TELUK INTAN - Calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud pada PRK Teluk Intan dengan majoriti 238 undi.
Siew Keong memperoleh 20, 157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19, 919 undi.
PRK Teluk Intan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Barisan Nasional dan calon DAP.
Ia diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu Seah Leong Peng, 48, daripada DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.
Berikut keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Parlimen Teluk Intan:
KEPUTUSAN - PERAK: P076: TELUK INTAN
P076:
TELUK INTAN: PERAK: 60,483
1. Mah Siew Keong (BN).........................20,157
2. Dyana Sofya Mohd Daud (DAP).................19,919
Jumlah Pengundi........................40,236
Peratus................................67.4 %
Undi Ditolak...........................543
Majoriti...............................238
Penyandang: SEAH LEONG PENG: DAP
Undi Diperoleh 2013: 2
Majoriti 7,313
No comments:
Post a Comment