Monday, September 2, 2013

Mengapa Puak PR takut dengan ''TANDA PUTERA''?


Filem ''TANDA PUTERA'' mengisahkan bagaimana dua tokoh pemimpin Negara, Perdana Menteri kedua Tun Abdul Razak Hussein dan Timbalannya, Tun Dr Ismail Abdul Rahman mengharungi cabaran getir pergoalakkan 13 Mei 1969. Filem ini meraikan keberanian, dedikasi dan patriotisme kedua-dua pemimpin ini yang berjaya membawa kestabilan dan keharmonian negara walau terpaksa bertarung dengan masalah kesihatan yang kritikal.

Filem ini berdasarkan kisah benar tentang tokoh-tokoh hebat yang pernah mentadbir Malaysia suatu ketika dahulu. Filem ini memfokuskan tentang kisah pemerintahan Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 iaitu Tun Abdul Razak di zaman pemerintahannya sebagai Timbalan Perdana Menteri hingga menjadi Perdana Menteri sampailah meninggal dunia.

Bagi gagak filem ''TANDA PUTERA '' ini ialah sebuah filem yang amat mengagumkan dan boleh dikatakan sebagai satu filem yang cukup baik sepanjang tahun untuk dikenang sepanjang zaman. Dari permulaan cerita ini hinggalah ke tahap klimaks benar-benar membuatkan perasaan penonton bercampur baur antara sedih, gembira mahupun marah. Ini kerana gagak sendiri telah menonton filem ''TANDA PUTERA'' ini pada awal penayangannya.

Apa yang menghairankan gagak ialah kenapa puak-puak lahanat pr membantah dengan sekeras-kerasnya penayangan filem ini? Adakah mereka takut jika filem ini ditayangkan para penyokong mereka akan sedar bahawa buruk padahnya jika melayu saling berpecah belah? 

Apa-apa pun gagak harap semua pembaca harus menonton filem ini kerana ia sebenarnya hanya memaparkan tentang sejarah di zaman kewujudan sebuah negara bernama Malaysia dan langsung tidak dikaitkan dengan dunia politik masa kini. Ini bermakna apa yang dinyatakan dalam filem tersebut adalah berdasarkan fakta sejarah masa lalu yang benar-benar terjadi sebelum rata-rata dari kita semua belum lagi melihat dunia.

Gagak Hutan.

No comments:

Post a Comment