Tuesday, April 22, 2014

ADUN UMNO Terlibat PENYELEWENGAN?


Butterworth , 22 April 2014 - YB Dato Shabudin Yahya Ahli Parlimen Tasek Gelugor mewakili semua Adun dalam Parlimen Tasek Gelugor dalam sidang medianya hari ini membuat penafian keras terhadap tuduhan pemimpin kerajaan DAP negeri Pulau Pinang berkaitan tanah TUDM di Butterworth. 

Beliau juga menafikan bahawa Adun-adun di Tasek Gelugor terlibat dalam penyelewengan tanah berkenaan yang didakwa dijual kepada kroni. Shabudin menyifatkan kenyataan yang disebarkan oleh Dr Afif itu adalah amat tidak wajar dan amat tidak bertanggung jawab. 

Ia juga mencemarkan imej serta integriti Adun Umno di Tasek Gelugor. Adun Seberang Jaya tersebut juga terbukti membuat persepsi jahat dengan tujuan supaya rakyat membenci semua pemimpin Barisan Nasional khususnya Umno. Ahli Parllimen Tasek Gelugor berkenaan tampil mencabar Dr Afif supaya membuktikan dakwaan beliau dan mendedahkan bukti berkenaan kepada rakyat jika ada. 

Sebelum ini Ketua Pembangkang Dun P.Pinang, Dato Jahara Bt Hamid mewakili semua Adun Barisan Nasional negeri membantah cadangan pembangunan tapak TUDM Butterworth diatas alasan bahawa pemimpin Umno/BN lebih mementingkan kehendak rakyat negeri P.Pinang. Lagi Berita Lanjut

PRK Bukit Gelugor, Tidak Lama Lagi


GEORGETOWN - Jawatankuasa Kerja Pusat DAP Pulau Pinang akan bermesyuarat Khamis ini untuk membincangkan pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh, 74, dalam kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan MPV yang dinaikinya dan sebuah lori di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Perak pada 17 April.

Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata mesyuarat itu akan turut membincangkan calon dan strategi pilihan raya kecil berkenaan selain aspek logistik serta statistik. Beliau bercakap pada sidang akhbar di sini hari ini yang diadakan oleh Anggota Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat Jagdeep Singh Deo untuk mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang keluar beramai-ramai menghadiri perarakan membawa mayat bapanya untuk disemadikan pada Ahad lepas. 

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah dimaklumkan tentang kekosongan kerusi berkenaan oleh Dewan Rakyat dan SPR akan mengadakan mesyuarat khas Khamis ini untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil itu. Kon Yeow berkata DAP belum menyenarai pendek calon untuk bertanding bagi pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan enggan mengulas sama ada Ramkarpal Singh Deo, anak lelaki mendiang Karpal Singh, akan mewakili parti dalam pilihan raya kecil itu.

Sebelum ini, Tim Donoghue, penulis biografi Karpal Singh, memberitahu sebuah portal berita bahawa Karpal Singh telah memilih sendiri anak lelakinya, Ramkarpal, untuk bertanding jika beliau terpaksa mengosongkan kerusi Parlimen itu berikutan sabitan ke atasnya dalam kes hasutan. Bernama

Monday, April 21, 2014

Raja Bomoh Dakwa Kemalangan Karpal Disebabkan Puaka Gua Tempurung


Ipoh – Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin mendakwa kemalangan maut yang menimpa ahli parlimen Bukiit Gelugor, mendiang Karpal Singh baru-baru ini berpunca dari gangguan puaka Gua Tempurung yang banyak berkeliaran di kawasan tersebut. 

Ibrahim ketika di temui berkata, kawasan sekitar laluan Gua Tempurung itu memang terkenal dengan gangguan makhluk halus yang sering mengganggu para pemandu kenderaan terutamanya pada sebelah malam. 


“Mengikut pandangan saya sebagai Raja Bomoh, kemalangan yang menimpa ahli parlimen Bukit Gelugor baru-baru ini adalah disebabkan gangguan dari puaka Gua Tempurung,” katanya sejurus selepas melakukan ritual ‘menghalau puaka’ di tempat kemalangan ngeri yang menimpa mending Karpal petang tadi. 

Menurutnya lagi, beliau telah pergi ke lokasi kemalangan yang menimpa mendiang Karpal, untuk melakukan ‘ritual menghalau puaka’ agar makhluk halus yang berada di kawasan sekitar tidak lagi mengganggu para pengguna lebuh raya itu.

“Semoga usaha yang saya lakukan itu dengan izin Allah akan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya yang sering terjadi. Karpal dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 40-an maut dalam kemalangan membabitkan kenderaan serba guna (MPV) yang dinaikinya dan lori di Kilometer 306.1 Lebuhraya Utara Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar awal pagi Khamis lalu. 

Selain itu pembantu rumah Karpa, seorang wanita warga Indonesia pula cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak sementara anak lelaki pemimpin DAP itu, Ram Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV tidak mengalami kecederaan dalam kemalangan pada pukul 12.40 pagi itu.

Lagi Kemalangan Maut Berlaku


PEKAN: Seorang lelaki warga asing maut manakala 39 penumpang cedera selepas sebuah bas persiaran dua tingkat yang mereka menaiki terbabas dan terjunam ke dalam sebuah gaung sedalam 10 meter di kilometer 70 Jalan Kuantan - Segamat di sini hari ini. 

Ketua Polis Daerah Pekan, Superitendan Yahaya Othman berkata, kejadian pada pukul 4.30 petang itu berlaku ketika bas berkenaan yang membawa pelancong dalam perjalanan dari Kuala Terengganu, Terengganu menuju ke Singapura. 

"Punca kejadian dipercayai bas terbabas ke kiri bahu jalan dan bergolek. Kedalaman jarak antara tempat kejadian dengan jalan lebih kurang 10 meter. Siasatan sedang dijalankan dan sehingga kini maklumat kita terima ataupun hasil siasatan kami seorang daripada penumpang meninggal dunia," katanya. 


Mayat lelaki warga asing yang berusia dalam lingkungan 30-an di bawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat manakala semua mangsa yang cedera di bawa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan dekat sini, Hospital Muadzam, Hospital Chini dan Hospital Pekan. 

Tambahnya, kedua-dua pemandu bas yang cedera ringan dibawa ke HTAA untuk rawatan selanjutnya. Menurut Yahaya lagi, pelancong berkenaan dipercayai dari Pulau Redang, Terengganu dan menaiki bas berkenaan di Kuala Terengganu. Sebanyak tiga buah jentera bomba dan 10 ambulans bergegas ke lokasi kejadian sebaik sahaja dimaklumkan dan siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.astroawani

Lagi Insiden Pesawat Malaysia Airlines


SHAH ALAM - Insiden pesawat Malaysian Airlines (MAS) MH192 yang membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) awal pagi tadi akan dibawa ke Kabinet Rabu ini. 

Dalam pada itu, Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberikan MAS masa dua hari sehingga Rabu hantar laporan lengkap mengenai kejadian pesawat MH192 mendarat cemas itu. 

Pesawat tersebut yang dijadualkan berlepas ke Bangalore dari KLIA pada jam 10.09 malam disahkan selamat tiba di lapangan terbang tersebut tepat jam 1.56 pagi tadi. Dalam satu kenyataan media yang dibuat oleh pihak MAS awal pagi tadi, pesawat itu membuat pusingan semula ke Kuala Lumpur untuk pendaratan kecemasan kerana selepas mengalami kerosakan gear. 

Kesemua penumpang dan anak kapal selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sambutan Hari Lahir di Penang Bertukar Parti Liar


GEORGETOWN 20 APRIL - 88 orang anak muda MELAYU telah ditahan kerana mengadakan Pesta Dadah di P.Pinang. 

Jabatan Narkotik Timur Laut dan Sepasukan anggota Polis Balai Polis Dato Keramat telah membuat serbuan di sebuah rumah Banglo di Masjid Negeri Georgetown pada pukul 2.45 pagi semalam. 

Seramai 50 lelaki dan 38 perempuan berumur 18 - 34 tahun telah ditahan. Ujian air kencing keatas 25 orang perempuan dan 35 orang lelaki didapati positif dadah jenis Meth. 

Di manakah pemimpin-pemimpin politik Pemuda Melayu/Islam di P.Pinang? Baca Selanjutnya..

Saturday, April 19, 2014

Umat Islam Dilarang Sebut R.I.P Kepada Karpal


Umat Islam tidak digalak untuk mengucapkan ucapan "Rest in Peace (RIP)" kepada seseorang bukan Islam kerana ianya berunsur keagamaan yang diambil daripada Kristian, kata Majlis Fatwa Kebangsaan. Dalam satu kenyataan di laman sesawang mereka; www.e-fatwa.gov.my, Majlis Fatwa Kebangsaan berkata umat Islam bagaimanapun dibolehkan untuk menyampaikan rasa simpati dan takziah mereka kepada keluarga penganut bukan Islam selagi ia tidak memberi implikasi keagamaan. 

"Seorang Islam adalah amat tidak digalakkan untuk mengucapkannya kepada seorang bukan Islam."Bagaimanapun, Islam tidak menghalang mengucapkan simpati terhadap keluarga orang bukan Islam yang meninggal dunia dengan ucapan yang tidak memberi implikasi keagamaan seperti 'Saya bersimpati dengan apa yang berlaku kepada anda' atau 'kami mengucapkan kesedihan atas kehilangan si fulan daripada keluarga anda," kata kenyataan itu. 

Semalam, Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh yang meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya awal pagi tadi menerima banyak ucapan "RIP" daripada pengguna laman sosial. Baca selanjutnya..

Pergaduhan Melayu-India Berlaku


Polis menafikan berlaku kes pergaduhan dan serangan antara kaum di sekitar Klang seperti dilaporkan dalam laman media sosial, baru-baru ini. Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, khabar angin disebarkan melalui sistem pesanan ringkas (SMS) itu tidak benar sama sekali berdasarkan hasil siasatan polis.

Menurutnya, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang laporan mengenai kejadian itu dan menganggapnya hanya bertujuan menakut-nakutkan orang ramai. Difahamkan, pihak tidak bertanggungjawab mendakwa terdapat satu kes pembunuhan membabitkan lima lelaki di Klang, minggu lalu. 

“Dakwaan yang meminta orang ramai tidak menaiki motosikal sama ada pada waktu siang atau malam sekitar Klang, Pandamaran dan Pelabuhan Klang hanya menggugat ketenteraman pengguna jalan raya dan penghuni sekeliling,” katanya dalam satu kenyataan, semalam. Baca selanjutnya..

Friday, April 18, 2014

Kerja Tuhan Pun Nak Ambil Alih kerana Sayangkan Karpal


Kematian Karpal Singh benar-benar telah mengejutkan seluruh rakyat Malaysia. Beliau disahkan meninggal dunia akibat daripada kemalangan yang berlaku pada Khamis 17 April sekitar jam 1 pagi di Lebuhraya Utara Selatan dekat Gua Tempurung baru-baru ini. Kemalangan maut itu melibatkan van Toyota Alphard milik beliau bernombor KS 9898 melanggar belakang sebuah lori di KM301.6 arah Utara di situ. 

Selain Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor turut terbunuh ialah pembantu beliau Michael Cornelius. Pemergian mendiang Karpal Singh ini amat dirasai oleh para penyokongnya. Sejak dari hari kematian beliau, para penyokongnya yang terdiri dari berbilang agama tidak putus mengucapkan takziah serta kata-kata semangat kepada ahli keluarga mendiang melalui laman-laman sosial di internet ini. 

Namun begitu, terdapat sebilangan penyokong beliau yang beragama Islam yang terlampau taksub dengan mendiang sehinggakan sanggup melakukan perkara yang melampaui batasan agama dengan mengeluarkan kenyataan yang sama sekali boleh memesongkan akidah seseorang Islam itu. Seperti apa yang berlaku di dalam laman sosial facebook hari ini, seorang penyokong mendiang yang beragama Islam sanggup mengeluarkan kenyataan yang terpesong dari ajaran agama Islam itu sendiri. 

Menurut akaun facebook "Benz Ali" hari ini, beliau sanggup menyamakan dirinya sendiri dengan Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta kerana terlalu sedih dengan kematian Karpal Singh itu. "Rest in peace Karpal, Jika aku menjadi Tuhan, maka akan aku masukkan kau ke dalam syurga, dan rejam Zulkifli Nordin dalam neraka", itu lah ucapan yang dikeluarkan oleh penyokong tersebut tanpa menghiraukan agamanya sendiri. 

Tidak menjadi kesalahan dalam Islam jika kita semua bersedih dengan kematian seseorang yang kita kenali walaupun si mati itu orang-orang kafir, tetapi janganlah terlampau taksub sehingga boleh menyebabkan seseorang itu terpesong dari agamanya sendiri. Kepada pelaku tersebut serta semua rakyat Islam khususnya, ingatlah bahawa sikap fanatik dan taksub adalah dilarang ALLAH SWT terhadap umat terdahulu seperti yang ditujukan khas kepada Ahli Kitab. 

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Katakanlah, “Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul”. (Surah al-Ma’idah : 77) Sumber -UtaraNews.com

MPV Alphard yang dinaiki Karpal Melakukan 29 Kesalahan Undang-undang


REKOD ke atas kereta jenis MPV yang dinaiki Ahli Parlimen Bukit Gelugor Mendiang Karpal Singh, 74 tahun, yang terlibat dalam kemalangan awal pagi menunjukkan ada saman trafik yang belum dijelaskan. Ketua Polis Daerah Kampar Supritendan Ng Kong Soon dalam laporan Bernama berkata, rekod MPV itu menunjukkan 29 rekod kesalahan lalu lintas iaitu memandu laju dan sejumlah 15 saman masih belum dijelaskan. 

Karpal dan pembantu peribadinya Michael Cornelius, 40-an, meninggal dunia di tempat kejadian dalam kejadian berkenaan awal pagi tadi. Kereta MPV itu dikatakan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah lori 5 tan ketika dalam perjalanan di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) menghala ke utara. 

Sementara itu, Ng berkata ujian air kencing yang dijalankan ke atas pemandu lori berkenaan dipercayai ada kesan dadah jenis ganja. “Terdapat kesan penggunaan dadah jenis ganja pada ujian saringan air kencing polis terhadap pemandu lori tersebut namun begitu kita akan hantar sampel tersebut kepada pihak hospital dan patologi untuk dianalisis dengan lebih lanjut,” katanya menurut laporan Astro Awani. 

Lori yang digunakan juga merupakan sebuah lori syarikat pengangkutan yang berdaftar di Petaling Jaya dan semasa kejadian lori tersebut menghala ke Ipoh sambil membawa muatan barang-barangan seperti bekalan simen, kepingan mozek dan besi. Dalam kejadian, pada jam 1.10 pagi itu, lori berkenaan secara tiba-tiba dikatakan memasuki lorong yang dilalui kenderaan yang dinaiki Karpal. 

Akibatnya kenderaan mereka melanggar bahagian belakang bucu lori tersebut. Rempuhan itu mengakibatkan impak yang kuat sekaligus meragut nyawa Karpal dan pembantu peribadinya di tempat kejadian.

Kawasan Kemalangan Karpal Singh Kerap Berlaku


Kawasan Gua Tempurung yang menjadi lokasi kemalangan yang meragut nyawa Bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh awal pagi tadi merupakan antara kawasan panas yang sering berlakunya kemalangan maut. Bukan itu sahaja, kawasan tersebut juga pernah mengalami tanah runtuh pada Oktober 2004. 

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir juga pernah mencadangkan kepada pengurusan Lebuhraya Utara Selatan supaya kawasan tersebut ditambah baik dari segi pencahayaan bagi mengurangkan kadar kemalangan di kawasan itu. Berikut merupakan antara beberapa tragedi kemalangan ngeri yang pernah berlaku di kawasan tersebut. 

 10 Ogos 1998: Empat pekerja penyelenggara lebuh raya terbunuh dan tiga lagi rakan mereka cedera termasuk dua parah, setelah dirempuh oleh sebuah kereta di kilometer 300. 

27 April 2007: Tiga beranak maut apabila kereta yang mereka dinaiki terlibat dalam kemalangan semasa hujan lebat di kilometer 309. 

07 Oktober 2009: Seorang pemandu bas ekspres maut manakala lapan penumpang cedera termasuk seorang parah apabila bas berkenaan merempuh belakang sebuah treler di kilometer 305. 

22 Julai 2010: Tiga terbunuh manakala lima yang lain cedera apabila sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas ke dalam gaung di kilometer 301. 

25 Disember 2013: Dua pemandu lori maut dalam kemalangan di kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan. 

17 Mac 2014: Seorang maut manakala dua lagi parah dalam kemalangan melibatkan sebuah Bas Ekspres Konsortium yang jatuh terjunam ke dalam gaung sedalam 12 meter di kilometer 301.5 Lebuhraya Utara Selatan. 

Justeru, orang ramai dinasihatkan untuk sentiasa memandu mengikut halaju yang telah ditetapkan selain sentiasa berhati-hati di kawasan. Sumber

ADUN BN Parah Kemalangan Manakala Isteri Beliau Maut

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh, Datuk Nozula Mat Diah cedera manakala isterinya, Datin Maziah Din meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan di jalan Cameron Highlands menghala ke Simpang Pulai. 

Kemalangan berlaku kira-kira pukul 6.30 petang semalam. Menteri Pertahanan Datuk Ahmad Zahid Hamidi sempat meluangkan masa melawat Datuk Paduka Norzula di Hospital Ipoh. 


Manakala di felda Ciku 3 Gua Musang di rumah Datuk Paduka Norzula persiapan sedang di lakukan bagi menunggu jenazah Datin Maziah tiba dari Hospital Ipoh, suasana pilu menyelubungi sana saudara keluarga dan orang ramai. 

Jenazah di jangka di sembahayang kan pada pukul 9 pagi ini, salam takziah sekali lagi dari Admin kepada Datuk Paduka Norzula atas kehilangan isteri tersayang, semoga roh nya di cucuri rahmat dan di tempatkan bersama-sama insan yang di redai Allah. Amin.

 Al-fatihah.

Sumber

Kemalangan Maut Karpal Singh, Pemandu Lori Positif Dadah


KUALA LUMPUR 17 April - Pihak polis mengenalpasti terdapat kesan ganja pada sampel air kencing pemandu lori yang terlibat dalam kemalangan kenderaan Toyota Alphard milik mendiang Karpal Singh. Ketua Polis Perak, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata, hasil siasatan terhadap pemnandu berusia 45 tahun itu menerusi sampel urin dilakukan di Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh. 

"Kami menghantar sampel urin ke Hospital Raja Permaisuri Bainun di Ipoh untuk pengesahan," katanya dalam laporan The Malaysian Insider hari ini. Pengerusi DAP itu disahkan maut dalam satu kemalangan apabila kereta yang mereka naiki melanggar sebuah lori dalam perjalanan menuju utara Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS) berdekatan Tapah awal pagi tadi. 

Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu turut menyebabkan pembantunya, Michael Cornandez meninggal dunia manakala anaknya Ram Karpal dan pemandu kereta dilaporkan cedera parah. 

Selain pemandu lori, penumpang di dalam lori termasuk Nur Azlina Ahmad, 23, dan seorang kanak-kanak berusia empat tahun, Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah. Karpal dan Michael dipercayai meninggal dunia ditempat kejadian, dan pembantu rumah itu mengalami beberapa kecederaan.

Kemalangan Maut Karpal Singh, Saksi Dengar Jeritan "Tolonggg"


IPOH - "Saya dengar orang jerit minta tolong, kuat sangat," kata Nur Azlina Ahmad, penumpang lori yang terbabit dalam nahas mengorbankan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh, awal pagi tadi. 

Nur Azlina, 23, berkata, ketika kejadian, lori dipandu suaminya, Abu Mansor Mohd, 45, berada di laluan kiri dan dipandu perlahan. Bagaimanapun menurutnya, secara tiba-tiba, kenderaan mereka dirempuh kuat dari arah belakang. 

"Serentak itu saya dengar suara lelaki menjerit, ada juga yang minta tolong," katanya. Nur Azlina bersama suami dan anak perempuan mereka, Nurieman Diana Qhaleesha dalam perjalanan menghantar barang simen, besi dan mozek ke Bukit Mertajam. 

Ketiga-tiga mereka selamat tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kibar Bendera Separuh Tiang, Hormati Mendiang Karpal Singh

KUALA LUMPUR: Bendera di pejabat DAP di seluruh negara akan dikibar separuh tiang bagi mengenang pemergian pemimpin kebangsaan, Karpal Singh. Setiausaha Agong DAP, Lim Guan Eng berkata, sebagai penghormatan untuk Karpal dan untuk mengenang beliau, DAP menangguhkan kesemua acara dan majlis parti di seluruh negara sehingga ke suatu tempoh selepas upacara pengkebumian. 

“Semua pejabat DAP di seluruh negara juga diminta untuk mengibarkan bendera separuh tiang selama seminggu sebagai mengenang pemergian tokoh kita,” kata Lim. Penghormatan terhadap jenazah akan dimulakan pada jam 3 petang di rumah Karpal Singh di 144A Jalan Utama, Pulau Pinang. Jenazah akan diarak pada jam 11 pagi, Ahad, 20 April, ke Batu Gantong Crematorium, Pulau Pinang. 

Lim berkata Karpal telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Jelutong selama 8 penggal, selain menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri di Kedah dan Pulau Pinang untuk empat penggal bermula pada tahun 1974. “Selama 40 tahun, Karpal telah mengabdikan dirinya kepada perjuangan menegakkan keadilan.”

“Dengan pemergian beliau, DAP kehilangan seorang pemimpin yang berani dan luar biasa. Negara kehilangan seorang ahli perundangan yang pintar, manakala rakyat pula hilang “harimau” yang gagah membela nasib golongan miskin, kurang berkemampuan dan terpinggir,” kata Lim. Lim berkata beliau bertuah kerana sempat meluangkan masa dalam tahanan bersama beliau di Kem Tahanan Kamunting. 

Ketika itu beliau mengalami sakit belakang yang teruk, namun beliau enggan mengalah. "Bersama rakan seperjuangan yang akrab, Lim Kit Siang, Karpal berdepan dengan Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad," tambah Lim. Karpal ditimpa kemalangan pada tahun 2005, menyebabkannya lumpuh dari bahagian pinggang ke kaki. 

Bagaimanapun, beliau mengatasi kelumpuhan dan meneruskan perjuangan dalam DAP untuk membentuk Malaysia yang lebih baik. “Karpal menjadi orang kurang upaya pertama memenangi kerusi parlimen sebanyak dua kali dengan beza undi yang besar,” kata Lim.

Thursday, April 17, 2014

Lagi Gambar dan Kisah Karpal Singh


IPOH, 17 APR: Pemimpin veteran DAP Karpal Singh meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Utara Selatan awal pagi tadi. Jurucakap polis memberitahu kenderaannya merempuh sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat di kilometer 301.6 arah Utara. Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu mati di tempat kejadian akibat cedera parah. Karpal dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang untuk menghadiri satu kes mahkamah. 

Pembantunya, Michael Cornelius turut terkorban manakala anaknya Ram Karpal dilaporkan cedera parah. Karpal, 74 tahun dikenali dengan gelaran Harimau Jelutong kerana ketegasannya dan sikap lantang memberi hujah serta pandangan di Parlimen, selain kehandalannya sebagai seorang peguam terkenal. 

Karpal baru sahaja meletakkan jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP akibat mematuhi peruntukan Akta Pertubuhan yang menghalang beliau memegang jawatan setelah disabitkan kesalahan di bawah Akta Hasutan 1948 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 11 Mac lalu. Beliau meninggalkan seorang balu dan lima orang anak termasuk Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo.  
Karpal dilahirkan di George Town, Pulau Pinang pada 28 Jun 1940 dan menerima pendidikan awal di St Xavier’s Institution sebelum melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-undang di Universiti Kebangsaan Singapura (NUS). Beliau menyertai profesyen peguam pada tahun 1969 sebelum menyertai DAP pada tahun berikutnya. Karpal memenangi kerusi Parlimen Jelutong pada tahun 1978 dan kekal di kerusi tersebut sehingga tahun 1999. 


Beliau juga pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Ops Lalang pada Oktober 1987. Sebagai seorang peguam, Karpal telah muncul dalam banyak kes berprofil tinggi, termasuk menjadi peguambela utama kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Karpal Singh Disahkan Mati


TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.

Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. - utusan