Showing posts with label kekasih. Show all posts
Showing posts with label kekasih. Show all posts

Wednesday, September 4, 2013

Pelajar Terjun Bangunan!


Seorang pelajar perempuan tingkatan satu Sekolah Menengah Tok Sira parah selepas terjun dari tingkat tiga bangunan sekolah berkenaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Supt Aziz Ahmad berkata, polis menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari.

"Mangsa yang patah di kedua-dua pergelangan kaki dan tangannya itu kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan," katanya lapor Bernama. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati pelajar terbabit cuba untuk membunuh diri berdasarkan nota yang ditulis di tapak tangan kirinya.

Bagaimanapun, katanya, polis masih menyiasat motif kejadian. 

"Pelajar terbabit dalam keadaan stabil...polis akan mengambil keterangan selepas dia sedar nanti," katanya.

Tuesday, September 3, 2013

ROGOL BEKAS ISTERI?


Kuala Lumpur – Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.
Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya. -MyMetro