Tuesday, May 27, 2014

Orang Penang suka cakap "Celaka" - RSN Rayer


Georgetown, 26 Mei - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Delima, RSN Rayer semalam berkata beliau akan tetap dengan pendiriannya untuk tidak memohon maaf diatas keceluparannya mengeluarkan perkataan "celaka" di dalam sidang DUN yang berlangsung beberapa hari yang lepas. 

RSN Rayer menyifatkan bahawa perkataan "celaka" yang digunakannya itu hanyalah satu perkataan biasa yang tidak membawa apa-apa maksud. Menurut beliau lagi, perkataan tersebut sentiasa digunakannya dalam kehidupan seharian dan tidak pernah menyinggung mana-mana pihak.

"Perkataan itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad semalam. 

Beliau mendakwa, isu ini sengaja dihangatkan oleh ahli-ahli UMNO untuk menarik rakyat terus membenci DAP yang selama ini berjuang membantu rakyat. Sebelum ini, tindakan ADUN DAP Sri Delima itu telah menyebabkan sekumpulan masyarakat Melayu di Pulau Pinang berkumpul mengadakan demo bagi menyatakan bantahan di hadapan Dewan Undangan Negeri. 

Mereka mendesak RSN Rayer supaya menarik balik perkataan tersebut dan segera memohon maaf kerana menurut salah seorang peserta demo tersebut, perkataan "celaka" itu bermaksud makian dan tidak sepatutnya diucapkan oleh seorang pemimpin yang mewakili rakyat. SUMBER

No comments:

Post a Comment