Wednesday, December 25, 2013

Memang Patut Di Tangkap!!!!


Pihak polis memberi peluang kepada pemilik akaun laman sosial Facebook yang menggunakan nama Asmaelz Hadzeny II menghubungi polis bagi membantu siasatan berhubung tindakannya menghasut orang ramai melakukan rusuhan bagi mengguling kerajaan pada malam sambutan tahun baru, 31 Disember ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah berkata, identiti individu berkenaan sudah dikenal pasti.

“Kita akan buru dia jika dia enggan menyerah diri,” katanya dalam kenyataan Sinar Harian.

Berhubung isu berkenaan, Hadi berkata pihaknya sudah membuka kertas siasatan dan menubuhkan pasukan khas dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) bagi menahan mana-mana individu yang terlibat dalam perhimpunan itu.

Jelasnya, individu berkenaan boleh dikenakan siasatan di bawah Seksyen 124C Kanun Keseksaan dan jika disabit kesalahan pesalah boleh dihukum penjara selama 15 tahun dan diambil tindakan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) Sosma.

Bagi GAGAK, mereka ini ptut ditangkap dan dikenakan hukuman yang berat kerana menghasut  dan juga dengan niat mengganggu ketenteraman awam.


Pembangkang suka berbohong!!!


KEMAMAN 24 Dis - Rancangan menganjurkan perhimpunan haram pada 31 Disember ini hanyalah untuk mengalih perhatian rakyat kepada beberapa pembohongan yang pembangkang tabur setelah gagal menawan Putrajaya 5 Mei lalu.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau tidak menolak orang yang sama dengan penganjuran perhimpunan Black 505 dan Bersih sebelum ini turut terbabit dalam rancangan perhimpunan itu.

"Rakyat tidak tertipu lagi, hanya untuk memenuhi nafsu mereka yang ingin berkuasa di negara ini dan mereka cuba memadamkan dosa mereka menipu rakyat dengan mencari isu lain pula seperti kenaikan harga barang dan lain-lain," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian dividen projek ternakan ayam program Azam Tani di sini hari ini.

Beliau berkata daripada mengajak rakyat berhimpun adalah lebih baik penganjur mengajak golongan itu pergi membantu mangsa banjir dan bencana alam di negara ini.

"Telah banyak pembohongan yang ditabur kepada rakyat oleh pihak pembangkang semata-mata untuk membangkitkan kemarahan mereka kepada kerajaan sedia ada," katanya.

Beliau menjelaskan, rakyat dibohongi tentang isu kononnya ada 40,000 pengundi Bangladesh ketika pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dan banyak yang percaya sehingga turut menyertai perhimpunan.

"Ramai rasa tertipu bila yang kata tak iktiraf pilihan raya, mereka sendiri angkat sumpah dan mereka gagal bawa sebarang bukti kononnya ada rakyat Bangladesh yang mengundi," katanya.

Beliau berkata pihak terbabit seharusnya menghentikan pembohongan kepada rakyat negara ini dan mereka juga perlu sedar dunia pun sudah jemu dengan pembohongan pembangkang di negara ini.

"Sekarang ini mereka nak tarik perhatian dunia, rasanya dunia pun ada had dari segi kesabaran mereka, berapa kali mereka nak tipu dunia, saya mintak mereka menjelaskan isu Black 505, kononnya PRU dulu tidak sah, dibuat secara penipuan, dimenangi dengan import orang luar, cuba buktikan," katanya.

Al-Quran Di Jadikan Alasan Untuk HALALKAN Gerakan GULINGkan KERAJAAN !! @Zahid_Hamidi @PDRMsia


Nampaknya bangsat-bangsat ini semakin agresif malah sudah sampai ke tahap melampau apabila turut menjadikan Al-Quran sebagai alasan untuk menghalalkan gerakan menggulingkan kerajaan.Entah dari manalah mereka ini mendapatkan rujukan mahupun nasihat.

Apa yang pasti mereka di lihat begitu berkobar-kobar mahu turun je jalanraya pada 31 Disember nanti.

Tindakan anak muda yang menggunakan nama Komrad Haizal itu jelas mempermainkan agama Islam apatah lagi dengan kenyataan sedemikian.

Apakah mereka-mereka ini ada kaitannya dengan Timbalan Presiden PAS ??


Anak muda ini bukan sahaja terlibat secara langsung dalam mana-mana himpunan haram bersama pembangkang malah mereka juga cenderung kepada perjuangan KOMUNIS.

Inilah sebahagian daripada mereka-mereka yang mengangkat Chin Peng sebagai hero MALAYA !!

Berdasarkan gambar di atas jelas memperlihatkan keakraban dan hubungan yang cukup baik di antara Mat Sabu dengan Komrad Haizal.

Sejauh mana hubungan itu terjalin itu tidak pasti tetapi dengan tingkah laku dan perjuangan songsang anak-anak muda ini rasanya Mat Sabu sedar dan tahu cuma mungkin pemimpin nombor dua PAS ini lebih memberikan galakan daripada teguran.Siapa tahu ??

Untuk rekod gerakan untuk menggulingkan kerajaan sedang hebat di rancang cuma menantikan masa sahaja.

Persoalannya apakah kita melihatnya sebagai satu ancaman atau hanya gerakan biasa ??

Baca selanjutnya di SINI

Lagi Di Tangkap ??!


Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar ditahan atas cubaan menggulingkan kerajaan menjelang sambutan ambang tahun baharu 2014.

Timbalan Ketua Jabatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

"Saya sahkan ada tangkapan di Jalan Raja Muda Musa pada jam 11.35 malam tadi terhadap seorang lelaki Melayu yang lahir pada 1989.

"Kami percaya lebih ramai akan ditangkap dalam masa terdekat menjelang perhimpunan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pihak polis berjaya menahan suspek yang berusia 24 tahun itu, kira- kira pukul 11.35 malam ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Azan mengadakan demostrasri Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo dan merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.