Friday, May 30, 2014

GUAN ENG TIPU PENGUNDI?


Teluk Intan, 30 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa calon PRK Teluk Intan yang juga Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik juga menjadi Menteri didalam kabinet walaupun calon tersebut kalah kepada calon DAP nanti. 

Beliau mendakwa satu-satunya alasan jawatan menteri diberikan kepada Datuk Mah adalah disebabkan calon BN itu merupakan presiden Gerakan, dalam parti komponen BN. Lim Guan Eng menyifatkan pengumuman daripada Perdana Menteri mengenai jawatan berkenaan juga hanyalah omong kosong dan beliau juga mampu berbuat demikian jika memerintah negara. 

Sebelum ini, Najib memberitahu media Malaysia di China yang presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri, jadi kemenangan BN Sabtu ini akan menjamin kedudukan Mah dalam Kabinet. “Gerakan menjadi ahli pengasas BN dan presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri. “Jika Mah menang, maka saya boleh mengumumkan malam ini dia akan menjadi ahli Kabinet,” Perdana Menteri dilaporkan berkata. 

Lim menyifatkan bahawa, pengumuman Najib itu langsung tidak menggoncang keyakinan DAP dalam pilihan raya Sabtu ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga yakin bahawa Teluk Intan akan menjadi lebih baik walaupun tidak ditadbir oleh seorang Menteri. Beliau yang sebenarnya tahu bahawa rakyat pasti akan mendapat lebih perhatian jika Ahli Parlimen di kawasan tersebut merupakan seorang menteri tetap menyeru penyokongnya supaya menolak calon BN walaupun ia sebenarnya merugikan rakyat.

GABENOR MAKKAH MURKA DENGAN POLIS


MAKKAH - ARAB SAUDI. Gelagat seorang anggota polis Arab Saudi meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, baru-baru ini mengundang kemarahan Gabenor Makkah, Putera Mishal Bin Abdullah Bin Abdul Aziz. 

Gambar tersebar di laman sosial itu turut menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia hingga mencetuskan kemarahan di laman sosial. Atas dasar itu, Putera Mishal mendesak Ketua Polis Makkah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan. 

“Saya sudah mengarahkan ketua polis untuk menyoal siasat anggota terbabit dan tindakan perlu dikenakan,” katanya. Gulf News melaporkan, dipetik dari Al-Arabiya, aksi anggota itu secara terang-terangan menggambarkan beliau tidak menghormati tempat suci itu. “Pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memilih hanya anggota yang benar-benar layak untuk berkawal di situ,” menurut laporan itu.

DAP MARAH BN BANTU RAKYAT


Teluk Intan, 30 Mei - Akibat pemberian hamper makanan kepada penduduk setempat oleh Barisan Nasional di Teluk Intan, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Pasir Bedamar, Terence Naidu mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPR) supaya mengambil tindakan kepada calon BN iaitu Datuk Mah Siew Keong. 

Beliau mendakwa BN cuba memberi sogokan dan rasuah berbentuk barangan makanan kepada penduduk di kawasan penempatan Jalan Laksamana, pada Rabu lepas sedangkan BN ketika itu hanya menghulurkan bantuan kepada rakyat miskin yang memerlukan. Menurut ADUN DAP itu lagi, insiden tersebut dirakam olehnya setelah menerima maklumat daripada penduduk tempatan yang melihat sumbangan tersebut berunsur sogokan. 

“Saya bersama ADUN Bukit Gasing, R. Rajiv melihat insiden itu, di mana sekumpulan penyokong calon BN sedang memberi hamper kepada penduduk miskin". Wakil DAP berkenaan menyifatkan perbuatan BN memberikan bantuan makanan kepada keluarga miskin di situ adalah menyalahi undang-undang berkempen. 

“Seksyen 10(c) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 jelas menyatakan, jika seseorang itu secara langsung atau tidak langsung memberi balasan bernilai kepada orang tertentu yang merupakan pemilih bagi mendorong mereka supaya mengundi calon dalam pilihan raya". 

Sebelum ini, Pakatan Rakyat juga melakukan perbuatan yang sama di setiap pilihanraya dan ia tidak menjadi masalah kepada penyokong BN kerana perbuatan ini adalah satu perbuatan yang murni kerana membantu golongan yang memerlukan. Namun, wakil DAP itu dilihat sengaja mempolitikkan perbuatan tersebut demi mencapai kemenangan di PRK kali ini tanpa menghiraukan keperitan yang ditanggung oleh rakyat. SUMBER

Thursday, May 29, 2014

RAJA NAZRIN DI TABALKAN SULTAN PERAK YANG BARU - DAULAT TUANKU


Anak sulung Almarhum Sultan Azlan Shah, Raja Nazrin dimasyhurkan sebagai Sultan Perak ke 35 di Istana Iskandariah Kuala Knasar kira-kira jam 3.15 petang ini. Pemasyhuran itu dibuat di hadapan jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah berjalan lancar. 

Hadiran melaungkan DAULAT TUANKU tiga kali sebagai Raja Nazrin selesai membaca sumpah perlantikan. Pengumuman pelantikan itu dibuat oleh Orang Kaya-Kaya Seri Maharaja, Tan Sri Jen B Mohd Zahidi Zainuddin. 

Dalam lafaz sumpah, Sultan Dr Nazrin Shah bertitah: "Bismillahirrahmanirrahim... adalah kita, Raja Nazrin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Shah bersumpah dengan Wallahi Wabillahi Watallahi bahawa kita mengaku memerintah negeri Perak Darul Ridzuan dan sekalian jajahan takluknya menurut perlembagaan negeri Perak dengan adil mengikut hukum Allah." 

Susulan itu, Mufti Tan Sri Harussani Zakaria membaca doa selamat. Sultan Dr Nazrin Shah kemudian meletakkan tangan kanan baginda atas keranda jenazah Almarhum Sultan Azlan Shah sebagai syarat supaya keranda diangkat dan diusung keluar untuk istiadat pemakaman. 

Serentak itu, bedilan meriam sebanyak 86 das mengikut umur Almarhum dilepaskan oleh pasukan Bateri Rejimen Artileri Diraja.Bedilan itu bermula dari Sultan Perak meletakkan tangan sehingga jenazah diusung ke Makam Diraja bersebelahan Masjid Ubudiah.

BIODATA :
 Raja Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah

 *Diputerakan pada 27 November 1956 

*Putera sulung Almarhum Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Yussuf Izzuddin Shah dengan Raja Permaisuri Perak Tuanku Siti Bainun Mohd Ali 

*Ditabalkan sebagai Raja Muda Perak pada 19 April 1987 

*Berkahwin dengan Tuanku Raja Puan Besar Perak Zara Salim Davidson pada 17 Mei 2007 

*Anakanda: Raja Mudzaffar Azlan Shah, Raja Nazira Safya Shah Pendidikan 

*Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik, Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat 

*Ijazah Sarjana Muda dalam Bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, England (1979) 

*Ijazah Sarjana dalam bidang Pentadbiran Awam dari Universiti Harvard, Amerika Syarikat (1984) Khidmat 

*Pro Canselor Universiti Malaya bermula tahun 1989 

*Pengerusi Yayasan Hoki Malaysia bermula tahun 1992 hingga 2005 

*Presiden Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak-29/5/2014- SUMBER

USTAZ PKR HINA SULTAN PERAK?


Kuala Kangsar, 29 Mei - Disaat rakyat seluruh negara berdukacita dengan kemangkatan baginda Sultan Perak, Pemimpin PKR, Dr Badrulamin Baharom pula didalam laman sosial Twitternya menyifatkan Almarhum Sultan Perak akan dikenang oleh rakyat sebagai orang yang membantu Umno/BN merampas Perak dari Pakatan Rakyat. 

Tindakan menghina secara terang-terangan terhadap Sultan dan sentiasa beranggapan pentadbiran serta pemerintahan yang sedia ada perlu dihapuskan dan digantikan dengan Pakatan Rakyat jelas membuktikan bahawa pemimpin PKR ini sanggup menderhaka demi mencapai matlamat didalam dunia politik kotor mereka. 

Tindakan beliau ini juga jelas menunjukkann bahawa kebencian terhadap pemerintahan beraja, kejelikan terhadap apa-apa sahaja sistem selain sistem komunis dan sosialis di negara ini begitu terserlah. Beliau yang sepatutnya menumpukan taat setia kepada raja yang memerintah negeri dan taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong sepertimana yang termaktub didalam prinsip kedua Rukun Negara perlu diambil tindakan sekeras-kerasnya agar ia dapat menjadi tauladan dikemudian hari. 

Sementara itu, tindakan penghinaan terhadap Sultan ini juga telah mengundang kemarahan rakyat kepada pemimpin PKR tersebut dan mahu pihak yang berwajib menyiasat dengan segera perkara ini. Perkara ini juga jelas menunjukkan kebiadapan pemimpin PKR tersebut walaupun beliau dikenali sebagai Ustaz dalam parti berkenaan. 

Tindakan beliau ini juga telah mencemarkan imej agama Islam yang mengajar umatnya supaya taat dan menghormati Raja serta imej gelaran Ustaz yang bermaksud mereka yang mengajar agama atau pelajaran agama Islam yang dihormati oleh masyarakat sebelum ini. -SUMBER

CALON DAP SEMAKIN BIADAP?


Dyana Sofya satu nama yang kini sedang meniti di bibir rakyat Malaysia berikutan tindakannya menyertai DAP selain daripada pencalonannya sebagai calon Ahli Parlimen dalam PRK Teluk Intan.Kehadiran anak muda ini dalam dunia politik tanahair di lihat banyak pihak sebagai satu tindakan pelengkap kepada keperluan diri dan tidak lebih daripada itu. 

Sebagai orang muda sudah semestinyalah keperluan untuk memiliki kerjaya seperti mana orang-orang lain menjadi satu keperluan apatah lagi persaingan untuk mendapat pekerjaan di Malaysia pada hari ini tidak semudah satu ketika dulu. Walaupun ada pihak yang menyatakan kemunculan Dyana dalam dunia politik negara kerana minat dan kefahaman beliau tentang ideologi serta perjuangan parti DAP , hakikatnya Dyana hanyalah seorang Pegawai Khas kepada Lim Kit Siang yang kini sedang di pacu untuk di jadikan ikon Melayu setelah Tunku Aziz bertindak meninggalkan parti tersebut. 

Tidak di nafikan setiap daripada kita punya hak masing-masing untuk memilih rentak politik tetapi dalam isu Dyana beliau cuma sedikit beruntung apabila kemelut politik yang melanda parti DAP menyebabkan anak muda berbangsa Melayu ini di angkat sebegitu rupa. Malah dalam beberapa insiden yang di laporkan oleh kebanyakkan media sejak medan PRK Teluk Intan di buka membuktikan betapa Dyana Sofya sebenarnya tidak benar-benar memahami inti-pati perjuangan DAP yang pernah melukakan jutaan jiwa umat Melayu dan Islam di tanahair satu ketika dulu.

Tindakan beliau di lihat sering kali di bayangi oleh pemimpin DAP dan kebanyakkan soalan-soalan yang di ajukan oleh wartawan dalam sidang medianya sendiri gagal di jawab malah di garap dengan baik.Ini membuktikan betapa ceteknya ilmu politik Dyana kerana minda dan jiwanya sudah di rompak oleh mereka-mereka yang kini sedang mempergunakan seorang lagi generasi pewaris Melayu dalam negara untuk kepentingan politik. Di sebabkan itulah Dyana sering kali melakukan kesilapan demi kesilapan yang telah menyebabkan kredibiliti serta integritinya sebagai calon pemimpin rakyat di Teluk Intan terjejas teruk. 

Kerana terlalu bergantung kepada dasar dan perjuangan DAP yang mahukan Malaysian Malaysia atau kesamarataan maka Dyana bukan sahaja sudah tersalah lorong tetapi sudah mengganggu tidur mereka-mereka yang selama ini berdiam diri. Tindakan Dyana yang mahu melakukan perubahan dalam Rejimen Askar Melayu Di Raja (RAMD) dengan mempertikaikan kenapa hanya mereka yang berbangsa Melayu sahaja yang berkhidmat dalam rejimen tersebut benar-benar membuktikan betapa dangkalnya pegawai khas Kit Siang ini.

Sama ada Kit Siang atau Dyana sendiri yang tidak peka dengan isu tersebut bukanlah persoalannya tetapi banyak pihak kini sudah mengaku bahawa Dyana Sofya bukan sahaja sudah hilang semangat Kemelayuannya tetapi sudah menjadi jasad tanpa roh bangsanya. Sebagai anak Melayu dan mengaku terpelajar , Dyana sepetutnya membuat sedikit kaji selidik sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan yang jelas memperlihatkan kebodohannya. Baca selanjutnya DISINI

ISTIADAT PENGHORMATAN ALMARHUM SULTAN AZLAN SHAH BERMULA


KUALA KANGSAR - Suasana sedih jelas terasa tatkala rakyat jelata tiba di pekarangan Istana Iskandariah di sini pagi ini untuk menziarahi jenazah Almarhum Sultan Perak Sultan Azlan Shah yang mangkat petang semalam. Anggota masyarakat pelbagai lapisan dilihat tiba di pekarangan Istana Iskandariah seawal 8.30 pagi dan dibenarkan masuk ke balairung seri, tempat jenazah Almarhum disemayamkan, setengah jam kemudian untuk memberi penghormatan terakhir.

Istiadat penghormatan orang awam ini berlangsung dari pukul 9 hingga 11.30 pagi dan akan disusuli orang kenamaan, menteri, timbalan menteri, menteri besar, ketua menteri dan perwakilan asing bermula 11.45 pagi hingga 1.15 tengah hari. Sesi penghormatan terakhir untuk raja-raja Melayu, yang dipertua negeri, ketua negara dan ketua kerajaan pula akan bermula 1.30 tengah hari hingga 2.15 petang. 

Terdahulu, lapan pegawai daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan ketiga-tiga cabang Angkatan Tentera Malaysia mengusung keranda jenazah Almarhum yang dilitupi kain songket berwarna kuning diraja, memasuki balairung seri sebelum diletakkan di atas peterana tiga anak tangga, juga berwarna kuning diraja, berhadapan singgahsana. Ini disusuli perarakan masuk darjah-darjah kebesaran baginda oleh 11 pegawai daripada pasukan keselamatan.

Darjah-darjah kebesaran terbabit diletak di atas bantal berwarna kuning diraja yang kemudian disusun mengelilingi keranda. Menyusuli mereka 36 jejawat yang membawa payung kebesaran diraja. Alunan ayat-ayat suci al-Quran diperdengarkan oleh beberapa kumpulan termasuk pelajar tahfiz, anggota kariah beberapa buah masjid dan Jabatan Agama Islam Perak pada sepanjang masa di balairung seri itu. 

Terdahulu, Raja Permaisuri Perak Tuanku Bainun, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah, Raja Puan Besar Tuanku Zara dan kerabat diraja berangkat tiba di balairung seri itu. 

Turut berada di dewan itu ialah Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir serta pembesar-pembesar negeri. Rakyat jelata pelbagai kaum yang rata-rata berpakaian serba hitam sebagai tanda berkabung, kemudian menuju ke peterana tempat disemayamkan jenazah Almarhum, dan membacakan doa mengikut kepercayaan agama masing-masing sebelum berjalan keluar meninggalkan balairung seri. - Bernama

ANWAR PAKSA ZAHID LETAK JAWATAN


Teluk Intan, 28 Mei - Ketua Umum KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim didalam satu ceramahnya di Teluk Intan memberi kata dua kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya mengambil tindakan terhadap ahli Umno yang menceroboh kedalam bangunan DUN Pulau Pinang baru-baru ini atau letak jawatan.

"Sama ada Zahid suka atau tidak kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang, tindakan samseng Umno itu terbukti jelas mencemarkan sistem demokrasi negara. "Sekiranya kerajaan tidak mampu pertahankan peraturan undang-undang, lebih baik berundur daripada menjadi kerajaan yang lemah dan tidak bertanggungjawab," kata Anwar yang dahulunya pernah mengetuai himpunan haram menghasut rakyat melakukan huru-hara di Ibu Negara.

Anwar yang menggelar Pemuda Umno itu sebagai samseng juga menyifatkan pasukan Polis tidak adil serta berat sebelah kerana membiarkan insiden tersebut berlaku tanpa sebarang halangan sehingga menyebabkan keselamatan pemimpin-pemimpin DAP ketika itu terancam. "Buktikan polis dan kerajaan sememangnya tidak ‘double standard’ dalam menangani isu serangan samseng Umno yang memalukan seluruh negara.". Baca selanjutnya DISINI

Wednesday, May 28, 2014

#PRKTelukIntan MANIFESTO DAP HANYA PENTINGKAN MATLAMAT PARTI


Teluk Intan, 28 Mei - Semalam, calon muda DAP, Dyana Sofya Mohd Daud melancarkan manifesto yang kononnya untuk memperkasakan lagi rakyat Teluk Intan. Dyana yang baru sahaja menceburi bidang politik ini menumpukan empat perkara utama didalam mannifestonya iaitu kos sara hidup, tadbir urus bersih, pembangunan anak muda dan juga pemerkasaan wanita.

Antaranya didalam manifesto tersebut beliau berjanji akan melawan dasar kerajaan serta memastikan belanjawan negara diuruskan dengan baik. “Masalah barang naik, pelaksanaan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan mempunyai kesan besar kepada rakyat tempatan serta menambah penderitaan rakyat.

“Sekiranya dipilih, saya akan melawan dasar kerajaan yang tidak adil ini dan memastikan belanjawan negara diurus secara berhemah,” katanya dalam sidang media di Pusat Operasi DAP PRK Teluk Intan. Namun begitu, janji yang dibawa oleh beliau ini membuktikan bahawa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak melakukan apa-apa tindakan dalam memastikan dasar serta belanjawan negara diuruskan dengan baik.

Mengulas mengenai pembangunan anak muda pula, Setiausaha Politik Ahli Parlimen Gelang Patah itu berkata, beliau akan melawan pemusatan pembangunan yang hanya tertumpu di Kuala Lumpur supaya Teluk Intan dapat dimajukan.

“Di Teluk Intan, saya perhatikan kebanyakan anak muda terpaksa mencari rezeki di negeri lain akibat dasar pemusatan hanya di Lembah Klang oleh kerajaan. “Saya akan mempergiat aktiviti, menuntut pembinaan infrastruktur sukan dan mewujudkan peluang kerja untuk anak muda,” ujarnya. 

Dengan melihat kepada janji Dyana ini pula, ianya jelas membuktikan bahawa DAP tidak melaksanakan janji yang dibuat pada pilihan raya umum yang lalu dan hanya pandai berjanji kerana Ahli Parlimen Teluk Intan terdahulu juga merupakan wakil DAP dan apa yang dikatakan oleh Dyana itu menunjukkan bahawa Wakil DAP yang lepas tidak berusaha mewujudkan peluang pekerjaan untuk anak muda di Teluk Intan ini.

Oleh itu, manifesto yang dibawa oleh DAP menunjukkan DAP sebenarnya tidak mementingkan masyarakat ti Parlimen Teluk Intan ini sebaliknya hanya mahu mengekalkan kerusi Parlimen yang ada supaya boleh menentang dan menjatuhkan kerajaan semata-mata. -UtaraNews.com

PAS LIDAH BERCABANG KERANA MENYOKONG DYANA


Tindakan Pas menyokong kempen calon DAP bagi pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan di Perak adalah disebabkan desakan politik meskipun ternyata calon itu menolak hudud, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin. 

Timbalan Perdana Menteri berkata ia bukanlah sesuatu yang menghairankan kerana pakatan pembangkang tidak lagi berpegang kepada prinsip masing-masing. "Ini satu desakan politik, walaupun banyak percanggahan bukan sahaja ketika PRK namun ia berlaku sebelum-sebelum ini dalam parti-parti dalam Pakatan Rakyat, bukan hanya dari segi percanggahan hukum, ia termasuk dasar-dasar lain. 

"Ini perkongsian tidak teguh kerana pasal ada kepentingan politik dan bagi saya ia bukan sesuatu yang menghairankan. Walaupun calon itu menentang hudud, dia tetap disokong Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, kerana soal prinsip bukan lagi menjadi satu pegangan utama, katanya kepada pemberita. 

Muhyiddin berkata demikian ketika mengulas tindakan Abdul Hadi yang turun padang menyokong kempen calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud meskipun wanita itu dengan secara terang-terangan menolak hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud di Kelantan.

LAGI BERITA TERKINI KEMANGKATAN ALHARHUM SULTAN PERAK


IPOH 28 Mei - Orang ramai yang ingin memberikan penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Perak, Sultan Azlan Shah yang mangkat hari ini boleh menziarahi jenazah baginda yang akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah, Kuala Kangsar, esok. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, waktu untuk memberi penghormatan terakhir bagi pembesar-pembesar negeri dan orang kenamaan adalah pada pukul 9 pagi. "Manakala orang ramai boleh melakukannya bermula 11 pagi hingga 2 petang, diikuti sultan-sultan, raja-raja dan pembesar negara asing mulai pukul 2 petang hingga 3 petang," katanya dalam pengumuman secara langsung melalui RTM hari ini. 

Baginda yang mangkat pada pukul 1.30 tengah hari ini akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar, esok. Zambry berkata, bendera negeri Perak akan dikibar separuh tiang sepanjang tempoh perkabungan selama 100 hari mulai hari ini, sementara bendera Malaysia dikibar separuh tiang selama tujuh hari. 

"Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari tersebut, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan," katanya. Zambry turut mengisytiharkan esok cuti umum bagi negeri Perak sebagai tanda penghormatan sempena pemakaman Almarhum.

PENGKABARAN DUKACITA D.Y.M.M SULTAN AZLAN SHAH MANGKAT - AL-FATIHAH


Alfatihah, menurut sumber..Baginda Sultan Perak mangkat jam 1.30 petang tadi..

Semoga Allah merahmati Baginda..aminn..

ZAIRIL - UNIVERSITI TAK PENTING PUN DEKAT TELUK INTAN


Teluk Intan, 28 Mei - Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Zairil Khir Johari menempelak Barisan Nasional di Teluk Intan kerana hanya mampu menjanjikan Universiti kepada pengundi disitu tetapi masih banyak lagi perkara penting didakwanya tidak terlaksana. 

Beliau mendakwa, penambahan universiti di Parlimen Teluk Intan tidak akan menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pemuda-pemudi disini kerana kononnya banyak graduan kini gagal mendapatkan kerja. Ahli Parlimen Bukit Bendera itu menggesa kerajaan untuk memberi tumpuan kepada usaha menyesuaikan sukatan pelajaran di universiti dengan keperluan industri supaya rakyat dapat bekerja disektor perkilangan. 

"Selain itu, kita perlu memberi tumpuan terhadap industri baru yang menawarkan ganjaran lumayan dan berasaskan pengetahuan dan tidak terus menggunakan sukatan pelajaran yang melatih bakal pekerja kita dengan kemahiran yang lapuk pada saat mereka tamat pengajian," tambah Zairil. 

Beliau menyifatkan bahawa rakyat setempat tidak memerlukan universiti untuk pembelajaran sebaliknya lebih memerlukan kilang-kilang untuk menampun pendapatan harian mereka. Menurut beliau lagi, selain masalah pengangguran, belia di kawasan itu juga berdepan dengan masalah memiliki pekerjaan yang tidak sepadan dengan kelayakan. 

"Masalah ini menjadi lebih berat jika diambil kira 70 peratus tenaga kerja kita terdiri daripada buruh kasar atau berkemahiran rendah, nisbah yang juga lebih tinggi daripada negara-negara jiran kita," ujar Zairil. Zairil juga menyifatkan bahawa Barisan Nasional sepatutnya membina lebih banyak kilang-kilang untuk rakyat dan bukannya universiti kerana hanya kilang akan mampu mengelakkan masalah pengangguran dikalangan rakyat setempat. SUMBER

Tuesday, May 27, 2014

RSN Rayer BIADAP!!


KUALA PILAH - “Jangan hina bangsa lain dengan mengeluarkan kata-kata biadab dan kurang ajar," tegas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan terhadap Adun Sri Delima, RSN Rayer yang menghina Umno ketika sidang Dun Pulau Pinang, baru-baru ini. 

Menurut Mohamad, kenyataan sebegitu boleh menimbulkan kemarahan, sekali gus mencetuskan perbalahan. “Kita ada maruah. Jangan hina orang Melayu dan Umno kerana itu perbuatan tidak sopan dan kurang ajar. “Saya rasa terhina apabila orang dengan mudah memijak kepala kita, seolah-olah apa yang dilakukan bukan suatu kesalahan besar,” katanya. 

Menurutnya, meskipun berbeza ideologi politik tetapi perasaan saling hormat-menghormati perlu dipelihara memandangkan masyarakat di negara ini berbilang bangsa. “Setiap bangsa perlu menjaga hati dan perasaan bangsa lain. 

Walaupun tidak suka Umno, tidak boleh buat begitu. Kalau ada yang tak puas hati, ada caranya, disampaikan dengan penuh adab dan bersopan-santun,” katanya pada majlis gotong-royong dan mini festival masakan kuih tradisional Negeri Sembilan di Dewan Renggoh, dekat sini, kelmarin.

Anwar Ibrahim Mahu Ambil Tugasan Polis


Kuala Lumpur, 27 Mei - Ketua Umum KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan Polis Di Raja Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berlaku adil susulan insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini. 

Anwar yang pernah mengetuai himpunan Bersih yang menghuru-harakan negara sebelum ini berkata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak tegas dalam mengambil tindakan ke atas kumpulan Melayu Islam yang menggegarkan Dewan Undangan Negeri itu. Anwar Ibrahim juga mendakwa pasukan polis tidak mengambil berat dalam menangani insiden ini walaupun pasukan polis telah membuat tangkapan serta mengambil keterangan terhadap peserta-peserta himpunan tersebut. 

Beliau mendakwa pasukan polis hanya membiarkan insiden ini berlaku tanpa mengambil apa-apa tindakan. Menurut beliau lagi pasukan polis hanya bertindak pantas terhadap insiden yang melibatkan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat. 

“Buktikan polis dan kerajaan sememangnya tidak ‘double standard’ dalam menangani isu serangan samseng Umno yang memalukan seluruh negara." kata beliau. Insiden tersebut berlaku berpunca daripada keceluparan ADUN Seri Delima, RSN Rayer didalam Dewan Undangan Negeri yang mulia mencaci pemimpin Umno dan Umno sendiri sebagai ‘celaka’. 

Perbuatan RSN Rayer ini telah mencetuskan kemarahan semua ahli Umno yang semuanya berbangsa Melayu. Mereka mendakwa makian tersebut tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat. Baca selanjutnya DISINI

Orang Penang suka cakap "Celaka" - RSN Rayer


Georgetown, 26 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, RSN Rayer semalam berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf diatas keceluparannya mengeluarkan perkataan "celaka" di dalam sidang DUN yang berlangsung beberapa hari yang lepas. 

RSN Rayer menyifatkan bahawa perkataan "celaka" yang digunakannya itu hanyalah satu perkataan biasa yang tidak membawa apa-apa maksud. Menurut beliau lagi, perkataan tersebut sentiasa digunakannya dalam kehidupan seharian dan tidak pernah menyinggung mana-mana pihak.

"Perkataan itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad semalam. 

Beliau mendakwa, isu ini sengaja dihangatkan oleh ahli-ahli UMNO untuk menarik rakyat terus membenci DAP yang selama ini berjuang membantu rakyat. Sebelum ini, tindakan ADUN DAP Sri Delima itu telah menyebabkan sekumpulan masyarakat Melayu di Pulau Pinang berkumpul mengadakan demo bagi menyatakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri. 

Mereka mendesak RSN Rayer supaya menarik balik perkataan tersebut dan segera memohon maaf kerana menurut salah seorang peserta demo tersebut, perkataan "celaka" itu bermaksud makian dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang pemimpin yang mewakili rakyat. SUMBER

Dyana Sofya kena KUTUK


Teluk Intan, 26 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Telok Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang mempertikaikan peranan Universiti Teknologi Mara (UiTM) dikutuk oleh pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas pelajar universiti terbabit. 

Calon DAP itu dilihat semakin terdesak kerana sanggup mempolitikkan isu pendidikan ini demi untuk membolehkan kemenangan berpihak kepada DAP. Tindakan beliau telah menyebabkan ramai bekas-bekas pelajar UiTM tampil mengutuk Dyana yang mempolitikkan isu pendidikan sebagai satu bahan politik kotor mereka bagi meraih simpati pengundi bukan melayu disini. 

Menurut Bekas Presiden Persatuan Diploma Perbankan UiTM Segamat, Mohammad Shazrul Zulkifle berkata UiTM ditubuhkan bagi membantu mengubah hala tuju orang Melayu bagi bersaing dalam industri kewangan dan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum bukan Melayu. 

"Jika nak menjadi anggota Parlimen, Dyana Sofya sepatutnya membuat kajian tentang isu lebih relevan seperti ekonomi bukan menyentuh peranan UiTM," katanya. Bagi bekas penuntut jurusan Diploma Pengurusan Perniagaan, UiTM Segamat, Johor, Muhammad Akmal Ridzuan Abd Rahim berkata sebagai bekas penuntut jurusan undang-undang UiTM, calon DAP itu sepatutnya sedar bahawa penubuhan UiTM yang dibuka kepada Bumiputera termaktub dalam Artikel 153, Perlembagaan Persekutuan. 

"Dia (Dyana Sofya) tidak patut libatkan UiTM dalam politik untuk mendapatkan undi bukan Melayu dan saya tidak nampak sebarang keperluan untuk UiTM dibuka kepada kaum lain berikutan terdapat 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) lain yang dibuka kepada kaum lain. "Kenapa gunakan UiTM dalam kempen politiknya? Tindakan beliau Mempolitikkan UiTM membuatkan kami sebagai bekas penuntut sangat terasa hati," katanya. Baca selanjutnya DISINI..

Tuesday, May 6, 2014

TERKINI!! LETUPAN BOM DI HATYAI THAILAND


ALOR SETAR: Sebanyak empat lokasi di Hatyai, selatan Thailand dibom kira-kira jam 2.15 petang waktu Thailand.


 Lagi Gambar Klik Sini

Lokasi yang terbabit dalam kejadian bom itu termasuk Balai Polis Hatyai, stesen kereta Api hatyai, Universiti Songkhla dan kedai serbaneka Seven Eleven. Sehingga kini difahamkan tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan. Tiada rakyat Malaysia terbabit.