Thursday, March 13, 2014

#MH370 Mayat di Temui di Selat Melaka

Mayat yang dilaporkan ditemui di perairan Selat Melaka pada awal hari ini disahkan bukan penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 yang sehingga ini masih hilang selepas dikesan kali terakhir pada Sabtu lalu. 

Polis Indonesia mengesahkan mayat itu sebagai Abdi Sasmita, 54 tahun, warga Desa Bangun Sari di Deli Serdang, Sumatera Utara. Lelaki itu disahkan seorang pemancing yang hilang di perairan dekat Pantai Kuala Aceh, pada petang Ahad. "Berdasarkan laporan, dia terjatuh setelah kapal yang dia tumpangi bersama tiga orang lainnya dihentam ombak," kata pegawai polis Indonesia seperti dipetik oleh laman web berita Merdeka.com. 

Mayat itu dibawa ke Pelabuhan Ujung Bom, Tanjung Tiram, Batubara sebelum dipindahkan ke hospital. Sementara itu, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga mengesahkan tiada mayat ditemui setakat ini. Menjawab soalan wartawan ketika sidang media itu, Hishammuddin menegaskan tidak ada sebarang mayat ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pesawat MH370 setakat ini. "Tidak ada mayat yang boleh dikaitkan dengan penumpang MH370 ditemui setakat ini," katanya dalam sidang media di Hotel Sama-Sama, di sini, hari ini. 

Hishammuddin juga mengesahkan sebuah objek berupa rakit yang ditemui sekumpulan nelayan di Port Dickson tiada kaitan dengan pesawat MH370. Katanya, sehingga kini tiada sebarang petunjuk yang ditemui boleh dikaitkan dengan pesawat Boeing 777-200 milik MAS. Malah, pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga hari ini menegaskan pesawat yang berpatah balik yang dikesan radar tentera Malaysia awal pagi Sabtu tidak dapat disahkan sebagai MH370.

Friday, March 7, 2014

Puas dengan TELUR???

Shanghai – Seorang wanita terpaksa mendapatkan khidmat doktor untuk mengeluarkan telur rebus yang tersekat di kemaluannya selepas melakukan tabiat pelik bersama suaminya ketika mengadakan seks dengan suaminya.

Doktor di Shanghai berjaya mengeluarkan telur rebus itu baru-baru ini.

Suami wanita berkenaan berkata, dia memasukkan telur rebus yang telah dikopek kulitnya itu ke dalam kemaluan isterinya untuk mencuba sesuatu yang baru ketika mengadakan seks.

Namun, tidak lama selepas itu, isterinya mengadu mengalami sensasi yang luar biasa di bahagian berkenaan.

Pasangan dalam lingkungan usia 20-an itu berkata, mereka cuba mengeluarkannya menggunakan penyepit dan sudu, apabila usaha itu gagal, wanita itu cuba mengeluarkannya dengan melompat -lompat tetapi gagal juga.

Dr Guo Xinxin daripada jabatan sakit puan hospital berkenaan berkata, pasangan itu mengambil risiko yang tinggi.

“Apabila sudah berada dalam kemaluan, ia mengandungi campuran bakteria yang rumit dan telur rebus itu akan mereput. Pasangan harus berhati-hati tetapi jika mereka mempunyai masalah seperti itu, mereka harus cepat mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Seks dengan anak murid


Seorang guru wanita yang mengajar subjek pementasan drama, Kelly Burgess dari Newport, Wales menghadapi empat pertuduhan aktiviti seksual dengan anak murid lelakinya yang berusia 13 dan 17 tahun.

Perkhidmatan Kelly di sebuah sekolah di North Somerset telah pun digantung dan kesnya akan dibicarakan di mahkamah bulan hadapan.


Menurut pertuduhan dia telah menyalahgunakan kuasanya dengan mengadakan hubungan seks dengan muridnya.

Menurut Dailymail UK, Insiden memalukan itu dipercayai berlaku dari bulan Januari hingga Ogos tahun lalu.

Kelly dikatakan mengenali murid tersebut ketika dia ditugaskan untuk menyelia dan mengendalikan satu pementasan drama muzikal di sekolah mereka.

Lagi kes LIWAT!!!

Perubahan tingkah laku lembu peliharaan akhirnya membongkar kegiatan melampau dua lelaki yang gemar melakukan seks dengan lembu dan merakamkan aksi tersebut.

Perbuatan jijik ini terbongkar selepas pemilik lembu terbabit yang tinggal di Hermiker County, New York, Amerika Syarikat memasang CCTV apabila melihat perubahan aneh kelakuan lembu peliharaannya yang kelihatan gementar apabila didekati dan menghasilkan susu yang kian kurang.

Sebaik rakaman perbuatan Michael Jones, 35, dan Reid Fontaine, 31, diketahui satu laporan polis segera dibuat yang membawa kepada penangkapan mereka.


Lelaki Tergamak Noda Lembu, Rakan Rakam Aksi

Fontaine merupakan individu yang melakukan hubungan luar tabii dengan beberapa ekor lembu manakala Jones bertindak merakamnya.

Kedua-dua suspek bagaimanapun kini dibebaskan sementara menunggu tarikh perbicaraan.

Awek Cantik yang GHAIRAH

Penyelidik daripada Universiti Yale, Loius Sinatra melaporkan hasil penelitiannya mendapati pernikahan antara lelaki Amerika Syarikat dan wanita Asia meningkat sebanyak 22 peratus pada 2012 berbanding tahun sebelumnya.

Berambut hitam pekat panjang, tubuh yang genit dan mungil, cara berjalan anggun membuatkan ramai jejaka termasuklah daripada luar negara tertarik dengan ciri ini. Mungkin kita berbeza daripada kebanyakan wanita barat yang kaku atau cenderung maskulin meletakkan gadis Asia sebagai calon utama.

Perwatakan mesra, penampilan menarik, ‘simple’ membuatkan ramai yang terpesona. Mungkin faktor adab sopan dan tata susila yang disuntik sejak kecil menjadikan wanita Malaysia kelihatan sopan dan berbudi bahasa.

Diakui, peredaran zaman semakin moden mempengaruhi perwatakan remaja perempuan membuatkan tidak semua ciri yang ada di sini merujuk kepada gadis Malaysia secara keseluruhannya.



Sembunyi rasa

Mungkin ada persamaan antara gadis tempatan dan luar negara contohnya sifat berdikari dan feminin, tetapi kelebihan kita terletak pada sikap lemah lembut dan sopan tutur kata. Ini sekali gus membuatkan jejaka menganggap kehadiran mereka dihormati sebagai ketua.

Bentuk wajah yang bujur sirih dan kelihatan seolah-olah kurang memiliki ekspresi emosi hingga membuatkan sukar ‘dibaca’ adalah daya penarik utama. Walaupun dipenuhi dengan rasa marah, benci atau rasa negatif lain, kita akan cuba selindung menyimpan perasaan dan memendam sendiri tanpa mahu orang lain mengetahuinya. Berbanding wanita benua lain, mereka lebih cenderung meluahkan perasaan secara langsung dan terbuka.

Awet muda

Bukti jelas yang dapat kita lihat adalah gadis tempatan lebih awet muda berbanding wanita luar negara. Sebagai contoh, jika anda tidak mengenali penyanyi Miley Cyrus mungkin akan beranggapan usianya mencecah 25 atau lebih tua, tetapi hakikatnya penyanyi yang popular dengan siri televisyen ‘Hanna Montana’ ini baru berusia 22 tahun. 

Berbeza dengan selebriti tempatan yang kelihatan awet muda contohnya Fazura, 31, tetapi realitinya dia kelihatan seperti gadis remaja berusia 25 tahun. Struktur warna kulit, wajah awet muda mendorong kita lebih lambat berkedut ketika usia mula meningkat berbanding mereka yang menetap di barat.

Walaupun cuma keluar ke warung depan rumah, wanita Asia pentingkan penampilan dan selalu ingin tampil cantik .Pergi ke salun sudah menjadi ‘ritual’ kerana tanggapan sangat penting untuk tampil sederhana, tetapi ada aura untuk orang tarikan sekeliling.

Mudah dekat

Berdasarkan pengalaman beberapa orang rakan penulis dari Australia, mereka berpendapat gadis Asia lebih mudah didekati berbanding wanita barat. Cukup dengan menghulurkan senyuman atau menyapa ‘kamu cantik’, pelancong atau orang luar akan disapa mesra dan ia cukup untuk memulakan perbualan seterusnya.

Berbeza dengan masyarakat luar, jika situasi sama berlaku mereka akan cenderung memandang seolah-olah ia suatu ancaman kerana menganggap lelaki mempunyai niat tertentu sama ada mahu berkenalan atau ada agenda lain. Meskipun dilabel peramah dan mudah mesra, kita lebih pemalu berbanding wanita barat. Adab mendahului segala-galanya membuatkan kita akan berfikir dua kali sebelum melakukan sesuatu tidak kiranya berbicara atau apa saja.

Seandainya mempunyai rakan perempuan luar negara, cubalah berkunjung ke rumah mereka. Pastinya anda akan terkejut kerana rata-rata mereka tidak akan mengemas rumah bahkan bilik sendiri kerana mengharapkan pembantu menyelesaikannya. 

Berbeza dengan gadis tempatan, meskipun jadual harian penuh dan penat dengan tugasan, tetapi kita akan memaksa diri mengurus bilik dan rumah sendiri kecuali mereka yang datang dari latar belakang keluarga kaya. Sebagai contoh, melihat ibu mengurus rumah tangga daripada makan, pakai, kemas rumah dan sediakan keperluan setiap seorang anak cukup membuktikan gadis tempatan pandai mengurus kehidupan.

Aspek menarik lainnya adalah tidak seperti kebanyakan masyarakat barat, kita sangat menghargai hubungan. Memilih satu-satunya pasangan yang tepat dan akan setia kepadanya membuat jejaka sanggup melakukan terbaik untuk anda.

Kurang kes cerai

Kebanyakan negara Asia memandang perceraian sebagai hal memalukan dan berusaha keras mempertahankannya apatah lagi bagi yang beragama Islam. Berbeza dengan wanita di negara barat, mentaliti lebih liberal dan terbuka menjadikan isu ini remeh dan menganggap ia sebahagian laluan hidup.

Malah, ada segelintir sudah mengatur kemungkinan dengan bersetuju membahagikan harta jika hubungan terjalin tidak berjaya.

Tahukah anda Filipina satu daripada dua negara di dunia yang angka perceraiannya kosong. Mereka percaya pernikahan hubungan rasmi untuk seumur hidup. Setiap wanita menganggap hidup berpasangan sebagai komitmen terbesar perlu dihadapi bersama, namun berbeza dengan masyarakat luar, mereka lebih bersikap terbuka dan berpendapat ia hanya cubaan mendapatkan seseorang lebih baik pada waktu depan.

Walau urban mana sekalipun anda, ada elemen mencerminkan wanita Asia sejak dulu hingga sekarang contohnya berbudi bahasa, hormat orang tua dan dikawal oleh adat budaya supaya tidak jauh terpesong dan elakkan diri dilabel setaraf dengan orang barat. Syabas dan usaha mengekalkannya!

Kantoi Onani


MASALAH beronani sangat menjadi-jadi, kerana dunia sekarang ini dihidangkan dengan hiburan-hiburan maksiat, pakaian yang tidak cukup benangnya atau kainnya, pergaulan bebas dan sebagainya

Timbul persoalan dikalangan umat Islam sekarang ini yang mengatakan bahawa adakah onani ini haram atau sebaliknya?


Onani menurut bahasa arab ialah Istimna’/Adat Al-Sirriyyah/Darbu A’syarah. Manakala onani dari segi istilah pula ialah perbuatan mengeluarkan air mani bagi lelaki dengan mengunakan tangan dan ada juga sesetengah golongan mengunakan alatan untuk mereka beronani.

Menurut pendapat pakar perubatan seperti Dr Ismail Thamby mereka menyebut onani dilakukan sambil mengunakan alatan pelican seperti sabun, gel dan lain-lain bagi mendatangkan kepuasan syahwat sementara sebagai melepaskan tekanan seksual.

Manakala bagi wanita ialah dengan memasukan jari atau sesuatu alatan keras ke dalam faraj mereka bagi menimbulkan rangsangan pada faraj sehingga mencapai klimaks iaitu kepuasan syahwat.

Hukum Onani bagi mereka yang tidak mampu bernikah dan takut terjatuh ke dalam maksiat ialah harus dan tidak berdosa.

Bahkan kaedah fiqhiyah juga menyebut : “ Kemudharatan itu membolehkan apa yang terlarang” (lihat Qawaid fiqhiyah m/s 67 oleh Dr Abd Karim Zaidan).

Adapun apabila melakukan onani itu hanya kerana mencari keseronokan dan berhibur dengannya maka hukumnya ialah haram dan ditegah ini kerana ianya termasuk perbuatan yang keji dan kotor serta memudharatkan akal dan jiwa sehingga menjadikan diri dikuasai oleh syahwat dan dibimbangi terjebak kepada zina.

Namun apabila syahwat itu terlalu mendesak dan mengoda maka tidaklah mengapa beronani dengan tangan atau apa jua alatan asalkan sekadar mencukupi untuk memuaskan syhawat demi mencegah zina.

Sabda baginda : “ Sesungguhnya kamu diutuskan untuk memudahkan manusia dan bukan untuk mempersusahkan” (hadith sahih, Riwayat jamaah kecuali Muslim).

Walaubagaimana pun terdapat beberapa perkara yang perlu diperhatikan dalam beronani iaitu :

Hukum onani akan menjadi haram apabila seorang lelaki itu mengunakan gambar lucah, atau bayangan di otaknya akan perkara kotor atau berkhayal wanita kerana ini bukan lagi beronani demi mencegah zina sebaliknya ianya sudah bertujuan mencari kepuasan dan berseronok dan ini diharamkan.

Tidak boleh berseronok dengan jalan yang haram

Adapun sebaliknya mereka yang terdesak cukup sahaja beronani tanpa perlu bayangan dan khayalan atau apa-apa modal yang haram kerana niatnya sekadar untuk mengurang tekanan seksual dan ini dibolehkan.

Begitu juga wanita yang tidak mampu menahan desakan batin maka tidak mengapa mereka beronani dengan mengunakan tangan atau apa alatan yang tidak merbahaya asalkan dibuat setelah terdesak bukan dengan sengaja atau berniat mencari keseronokkan.

Firman Allah swt yang bermaksud : “Dan bertaqwalah kamu kepada Allah semampu kamu” (surah : at-taghabun :16).

Juga diharamkan berkhayal kotor dan menonton filem kotor kerana Islam mengharamkan demikian.

Sesungguhnya kelonggaran dibolehkan onani ini hanya apabila ianya terdesak dan demi mencegah zina.

Golongan yang mengharamkan onani secara mutlak

Mereka (para fuqaha) yang mengharamkan onani secara mutlak adalah kerana hujah mereka berdasarkan hadith Abdullah ibn Mas’ud yang baginda pernah bersabda : “ Wahai Para pemuda, barangsiapa yang mampu dikalangan kamu maka bernikahlah kerana sesungguhnya dengan nikah itu dapat menundukkan pandangan dan menyelamatkan kemaluan (kehormatan) dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa sesungguhnya bagi berpuasa itu satu perlindungan” (hadith sahih riwayat bukhari no. 5063 , Muslim no. 3389 nasaie dan Ahmad).

Hadith ini dijadikan hujah bahawa bagi golongan yang tidak mampu bernikah maka hendaklah dia berpuasa dan menuruti pertunjuk sunnah dalam menghadapi suasana kesusahannya yang tidak mampu bernikah itu dengan berpuasa bukan dengan melakukan onani yang merupakan perbuatan kotor.

Menjawab kepada hadith ini;

“ Mampu bernikah” secara lafaz umum, namun sebenarnya menurut fuqaha perkataan “alba’ath” ini bermaksud kemampuan untuk berjima ‘ (bersetubuh) maka itulah yang dimaksudkan oleh baginda sebagai kemampuan untuk bernikah dalam hadith di atas (sila lihat fiqh sunnah m/s 105 Jilid 2).

Baginda tidak pernah menjadikan atau menilai kemampuan untuk bernikah itu mesti berharta atau mempunyai RM 10000 untuk belanja nikah baru boleh bernikah atau mesti mempunyai kerja tetap sebab takut si perempuan nantinya kena makan pasir sebab si suami tiada kerja.

Ini kerana dalam hadith yang lain seperti hadith Sahl bin Said As-Sa’adi bahawa baginda pernah menikahkan seorang sahabat dengan maskahwin (mahar) hanya berupa beberapa ayat dari Al-Qur’an disebabkan sahabat tersebut terlalu miskin sehingga tidak punyai apa-apa untuk dijadikan maskahwin walaupun sebentuk cincin besi (sila lihat hadith sahih riwayat bukhari no. 5087 dan Muslim no. 3472 dan daruquthni dll).

Maka inilah yang disebut dalam firman Allah : “Jika mereka itu fuqara (miskin) maka akan dikayakan oleh Allah dari rezeki-Nya..” (An-Nur : 24).