Tuesday, August 13, 2013

Budak Zaman Sekarang MELUCAH didalam FACEBOOK.


Gagak betul-betul pelik dengan sesetengah gadis melayu dizaman sekarang ni. Hanya disebabkan politik, gadis ini sanggup mengupdate statusnya di facebook bahawa beliau akan BOGEL jika parti politik yang berkenaan menang pada PRK baru-baru ini.. Gagak pun sokong salah satu parti politik di Malaysia ini jugak dan rasa-rasanya pembaca semua pun ada menyokong satu-satu parti politik dalam Malaysia ini, tetapi tidaklah terlalu taksub sampai update status di facebook NAK BOGEL kalau satu-satu parti politik itu menang pada pilihanraya.



Walaupun mungkin ditulis hanya untuk suka-suka, tetapi perkara ini amat memalukan dan dianggap kurang ajar memandangkan kita ini bangsa melayu yang penuh dengan adat serta sopan santunnya. Gagak berharap gadis ini sedar akan kesilapannya dan tidak mengulanginya dimasa akan datang...

Mungkinkah zaman dah terlalu moden sehingga adat dan sopan santun dibelakangkan?

p/s: Gagak harap pembaca semua janganlah ikuti perbuatan gadis ini...

Gagak Hutan

No comments:

Post a Comment