Monday, September 2, 2013

Bekalan Air Semakin Pulih


KUALA LUMPUR – Kawasan bekalan air yang terjejas ekoran masalah pencemaran diesel di Sungai Selangor pada Jumaat lalu kini hanya melibatkan empat kawasan iaitu Petaling, Kuala Lumpur, Klang/Shah Alam dan Gombak.

Kawasan-kawasan lain yang sebelum ini turut terjejas iaitu di Hulu Selangor, Kuala Langat dan Kuala Selangor telah pulih sepenuhnya semalam.

Penolong Pengurus Besar, Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam, Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas), Priscilla Alfred berkata, empat kawasan yang terjejas itu hanya melibatkan 13 peratus daripada keseluruhan akaun pengguna yang terjejas berbanding 60 peratus kelmarin.

Beliau percaya krisis bekalan itu dijangka dapat diselesaikan dalam minggu ini. – Kosmo

No comments:

Post a Comment