Tuesday, September 3, 2013

Minyak Petrol Masih MURAH???

Malaysia kini digemparkan dengan berita kenaikan harga minyak oleh PM kita Dato Seri Najib Tun Razak pada 2 September 2013, Berikutan dengan berita tersebut, gagak melihat ramai puak-puak pencacai PR NAIK MINYAK kononnya kerajaan sengaja hendak membebani rakyat. 

Sebenarnya kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik. 

Bagi pendapat gagak sendiri, sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana harga minyak petrol kita masih lagi murah berbanding dengan negara-negara Asian lain contohnya seperti Thailand. Untuk pengetahuan semua, harga minyak petrol di negara Thailand adalah jauh lebih mahal dari negara kita sekarang ini dengan harga THB39.56 seliter bagi RON95 iaitu bersamaan dengan RM4.04.


Bagi negara Singapura pula, harga minyak petrol RON95 ialah SGD2.12 seliter iaitu bersamaan dengan RM5.14. Ini cukup membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional masih lagi berjaya menguruskan ekonomi negara dengan baik. Bagi tidak membebani rakyat, kerajaan juga berusaha untuk menaikkan jumlah kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Bagi pandangan gagak, rakyat Malaysia tidak perlulah membesar-besarkan perkara ini kerana kerajaan masih lagi bertimbang rasa serta masih lagi membantu rakyat semua.

Gagak Hutan.

KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam nak Saman???


Rabu lalu, kecoh satu Malaysia tentang kebocoran filem yang ditunggu-tunggu KL Gangster 2 telah dimuatnaik ke laman sesawan Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Filem arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Oktober nanti telah disabotaj.

Sebagai pengarah, Syamsul melahirkan rasa amat kecewa dengan insiden tersebut malah bapanya Datuk Yusof Haslam juga menyatakan perasaan marah dan sekaligus menyifatkan kegiatan haram tersebut adalah sebagai satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikkan.

Datuk Yusof Haslam juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri dan tidak putus mengesan siapakah dalang disebalik perbuatan cetak rompak ini. Beliau memberitahu bahawa tindakan tegas akan diambil dan akan mengheret penyangak digital terbabit ke muka pengadilan tanpa kompromi, malah beliau juga turut mahu menyaman individu tersebut dengan jumlah jutaan ringgit, jelas Datuk Yusos Haslam ketika ditemui pada satu sidang media khas bagi menghuraikan kes membabitkan filem anaknya yang bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau juga memberitahu, Filem KL Gangster 2 tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober ini meskipun dinasihatkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek untuk memcepatkan tayangan malah turut mendapat kelonggaran dari pihak pawagam, namun Datuk Yusof dan Syamsul tetap tidak mahu berbuat demikian.

ROGOL BEKAS ISTERI?


Kuala Lumpur – Mereka sudah beberapa bulan tidak tinggal bersama kerana dalam proses perceraian, namun kerana gagal mengawal nafsu dia menceroboh rumah isterinya di Sungai Besi, di sini, sebelum membelasah dan merogol wanita itu.

Malah mangsa berusia 35 tahun diperlakukan dengan kejam sehingga cedera di muka dan badan turut diugut bunuh lelaki berusia 30-an itu jika melaporkan kejadian itu kepada polis.

Selepas ‘hajatnya’ tercapai, tanpa rasa bersalah lelaki itu terus beredar meninggalkan mangsa.
Sumber polis berkata, akibat kejadian itu yang berlaku Khamis lalu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Besi, di sini.

Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, suspek datang ke rumah mangsa yang sedang bersiap untuk ke tempat kerja jam 11 pagi.

“Suspek meminta anak lelaki mereka berusia 13 tahun membuka pintu. Bagaimanapun anaknya tidak mempunyai kunci rumah kerana disimpan ibunya. “Suspek membuka pintu rumah menggunakan kunci pendua dan sebaik masuk, suspek menuju ke bilik isterinya dan mengajak mangsa mengadakan hubungan seks,” katanya.

Sumber itu berkata, apabila mangsa enggan suspek menampar pipi serta mencekik leher wanita itu sebelum merogolnya. -MyMetro

Bergaduh sehingga BOGEL di khalayak ramai???

Kejadian ini berlaku di luar negara apabila seorang isteri tua tidak puas hati kerana suaminya tetap ingin kahwin dengan isteri mudanya. 

Menurut laporan, isteri muda menyatakan yang si suami itu yang sangat inginkan dia. Jadi mereka bergaduh di tempat awam dan disaksikan oleh ratusan orang yang lalu di situ. 

Yang peliknya, mana perginya si suami?? Agaknya si suami mesti dah cabut lari supaya tidak mendapat malu.



Agak-agaknya kejadian ini pernah berlaku tak di Malaysia?