Friday, May 30, 2014

GUAN ENG TIPU PENGUNDI?


Teluk Intan, 30 Mei - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa calon PRK Teluk Intan yang juga Presiden Parti Gerakan, Datuk Mah Siew Keong akan dilantik juga menjadi Menteri didalam kabinet walaupun calon tersebut kalah kepada calon DAP nanti. 

Beliau mendakwa satu-satunya alasan jawatan menteri diberikan kepada Datuk Mah adalah disebabkan calon BN itu merupakan presiden Gerakan, dalam parti komponen BN. Lim Guan Eng menyifatkan pengumuman daripada Perdana Menteri mengenai jawatan berkenaan juga hanyalah omong kosong dan beliau juga mampu berbuat demikian jika memerintah negara. 

Sebelum ini, Najib memberitahu media Malaysia di China yang presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri, jadi kemenangan BN Sabtu ini akan menjamin kedudukan Mah dalam Kabinet. “Gerakan menjadi ahli pengasas BN dan presiden Gerakan sentiasa menjadi menteri. “Jika Mah menang, maka saya boleh mengumumkan malam ini dia akan menjadi ahli Kabinet,” Perdana Menteri dilaporkan berkata. 

Lim menyifatkan bahawa, pengumuman Najib itu langsung tidak menggoncang keyakinan DAP dalam pilihan raya Sabtu ini. Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga yakin bahawa Teluk Intan akan menjadi lebih baik walaupun tidak ditadbir oleh seorang Menteri. Beliau yang sebenarnya tahu bahawa rakyat pasti akan mendapat lebih perhatian jika Ahli Parlimen di kawasan tersebut merupakan seorang menteri tetap menyeru penyokongnya supaya menolak calon BN walaupun ia sebenarnya merugikan rakyat.

No comments:

Post a Comment