Perdana Menteri Datuk Seri Najib menyatakan keyakinan beliau bahawa Barisan Nasional kini telah menemui kaedah baru untuk menguatkan parti tersebut bagi persiapan menghadapi PRU 14 nanti. Najib mendedahkan, BN kini menyasarkan golongan muda profesional untuk dijadikan sebagai jurucakap parti serta memujuk golongan muda negara menyokong kerajaan.
Menurutnya, untuk permulaan, BN mensasar 10 individu untuk diketengahkan dan dijadikan jurucakap dalam isu panas seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan isu lain yang selama ini menyelubungi kerajaan BN. Kemasukan terus golongan muda ke dalam BN kini sedang dipertimbangkan oleh perdana menteri dan pemimpin kanan BN untuk menarik bakat-bakat baru.
Beliau menyifatkan kemasukan golongan muda ini dapat membantu kerajaan dalam memacu hala tuju dan masa depan negara dengan lebih baik pada masa akan datang. Beliau juga yakin bahawa dengan kaedah baru ini secara tidak langsung akan membantu BN untuk memenangi PRU 14 nanti kerana kecenderungan pengundi muda ketika ini dilihat sudah kembali menyokong parti BN.
Najib juga berharap dengan penyertaan golongan muda profesional ini, BN akan lebih mudah untuk didekati oleh generasi muda di negara ini. Menurut beliau, golongan muda di negara ini mahukan kebebasan, hak dan ketelusan yang lebih. Mereka juga mahukan pemimpin yang bukan sahaja bersih tetapi dilihat bersih.
Mereka menolak rasuah dan membenci cara sesetengah pemimpin politik memperagakan kemewahan hidup mereka.
Menurut Najib lagi, penyertaan golongan muda profesional ini sekaligus dapat meyakinkan lagi golongan muda di negara ini untuk menyokong BN dalam menghadapi PRU 14 nanti. SUMBER
No comments:
Post a Comment