Menurut laman blog tersebut, Lim Guan Eng dilihat telah cuba mengapi-apikan perasaan benci kepada Ketua Polis Negara di dalam satu perjumpaan bersama PPS. Guan Eng seperti sudah 'hilang akal' dan terus mencabar dengan kata-kata provokasi yang agak melampau dan tidak patut. Kedegilan Lim Guan Eng DAP ini bukan sahaja dianggap pelik tetapi juga sengaja menyusahkan ahli-ahli PPS sendiri. Selanjutnya KLIK SINI
Sebelum ini Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi telah mengesahkan bahawa seorang anggota PPS merupakan ahli kongsi gelap dan pernah ditahan dibawah Ordinan Darurat. Menurut Datuk Abdul Rahim Hanafi, sebanyak 11 anggota Pasukan Peronda Sukarela (PPS) daripada 156 yang ditahan polis semalam didapati mempunyai rekod jenayah lampau.
Rekod itu termasuk kesalahan cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah akta kastam dan beberapa kesalahan lain.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid pula berkata, hasil pemeriksaan pihak Polis mendapati beberapa anggota PPS yang ditahan itu didapati positif dadah jenis methamphetamine. Bagaimanapun menurut beliau, proses reman masih dijalankan dan semuanya berjalan dengan lancar.
Sementara itu, 20 peguam diketuai Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh Deo dan RSN Rayer memasuki IPD Timur Laut bagi membela anggota-anggota PPS yang berada didalam tahanan Polis.