dah tua??

Yang tengah malam merdeka dia dok usung bendera kain perca tu tak pulak ingat dia tua?? Yang dok mengarut merapu malam merdeka tak pulak dia sedaq diri tuh tua?

Habis kalau orang tua nih berstatus "SASTERAWAN" nak kena hampar karpet merah? Nak kena tembak meriam berdas-das atau kena buat perarakan macam hari merdeka tuh???

Bila pihak Polis minta dia tampil kedepan kenapa tak mau pergi??

Ini membuktikan anuar sengaja mahu menghasut rakyat supaya menentang pihak polis. Inilah sebenarnya rancangan jahat anuar untuk menjatuhkan kerajaan. Apa yang gagak harapkan ialah supaya rakyat tidak sewenang-wenangnya termakan dengan hasutan anuar.

Gagak Hutan

Wednesday, September 4, 2013

18sx, Sperma DICURI????


Seorang warganegara Bosnia yang berstatus penduduk tetap di Malaysia memfailkan saman RM600,000 di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dengan mendakwa teman wanitanya mencuri spermanya walaupun tidak berminat berkahwin.

Ervin Ahbabovic, seorang pengarah daripada Taman Danau Desa, menamakan wanita tersebut, 29, sebagai defendan. Ahbabovic, 41, mendakwa beliau dan wanita tersebut mempunyai hubungan dengannya pada tahun 2008.

Dakwanya lagi, bekas pasangannya itu lebih berminat dengannya untuk memenuhi kehendak seksual sedangkan dia mahu berkahwin dan memulakan keluarga. Mereka mempunyai seorang anak pada 2010. Ahbabovic mendakwa wanita itu menghalaunya pada tahun lalu.

Ekoran itu, dia menuntut RM600,000 untuk penggunaan spermanya untuk mendapatkan anak dan pengisytiharan bahawa dia merupakan bapa yang sah kepada anak itu.

Ahbabovic berkata dia jatuh cinta dengan Chung pada tahun 2008. Mereka kemudiannya tinggal bersama dan dua tahun kemudian, pada 7 Februari, anak mereka Aaron Leviticus Ahbabovic Chung dilahirkan. Plaintif mendakwa, dia pada mulanya percaya mereka berdua akan mendirikan rumah tangga, namun mengakui beliau tersilap.

Menurut dokumen mahkamah, hubungan mereka retak selepas kelahiran anak lelaki mereka, ekoran defendan kerap mencari kesalahannya. Pada masa sama, beliau mendakwa kehendak seksual defendan yang mahukan hubungan seks enam kali sehari sebagai melebihi norma kebiasaan.

Bagi si Ahbabovic, dia masih yakin nafsu seksual wanita tersebut berdasarkan cinta sebenar namun defendan menjadi cemburu dan tidak yakin dengannya. Beliau mendakwa kehendak seksual defendan menjadi rutin yang terpaksa dipenuhinya.

Tidak tahan dengan apa yang berlaku, plaintif kemudiannya menegur tindakan defendan namun defendan kemudiannya menghina, memukul, dan memarahinya. Malah, beliau juga didakwa telah dihalau dari rumah dan menafikan haknya untuk mendapatkan simpanan dan menguruskan perniagaan bersama mereka. 

Ahbahovic berkata Chung terus bertindak di luar batasan selepas itu termasuk dalam perniagaan dan tidak pernah membayarnya walaupun menerima beberapa ratus ribu daripada sekolah antarabangsa di Kuala Lumpur. Beliau turut rasa dimalukan, stress dan trauma, ekoran bukan sahaja dihalau dari rumah, tetapi juga dilarang berjumpa anaknya.

Ahbabovic berkata beliau rasa terhina dengan kenyataan Chung yang menganggap dirinya dipergunaan sebagai penderma sperma.

Agama Islam DIHINA lagi???


Kuala Lumpur, seorang Pelukis Anurendera Jegadeva ditahan polis selepas laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan menghina Islam. Beliau melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot”.

Seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat ‘Basmallah’ terbalik di bawahnya, yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.

Manakala untuk J dan K pula di buat ‘J for Jesus’ dan ‘K for Krisna’ – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.

Ketua Polis Daerah Sentul Timbalan Komisioner Zakaria Pagan mengatakan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk menghina agama seseorang.

Gagak berharap agar pelukis ini diberi hukuman yang berat kerana menghina agama seseorang serta akan menyebabkan pergaduhan yang sekaligus memudaratkan keharmonian negara Malaysia.

Macai PR Samad Said DITAHAN!!!

Semalam, seorang macai PR iaitu A. Samad Said telah pun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Dang Wangi bagi membantu siasatan berhubung insiden mengibar bendera selain Jalur Gemilang pada malam sambutan Ambang Merdeka Jumaat lalu.


Difahamkan, beliau dikehendaki bagi membantu siasatan kes di bawah Akta Hasutan dan sejak itu jugalah beliau langsung tidak kelihatan. Macai ini merupakan antara tiga individu yang dilaporkan dalam insiden berkenaan. 

Dua individu lain iaitu aktivis propembangkang Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah pun ditahan polis di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi membantu siasatan.

Apa yang memalukan ialah bagaimana seorang yang bergelar Sasterawan Negara boleh melakukan perbuatan terkutuk ini. Perbuatan ini juga boleh dianggap sebagai mengkhianati negara. Pada pendapat gagak, Sasterawan Negara ini patut diberi hukuman yang berat kerana beliau telah pun menjadi PENGKHIANAT Negara dengan menghasut rakyat Malaysia supaya menukar bendera Jalur Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya.

Gagak berharap pihak yang berkuasa tidak memandang ringan perkara ini agar ia menjadi tauladan kepada semua.

Gagak Hutan.

Monday, September 2, 2013

Pemimpin PKR DITANGKAP????


Polis menahan pemimpin PKR S.Jayathas apabila beliau cuba menahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari merobohkan kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun di Jalan P.Ramlee pagi tadi.

Timbalan Ketua Hak Asasi PKR dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Dang Wangi kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas mereka dibawah Seksyen 186.

Peguam, Latheefa Koya berkata, Jayathas bersama Naib Presiden PKR N.Surendran dan M.Manoharan telah berada dikuil tersebut setelah menerima pesanan ringkas (sms) dari komuniti berkenaan ekoran kehadiran pegawai. DBKL.

“Mereka datang dan cuba memasang tembok, mereka juga mahu merobohkan kuil ini tanpa memberi sebarang amaran, ” kata Latheefa.

Surendran yang juga peguam kuil itu berkata, lebih 100 pegawai DBKL datang pagi ini untuk robohkan kuil tersebut.

“Mereka datang bersama segala jenis jentera termasuk buldozer untuk memusnahkan kuil itu. Mereka juga membawa bersama sekumpulan samseng untuk menakut-nakutkan mereka yang sedang membuat penyembahan khas di situ,” katanya.

Tindakan ini dibuat sehari selepas Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 56.

Bagi Surendran tindakan DBKL tidak sah kerana ia dibuat tanpa arahan mahkamah.

“Apa yang saya minta adalah datang dan bincang tetapi hingga kini tidak ada siapa yang datang,” katanya sambil menambah keadaan terkawal selepas polis mengarahkan kontraktor dan pegawai DBKL agar mengosongkan kawasan itu.

“Polis datang jam 10.30 pagi ini dan meminta mereka hentikan kerja dan tinggalkan kuil. Mereka patuh. Tetapi mereka masih ada di luar sana dan kita tak tahu apa berlaku selepas ini,” kata Surendran.

Surendran berkata, dia akan membuat laporan polis selepas ini ekoran serangan samseng itu dengan kehadiran pegawai DBKL.

Struktor kuil yang dibina pada tahun 1911 itu kini terletak di atas tanah rezab untuk jalan raya.

Tahun lalu kuil ini menerima notis perpindahan dari Hap Seng Land yang sedang membina bangunan 30 tingkat di tanah bersebelahan.

Menurut syarat DBKL, kebenaran menduduki (CF) hanya akan diberikan jika mereka membina laluan 8 kaki sepanjang bangunan itu.

p/s : Mereka ni tak habis-habis buat kacau la...

Friday, August 23, 2013

Bas Jatuh Gaung : Senarai nama mangsa cedera


Berikut ialah senarai mangsa yang cedera dalam kemalangan bas di Genting Highlands semalam dan hospital tempat mereka menerima rawatan.

Hospital Bentong, Pahang

1. Nama :Suryadi Budiarto
Jantina :Lelaki
Umur :52 tahun

Warganegara:Indonesia

Hospital Selayang

1. Nama :Nurul Quraitul Aini
Jantina :Perempuan
Umur: :20 tahun
Warganegara:Malaysia

2. Nama :Rezyan
Jantina :Lelaki
Umur :24 tahun
Warganegara:Bangladesh

3. Nama :Nurfridil Gusman
Jantina :Lelaki
Umur :23 tahun
Warganegara:Indonesia

4. Nama :Raawlok
Jantina :Lelaki
Umur :14 tahun
Warganegara:Bangladesh

5. Nama :Nur Shamimi Jaafar
Jantina :Perempuan
Umur :25 tahun
Warganegara:Malaysia

6. Nama :Nur Fathih Jaafar
Jantina :Perempuan
Umur :22 tahun
Warganegara:Malaysia

7. Nama :Rashidah Buyah
Jantina :Perempuan
Umur :50 tahun
Warganegara:Bangladesh

8. Nama :Andri Purwadi
Jantina :Lelaki
Umur :25 tahun
Warganegara:Indonesia

Hospital Sungai Buloh

1. Nama :Maizatul
Jantina :Perempuan
Umur :23 tahun
Warganegara:Malaysia

2. Nama :Kang Byoung Kuk
Jantina :Lelaki
Umur :60 tahun
Warganegara:Korea


Hospital Kuala Lumpur

1. Nama :Wong Terapung
Jantina :Lelaki
Umur :63 tahun
Warganegara:Thailand

2. Nama :Saedah
Jantina :Perempuan
Umur :19 tahun
Warganegara:Malaysia

3. Nama :Razif
Jantina :Lelaki
Umur :26 tahun
Warganegara:Malaysia

4. Nama :S.E Ali Haider s/o Shyed Haider
Jantina :Lelaki
Umur :46 tahun
Warganegara:Bangladesh

5. Nama :Tan Ming Shing
Jantina :Lelaki
Umur :26 tahun
Warganegara:Malaysia

Thursday, August 22, 2013

DAP membela PENJENAYAH????


Pemimpin DAP membela samseng?? Ianya bukanlah berita yang mengejutkan lagi bagi rakyat Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa semua pihak sudah menerima hakikat bahawa DAP itu samseng dan samseng itu DAP.

Contohnya dalam kejadian tembak menembak di mana 5 penjenayah terbunuh di Nibong Tebal, Ahli Parlimen DAP Lim Lip Eng cuba mempertikai tindakan polis dengan mempersoalkan kesahihan kenyataan polis yang merujuk kepada si mati sebagai penjenayah.

Tindakan Lim Lip Eng dilihat sebagai reaksi spontan seorang yang gusar kerana beliau terlepas pandang akan hakikat berlakunya ‘balas membalas tembakan’. Seharusnya beliau tahu bahawa tidak mungkin seorang yang tidak bersalah akan mempunyai senjata api, apatah lagi berbalas-balas tembakan dengan polis. Kegusaran Lim Lip Eng terhadap kematian penjenayah amatlah memusykilkan kita semua.

Penjenayah yang ditembak dikenalpasti dari kumpulan 04 iaitu salah satu dari kumpulan gangster India di sebelah utara. Mungkin menyedari bahawa mereka mendapat sokongan dari parti politik, maka kumpulan 04 begitu berani menonjolkan diri dengan berarak mengiringi mayat rakan mereka, malah berani juga melanggar kereta polis. Mereka juga turut melukis logo kumpulan mereka di beberapa lokasi, dikhuatiri sebagai tanda pengisytiharan perang terhadap pihak polis.

Tindakan DAP membela penjenayah dan menyalahkan polis adalah konsisten, dan parti itu nampaknya tidak berganjak walaupun terbukti yang tertembak adalah kumpulan gangster yang bersenjata dan ganas.


Apa yang berlaku ini seharusnya menimbulkan kesedaran di kalangan para penyokong Pakatan Rakyat akan bahayanya parti DAP. Apa lagi yang diperlukan untuk membuktikan bahawa DAP bukanlah parti yang bertanggungjawab, jauh sekali prihatin? Sokongan dan pembelaan yang ditunjukkan terhadap kumpulan gangster merupakan satu kenyataan rasmi bahawa DAP adalah parti samseng. Apakah kita sanggup memberi mandat kepada parti samseng lagi selepas ini?

Sungguh jahat permainan DAP yang mencemuh polis kerana jenayah meningkat, tetapi mempertikai pula tindakan polis mengekang jenayah.

Gagak harap pihak polis tidak membuang masa melayan karenah DAP dengan membela diri atau menjelaskan apa-apa. Usah terjerumus dalam kancah politik gila parti samseng yang sanggup memperjudikan nyawa orang ramai demi publisiti dan kuasa.

Sesungguhnya rakyat berdiri teguh di belakang pihak polis dalam tindakan mereka mencegah dan mengekang jenayah dengan tegas dan pantas. Kebiadapan kumpulan 04 perlu diajar supaya mereka sedar bahawa negara ini mempunyai undang-undang. Kumpulan samseng tidak boleh bermaharajalela seolah-olah negara ini mereka yang punya. Gagak berdoa akan keselamatan pihak polis dan agar kumpulan 04 dihapuskan dari muka bumi Malaysia.

Wednesday, August 21, 2013

Bas Persiaran Jatuh GAUNG.

Sebuah bas terbabas dan terjatuh kedalam gaung sedalam 150 kaki di Genting Highlands sebentar tadi. Dianggarkan 49 orang mangsa terlibat.


Anggota penyelamat terdiri daripada Bomba dan Penyelamat dan JPAM sedang berusaha mengeluarkan kira-kira 30 mangsa yang dikhuatiri terperangkap apabila bas persiaran mereka naiki terbalik dan jatuh gaung.

Bas persiaran yang dikatakan terbalik dan jatuh gaung di KM3, Lebuhraya Karak, menghala ke KL, kira-kira 2.46 petang tadi.


Terpedaya Dengan Tawaran Hadiah yang LUMAYAN!!

Sorang guru wanita di sini kerugian RM3,500 apabila terpedaya dengan tawaran hadiah yang kononnya ditawarkan sebuah syarikat penyedia perkhidmatan telekomunikasi.

Gambar Hiasan

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Awang Besar Dullah berkata guru tersebut mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang menggunakan nombor persendirian yang memaklumkan bahawa beliau memenangi hadiah peraduan anjuran 'Celcom' bernilai RM5,000.

Tetapi mangsa diminta memasukan wang sebanyak RM3,000 ke dalam akaun suspek sebagai syarat untuk menuntut hadiah itu dan pada masa yang sama suspek turut meminta mangsa memasukan kad prabayar Hotlink Maxis bernilai RM500 yang dipatuhinya.

Awang Besar berkata suspek sekali lagi menghubungi mangsa dan memintanya memasukan kad prabayar Maxis namun guru berkenaan enggan berbuat demikian sebaliknya membuat laporan polis pada 14 Ogos lalu selepas merasa dirinya tertipu.

Sumber-BERNAMA

AWAS dengan taktik baru PENYAMUN DAN PEROGOL!!!!

Gagak ingin berpesan kepada semua rakyat Malaysia supaya berhati-hati dengan jenayah terbaru di Malaysia! Sekarang ini penjenayah sudah mula menggunakan taktik terbaru untuk merogol atau merompak.

Di stesen minyak, akan seorang lelaki datang dan memperkenalkan diri beliau sebagai pelukis kepada wanita untuk menawarkan perkhidmatan mengisi petrol ke dalam kereta wanita itu dan meninggalkan biznes kad. Beliau tidak berkata apa-apa tetapi menerima kad beliau kerana kebaikan lelaki itu dan terus masuk ke dalam kereta. Lelaki itu kemudian masuk kedalam kereta yang dipandu oleh orang lain.

Apabila wanita meninggalkan stesen minyak, dia melihat lelaki tersebut keluar dari stesen itu stesen pada masa yang sama. Hampir serta-merta, dia mula berasa pening dan tidak dapat manarik nafas dengan sempurna. Dia cuba untuk membuka tingkap dan menyedari bahawa bau adalah pada tangannya; tangan yang sama digunakan menerima kad dari orang di stesen minyak semasa menerima perkhidmatan dari lelaki tadi.

Beliau kemudian melihat lelaki tersebut mengekori dibelakangnya dan dia merasakan dia perlu untuk melakukan sesuatu yang pada ketika itu. Dia memandu ke jalan masuk rumah org yang yang pertama di temui dan mula membunyikan hon dia berulang kali untuk meminta bantuan.
Lelaki tersebut terus memandu pergi tetapi wanita masih berasa agak teruk kerana selama beberapa minit barulah dia boleh menarik nafas.

Rupa-rupanya, ada bahan pada kad yang boleh membahayakan sistem pernafasan manusia.
Dadah ini dipanggil 'BURUNDANGA'. (Tidak diketahui Untuk Orang Setakat ini) dan ia digunakan oleh orang-orang yang ingin melumpuhkan mangsa dalam usaha untuk mencuri daripada atau mengambil kesempatan daripada mereka. 

Dadah ini adalah empat kali lebih berbahaya daripada dadah biasa.

Jadi sila berhati-hati dan pastikan anda tidak menerima kad daripada seseorang apabila anda bersendirian.