Monday, September 2, 2013

TAHNIAH kepada Rakyat Pulau Pinang!!!


Gagak ingin mengucapkan TAHNIAH kepada rakyat Pulau Pinang yang mengundi DAP BANGSAT untuk menerajui Pulau Pinang kerana bermulanya 1 September 2013 seramai 128,863 pengguna domestik air di Pulau Pinang akan dikenakan surcaj pemuliharaan air DUA KALI GANDA daripada jumlah yang dikenakan ketika ini. Ini adalah kerana PBAPP tidak mampu memberi subsidi RM65.4 juta ringgit setahun untuk bekalan air kepada pengguna domestik.


Dalam erti kata lain ialah kenaikan daripada 24 sen kepada 48 sen setiap seribu liter. Menurut Pengurus Besar Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang, Jaseni Maidinsa berkata, mereka yang terbabit adalah pengguna yang melebihi 35,000 liter sebulan. DAP kini sudah menunjukkan TARINGNYA kepada rakyat negeri Pulau Pinang.


Pada tahun 2008, kerajaan negeri Pulau Pinang sering mengeluarkan kenyataan kononnya kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng dapat membuat perbelanjaan berhemah jika nak di bandingkan dengan Barisan Nasional. Malah dengan penuh bangganya mereka mengaku bahawa merekalah yang dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri dengan nilai juta-juta.

Persoalanya kemana perginya kos-kos yang dijimatkan itu? Adakah ianya telah habis digunakan? Jika betul kos tersebut masih berada dengan kerajaan negeri, kenapa Guan Eng celaka ini tidak mahu membantu PBAPP dengan menanggung kos tersebut??

Nahh...sekarang kerajaan negeri Pulau Pinang bukan lagi hendak membantu rakyat tetapi MENGHISAP DARAH rakyat dengan membebani rakyat dengan kadar surcaj yang tinggi. Inilah akibatnya kerana terlalu percayakan bangsat DAPig ini.

Rakyat Pulau Pinang perlu buka mata untuk sama-sama menolak kerajaan DAPig dimasa akan datang..

Gagak Hutan.

Pemimpin PKR DITANGKAP????


Polis menahan pemimpin PKR S.Jayathas apabila beliau cuba menahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari merobohkan kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun di Jalan P.Ramlee pagi tadi.

Timbalan Ketua Hak Asasi PKR dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Dang Wangi kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas mereka dibawah Seksyen 186.

Peguam, Latheefa Koya berkata, Jayathas bersama Naib Presiden PKR N.Surendran dan M.Manoharan telah berada dikuil tersebut setelah menerima pesanan ringkas (sms) dari komuniti berkenaan ekoran kehadiran pegawai. DBKL.

“Mereka datang dan cuba memasang tembok, mereka juga mahu merobohkan kuil ini tanpa memberi sebarang amaran, ” kata Latheefa.

Surendran yang juga peguam kuil itu berkata, lebih 100 pegawai DBKL datang pagi ini untuk robohkan kuil tersebut.

“Mereka datang bersama segala jenis jentera termasuk buldozer untuk memusnahkan kuil itu. Mereka juga membawa bersama sekumpulan samseng untuk menakut-nakutkan mereka yang sedang membuat penyembahan khas di situ,” katanya.

Tindakan ini dibuat sehari selepas Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 56.

Bagi Surendran tindakan DBKL tidak sah kerana ia dibuat tanpa arahan mahkamah.

“Apa yang saya minta adalah datang dan bincang tetapi hingga kini tidak ada siapa yang datang,” katanya sambil menambah keadaan terkawal selepas polis mengarahkan kontraktor dan pegawai DBKL agar mengosongkan kawasan itu.

“Polis datang jam 10.30 pagi ini dan meminta mereka hentikan kerja dan tinggalkan kuil. Mereka patuh. Tetapi mereka masih ada di luar sana dan kita tak tahu apa berlaku selepas ini,” kata Surendran.

Surendran berkata, dia akan membuat laporan polis selepas ini ekoran serangan samseng itu dengan kehadiran pegawai DBKL.

Struktor kuil yang dibina pada tahun 1911 itu kini terletak di atas tanah rezab untuk jalan raya.

Tahun lalu kuil ini menerima notis perpindahan dari Hap Seng Land yang sedang membina bangunan 30 tingkat di tanah bersebelahan.

Menurut syarat DBKL, kebenaran menduduki (CF) hanya akan diberikan jika mereka membina laluan 8 kaki sepanjang bangunan itu.

p/s : Mereka ni tak habis-habis buat kacau la...

Bekalan Air Semakin Pulih


KUALA LUMPUR – Kawasan bekalan air yang terjejas ekoran masalah pencemaran diesel di Sungai Selangor pada Jumaat lalu kini hanya melibatkan empat kawasan iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak.

Kawasan-kawasan lain yang sebelum ini turut terjejas iaitu di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya semalam.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, empat kawasan yang terjejas itu hanya melibatkan 13 peratus daripada keseluruhan akaun pengguna yang terjejas berbanding 60 peratus kelmarin.

Beliau percaya krisis bekalan itu dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini. – Kosmo

Mengapa Puak PR takut dengan ''TANDA PUTERA''?


Filem ''TANDA PUTERA'' mengisahkan bagaimana dua tokoh pemimpin Negara, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengharungi cabaran getir pergoalakkan 13 Mei 1969. Filem ini meraikan keberanian, dedikasi dan patriotisme kedua-dua pemimpin ini yang berjaya membawa kestabilan dan keharmonian negara walau terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan yang kritikal.

Filem ini berdasarkan kisah benar tentang tokoh-tokoh hebat yang pernah mentadbir Malaysia suatu ketika dahulu. Filem ini memfokuskan tentang kisah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak di zaman pemerintahannya sebagai Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi Perdana Menteri sampailah meninggal dunia.

Bagi gagak filem ''TANDA PUTERA '' ini ialah sebuah filem yang amat mengagumkan dan boleh dikatakan sebagai satu filem yang cukup baik sepanjang tahun untuk dikenang sepanjang zaman. Dari permulaan cerita ini hinggalah ke tahap klimaks benar-benar membuatkan perasaan penonton bercampur baur antara sedih, gembira mahupun marah. Ini kerana gagak sendiri telah menonton filem ''TANDA PUTERA'' ini pada awal penayangannya.

Apa yang menghairankan gagak ialah kenapa puak-puak lahanat pr membantah dengan sekeras-kerasnya penayangan filem ini? Adakah mereka takut jika filem ini ditayangkan para penyokong mereka akan sedar bahawa buruk padahnya jika melayu saling berpecah belah? 

Apa-apa pun gagak harap semua pembaca harus menonton filem ini kerana ia sebenarnya hanya memaparkan tentang sejarah di zaman kewujudan sebuah negara bernama Malaysia dan langsung tidak dikaitkan dengan dunia politik masa kini. Ini bermakna apa yang dinyatakan dalam filem tersebut adalah berdasarkan fakta sejarah masa lalu yang benar-benar terjadi sebelum rata-rata dari kita semua belum lagi melihat dunia.

Gagak Hutan.