Tuesday, September 3, 2013

Minyak Petrol Masih MURAH???

Malaysia kini digemparkan dengan berita kenaikan harga minyak oleh PM kita Dato Seri Najib Tun Razak pada 2 September 2013, Berikutan dengan berita tersebut, gagak melihat ramai puak-puak pencacai PR NAIK MINYAK kononnya kerajaan sengaja hendak membebani rakyat. 

Sebenarnya kenaikan harga minyak merupakan satu proses pengukuhan ekonomi bagi jangka pendek dan sederhana, yang akhirnya bertujuan memberi kesan positif kepada kesejahteraan rakyat, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. 

Beliau berkata sekiranya ekonomi negara terjejas, ia akan mendatangkan kesan buruk kepada rakyat sepertimana keadaan di sesetengah negara luar yang menerima kesan amat berat apabila mereka gagal menangani ekonomi mereka dengan baik. 

Bagi pendapat gagak sendiri, sebenarnya kita sebagai rakyat Malaysia harus bersyukur kerana harga minyak petrol kita masih lagi murah berbanding dengan negara-negara Asian lain contohnya seperti Thailand. Untuk pengetahuan semua, harga minyak petrol di negara Thailand adalah jauh lebih mahal dari negara kita sekarang ini dengan harga THB39.56 seliter bagi RON95 iaitu bersamaan dengan RM4.04.


Bagi negara Singapura pula, harga minyak petrol RON95 ialah SGD2.12 seliter iaitu bersamaan dengan RM5.14. Ini cukup membuktikan bahawa kerajaan Barisan Nasional masih lagi berjaya menguruskan ekonomi negara dengan baik. Bagi tidak membebani rakyat, kerajaan juga berusaha untuk menaikkan jumlah kadar pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M dalam ucapan Belanjawan 2014 nanti.

Bagi pandangan gagak, rakyat Malaysia tidak perlulah membesar-besarkan perkara ini kerana kerajaan masih lagi bertimbang rasa serta masih lagi membantu rakyat semua.

Gagak Hutan.

No comments:

Post a Comment