Tuesday, September 3, 2013

KL Gangster 2, Datuk Yusof Haslam nak Saman???


Rabu lalu, kecoh satu Malaysia tentang kebocoran filem yang ditunggu-tunggu KL Gangster 2 telah dimuatnaik ke laman sesawan Internet oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Filem arahan Syamsul Yusof yang sepatutnya mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 3 Oktober nanti telah disabotaj.

Sebagai pengarah, Syamsul melahirkan rasa amat kecewa dengan insiden tersebut malah bapanya Datuk Yusof Haslam juga menyatakan perasaan marah dan sekaligus menyifatkan kegiatan haram tersebut adalah sebagai satu perbuatan sabotaj yang kejam dan menjijikkan.

Datuk Yusof Haslam juga menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berdiam diri dan tidak putus mengesan siapakah dalang disebalik perbuatan cetak rompak ini. Beliau memberitahu bahawa tindakan tegas akan diambil dan akan mengheret penyangak digital terbabit ke muka pengadilan tanpa kompromi, malah beliau juga turut mahu menyaman individu tersebut dengan jumlah jutaan ringgit, jelas Datuk Yusos Haslam ketika ditemui pada satu sidang media khas bagi menghuraikan kes membabitkan filem anaknya yang bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Beliau juga memberitahu, Filem KL Gangster 2 tetap akan ditayangkan pada 3 Oktober ini meskipun dinasihatkan oleh Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek untuk memcepatkan tayangan malah turut mendapat kelonggaran dari pihak pawagam, namun Datuk Yusof dan Syamsul tetap tidak mahu berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment