Monday, June 2, 2014

DYANA SOFYA KALAH SEBAB "MELAYU"?


Kuala Lumpur, 02 Jun - Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan yang berlangsung pada Sabtu lepas menyaksikan kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya iaitu Datuk Mah Siew Keong berjaya menewaskan lawannya Dyana Sofya yang mewakili DAP dengan majoriti 238 undi. Datuk Mah memperolehi 20,157 undi sementara calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu pula memperoleh 19,919 undi. 

Susulah kekalahan yang dihadapi oleh calon DAP itu, PAS menyifatkan golongan muda di negara ini berasa agak kecewa dengan kekalahan tersebut kerana kononnya mereka telah menaruh sepenuh harapan agar Dyana akan membawa’obor’ perjuangan politik baru ke arena politik Malaysia bersama-sama dengan pemimpin muda lain. 

PAS juga dalam pada itu menyifatkan bahawa Dyana hanya kalah di PRK Teluk Intan tetapi telah memenangi hati ramai rakyat Malaysia yang tidak mengira bangsa dan kaum. Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng pula berkata, antara faktor-faktor yang menyebabkan calon DAP itu kalah pada PRK tersebut ialah mungkin kerana calonnya Dyana Sofya Mohd Daud adalah seorang Melayu. 

Beliau menyifatkan bahawa ahli-ahli DAP di kawasan tersebut masih belum boleh menerima idea meletakkan calon Melayu itu kerana peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini rendah iaitu 66.5 peratus berbanding kira-kira 80 peratus pada PRU lepas. Beliau juga menyifatkan kekalahan tersebut mungkin kerana calonnya muda dan tidak mendapat sokongan daripada golongan muda sendiri. 

Perkara ini jelas membuktikan bahawa terdapat keraguan didalam Pakatan Rakyat apabila pelbagai alasan-alasan yang bertentangan disuarakan berkenaan dengan kekalahan calon DAP yang mewakili Pakatan Rakyat itu sendiri. Namun kesimpulannya disini ialah rakyat di kawasan Teluk Intan melihat BN sebagai sebuah parti yang ke depan untuk menyatakan suara rakyat dalam suasana politik negara ini. SUMBER

Sunday, June 1, 2014

PANAS!! DYANA DITOLAK DI TELUK INTAN


TELUK INTAN - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.

Siew Keong memperoleh 20, 157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19, 919 undi. PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional dan calon DAP. 

Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Berikut keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan: 
KEPUTUSAN - PERAK: P076: TELUK INTAN P076:
TELUK INTAN: PERAK: 60,483 
1. Mah Siew Keong (BN).........................20,157
2. Dyana Sofya Mohd Daud (DAP).................19,919 
Jumlah Pengundi........................40,236 
Peratus................................67.4 %
Undi Ditolak...........................543 
Majoriti...............................238 
Penyandang: SEAH LEONG PENG: DAP
Undi Diperoleh 2013: 2 Majoriti 7,313

Friday, May 30, 2014

GUAN ENG TIPU PENGUNDI?


Teluk Intan, 30 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa calon PRK Teluk Intan yang juga Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik juga menjadi Menteri didalam kabinet walaupun calon tersebut kalah kepada calon DAP nanti. 

Beliau mendakwa satu-satunya alasan jawatan menteri diberikan kepada Datuk Mah adalah disebabkan calon BN itu merupakan presiden Gerakan, dalam parti komponen BN. Lim Guan Eng menyifatkan pengumuman daripada Perdana Menteri mengenai jawatan berkenaan juga hanyalah omong kosong dan beliau juga mampu berbuat demikian jika memerintah negara. 

Sebelum ini, Najib memberitahu media Malaysia di China yang presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri, jadi kemenangan BN Sabtu ini akan menjamin kedudukan Mah dalam Kabinet. “Gerakan menjadi ahli pengasas BN dan presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri. “Jika Mah menang, maka saya boleh mengumumkan malam ini dia akan menjadi ahli Kabinet,” Perdana Menteri dilaporkan berkata. 

Lim menyifatkan bahawa, pengumuman Najib itu langsung tidak menggoncang keyakinan DAP dalam pilihan raya Sabtu ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga yakin bahawa Teluk Intan akan menjadi lebih baik walaupun tidak ditadbir oleh seorang Menteri. Beliau yang sebenarnya tahu bahawa rakyat pasti akan mendapat lebih perhatian jika Ahli Parlimen di kawasan tersebut merupakan seorang menteri tetap menyeru penyokongnya supaya menolak calon BN walaupun ia sebenarnya merugikan rakyat.

GABENOR MAKKAH MURKA DENGAN POLIS


MAKKAH - ARAB SAUDI. Gelagat seorang anggota polis Arab Saudi meletakkan kakinya di kawasan Kaabah ketika berkawal di Hajar Aswad, baru-baru ini mengundang kemarahan Gabenor Makkah, Putera Mishal Bin Abdullah Bin Abdul Aziz. 

Gambar tersebar di laman sosial itu turut menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia hingga mencetuskan kemarahan di laman sosial. Atas dasar itu, Putera Mishal mendesak Ketua Polis Makkah, Majer Jeneral Abdul Aziz Al-Souli menyiasat kejadian tersebut dan mengambil tindakan terhadap pegawai polis berkenaan. 

“Saya sudah mengarahkan ketua polis untuk menyoal siasat anggota terbabit dan tindakan perlu dikenakan,” katanya. Gulf News melaporkan, dipetik dari Al-Arabiya, aksi anggota itu secara terang-terangan menggambarkan beliau tidak menghormati tempat suci itu. “Pihak berkuasa harus mengetatkan undang-undang dan memilih hanya anggota yang benar-benar layak untuk berkawal di situ,” menurut laporan itu.