Monday, September 2, 2013

Pemimpin PKR DITANGKAP????


Polis menahan pemimpin PKR S.Jayathas apabila beliau cuba menahan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari merobohkan kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman yang berusia 101 tahun di Jalan P.Ramlee pagi tadi.

Timbalan Ketua Hak Asasi PKR dibawa ke Ibu Pejabat polis daerah Dang Wangi kerana menghalang pegawai awam menjalankan tugas mereka dibawah Seksyen 186.

Peguam, Latheefa Koya berkata, Jayathas bersama Naib Presiden PKR N.Surendran dan M.Manoharan telah berada dikuil tersebut setelah menerima pesanan ringkas (sms) dari komuniti berkenaan ekoran kehadiran pegawai. DBKL.

“Mereka datang dan cuba memasang tembok, mereka juga mahu merobohkan kuil ini tanpa memberi sebarang amaran, ” kata Latheefa.

Surendran yang juga peguam kuil itu berkata, lebih 100 pegawai DBKL datang pagi ini untuk robohkan kuil tersebut.

“Mereka datang bersama segala jenis jentera termasuk buldozer untuk memusnahkan kuil itu. Mereka juga membawa bersama sekumpulan samseng untuk menakut-nakutkan mereka yang sedang membuat penyembahan khas di situ,” katanya.

Tindakan ini dibuat sehari selepas Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke 56.

Bagi Surendran tindakan DBKL tidak sah kerana ia dibuat tanpa arahan mahkamah.

“Apa yang saya minta adalah datang dan bincang tetapi hingga kini tidak ada siapa yang datang,” katanya sambil menambah keadaan terkawal selepas polis mengarahkan kontraktor dan pegawai DBKL agar mengosongkan kawasan itu.

“Polis datang jam 10.30 pagi ini dan meminta mereka hentikan kerja dan tinggalkan kuil. Mereka patuh. Tetapi mereka masih ada di luar sana dan kita tak tahu apa berlaku selepas ini,” kata Surendran.

Surendran berkata, dia akan membuat laporan polis selepas ini ekoran serangan samseng itu dengan kehadiran pegawai DBKL.

Struktor kuil yang dibina pada tahun 1911 itu kini terletak di atas tanah rezab untuk jalan raya.

Tahun lalu kuil ini menerima notis perpindahan dari Hap Seng Land yang sedang membina bangunan 30 tingkat di tanah bersebelahan.

Menurut syarat DBKL, kebenaran menduduki (CF) hanya akan diberikan jika mereka membina laluan 8 kaki sepanjang bangunan itu.

p/s : Mereka ni tak habis-habis buat kacau la...

No comments:

Post a Comment