Wednesday, December 18, 2013

Lagi Pelajar Bogel!!!!

Remaja pada zaman sekarang ini terutamanya mereka yang masih dibangku sekolah seolah-olah hilang pertimbangan dan semakin tenggelam dalam dunia fantasi mereka sendiri.


Menjadikan medan media sosial sebagai "platform" untuk mereka melempiaskan hawa nafsu cukup untuk membuatkan jantung yang melihatnya berdegup kencang. Mungkin sebahagian daripada kita berbeza kencangnya apabila menatap gambar anak-anak ini tanpa seurat benang atau kencang kerana memikirkan inilah sebahagian daripada generasi pewaris kita.


Berdasarkan kepada akaun twitter, pelajar terbabit berumur dalam lingkungan 15 ke 20 tahun.

Pelajar ini juga memiliki seramai 8,247 pengikut cukup untuk menyesakkan nafas kita apatah lagi dengan gambar-gambar tanpa seurat benang yang sudah pasti jauh menyimpang daripada budaya dan agama kita.


Paling membimbangkan kenalan di kalangan pengikut pelajar ini sudah pasti menjangkaui daripada apa yang kita bayangkan. Bukankah gambar seperti ini menjatuhkan maruah kita sebagai orang Melayu dan Islam?

Kepada semua hati-hati dengan anak-anak muda kita hari ini , kita belum tentu pasti apa yang anak-anak kita lakukan di luar pengetahuan kita. Dalam dunia serba canggih dan berteknologi ini pelbagai perkara boleh terjadi.

Pantau anak-anak kita dan sentiasa peka dengan persekitaran, ambil tahu dengan siapa mereka berkawan, jangan sesekali lupa untuk bertanya dan ambil tahu tentang akaun media sosial mereka sekurang-kurangnya kita berusaha untuk memastikan mereka bukan dari kalangan anak-anak pelajar yang didedahkan di atas sana.

Media sosial banyak kegunaannya namun jika di salah gunakan ianya tidak akan mendatangkan kebaikan malah akan membawa kemudaratan bukan sahaja kepada diri kita tetapi juga kepada Bangsa , Agama dan Negara.

No comments:

Post a Comment