Wednesday, December 25, 2013

Lagi Di Tangkap ??!


Pengerusi Gerakan Turun Kos Sara Hidup (Turun), Azan Safar ditahan atas cubaan menggulingkan kerajaan menjelang sambutan ambang tahun baharu 2014.

Timbalan Ketua Jabatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, suspek akan direman dan disiasat mengikut Seksyen 9(5) Akta Perhimpunan Aman dan Seksyen 124B Kanun Keseksaan kerana menghasut selain cuba menggulingkan kerajaan tanpa mengikut sistem demokrasi.

"Saya sahkan ada tangkapan di Jalan Raja Muda Musa pada jam 11.35 malam tadi terhadap seorang lelaki Melayu yang lahir pada 1989.

"Kami percaya lebih ramai akan ditangkap dalam masa terdekat menjelang perhimpunan yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Disember ini," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Pihak polis berjaya menahan suspek yang berusia 24 tahun itu, kira- kira pukul 11.35 malam ketika sedang makan malam di sebuah restoran di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Terdahulu, Azan mengadakan demostrasri Turun di hadapan Kompleks Membeli-belah Sogo dan merancang untuk mengadakan himpunan ketika sambutan ambang tahun baru 2014 di Dataran Merdeka sebagai protes kenaikan harga barang dan perkhidmatan.

No comments:

Post a Comment