Tuesday, May 27, 2014

Anwar Ibrahim Mahu Ambil Tugasan Polis


Kuala Lumpur, 27 Mei - Ketua Umum KEADILAN yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa pasukan Polis Di Raja Malaysia dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berlaku adil susulan insiden pencerobohan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang baru-baru ini. 

Anwar yang pernah mengetuai himpunan Bersih yang menghuru-harakan negara sebelum ini berkata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak tegas dalam mengambil tindakan ke atas kumpulan Melayu Islam yang menggegarkan Dewan Undangan Negeri itu. Anwar Ibrahim juga mendakwa pasukan polis tidak mengambil berat dalam menangani insiden ini walaupun pasukan polis telah membuat tangkapan serta mengambil keterangan terhadap peserta-peserta himpunan tersebut. 

Beliau mendakwa pasukan polis hanya membiarkan insiden ini berlaku tanpa mengambil apa-apa tindakan. Menurut beliau lagi pasukan polis hanya bertindak pantas terhadap insiden yang melibatkan penyokong serta pemimpin Pakatan Rakyat. 

“Buktikan polis dan kerajaan sememangnya tidak ‘double standard’ dalam menangani isu serangan samseng Umno yang memalukan seluruh negara." kata beliau. Insiden tersebut berlaku berpunca daripada keceluparan ADUN Seri Delima, RSN Rayer didalam Dewan Undangan Negeri yang mulia mencaci pemimpin Umno dan Umno sendiri sebagai ‘celaka’. 

Perbuatan RSN Rayer ini telah mencetuskan kemarahan semua ahli Umno yang semuanya berbangsa Melayu. Mereka mendakwa makian tersebut tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang wakil rakyat yang diamanahkan oleh rakyat. Baca selanjutnya DISINI

No comments:

Post a Comment