Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Friday, December 20, 2013

Umno bersungguh tapi Pas??? Bertangguh!!

Umno merumuskan bahawa Perkara 3 Perlembagaannya akan dipinda untuk mengikrarkan perjuangannya meletakkan Islam sebagai agama negara Malaysia dengan penegasan bahawa ia menganut fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah. 


Langkah ini perlu diambil demi mengelak sebarang usaha untuk mencampuraduk dan mengelirukan umat Islam dengan fahaman yang pelbagai dan sekaligus mengancam kemurniaan akidah. 

Ancaman seperti ini memang sudah diisyaratkan oleh Rasulullah bahawa “di akhir zaman nanti umat Islam akan terbahagi kepada 73 firqah atau golongan dan mereka semuanya akan masuk neraka”.

Rasulullah menegaskan bahawa hanya satu pengecualian sahaja kepada hakikat ini iaitu mereka yang menghayati fahaman ahli sunnah wal jamaah akan disimpangkan daripada penjara neraka jahanam. 

Lantas sebagai pejuang Islam yang taat, Umno berpandangan sudah tiba masanya perkara ini digariskan dengan jelas. Ini kerana asas pemahaman Islam Umno ialah mentaati konsep yang juga sudah dititipkan oleh al-Quran – ummatan wasatah atau umat pertengahan.

Islam itu mudah dan ia tidak memberatkan penganutnya hingga boleh mendorongnya menjadi ekstrim atau bersikap fanatik. Sebab itu dengan pimpinan ulama, Umno tangkas membungakan konsep wassatiyah (moderation) hingga ke peringkat global.


Lantas komitmen Umno pada Islam mendorongnya untuk melembagakannya hakikat ini dalam perjuangannya sebagai pergerakan politik yang mengidamkan Islam didaulatkan di negara ini. 

Perhimpunan Agung Umno yang lalu memandang hal ini memang wajib dilakukan di kala umat Islam diterjah dengan pelbagai fahaman seperti ajaran Syiah, Liberalisme, Hak Asasi Manusia tanpa batasan hingga sanggup menghalalkan kegiatan LGBT (Liberalisme, Hubungan Sejenis, Biseksual dan Transeksual).

Ketika Umno menyusun langkah untuk memastikan fahaman umat terhadap inti ajaran Islam terus bening, parti saingannya, PAS pula mahu menghidupkan cita-cita lamanya mahu melaksanakan hukum hudud.

Mungkin iltizam yang ditunjukkan oleh kerajaan Brunei Darussalam menterjemahkan impian PAS itu menjentik semula keinginannya menyemak cita-citanya mahu melaksanakan hukum hudud walhal sebelum ini ia terlalu leka dengan skim rebut kuasa dengan meninggalkan cita-cita mewujudkan negara Islam lantas terkesima dengan metode PKR dan DAP.


Justeru itu Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang menyatakan kesediaan partinya mahu bermuzakarah dengan Umno dalam ucapan penggulungan pada Muktamar PAS pada 24 November lalu. 

Mungkin ini bagi memudahkan PAS membawa usul pelaksanaan hukum Islam di Parlimen demi mendapatkan komitmen kerajaan pimpinan Umno untuk menyokong cadangan berkenaan.

Bagaimanapun tindakan susulan terhadap keinginan PAS ini agak hambar. Ini mendorong ramai yang meramalkan bahawa muzakarah yang diidamkan itu mungkin tidak akan menjadi satu realiti.

Umumnya, golongan pesimis ini merasakan bahawa tiada keikhlasan ditunjukkan oleh kedua-dua pihak untuk duduk semeja membincangkan isu-isu kepentingan umat Islam dan Melayu ini.

Umumnya, mereka bersikap sinis terhadap cadangan Presiden PAS itu kerana menganggap bahawa sebagai kerajaan Umno perlu menggerakkan langkah pertama untuk mempelawa PAS berunding. 


Malah Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mempertegaskan PAS tidak bercadang mengutus surat jemputan muzakarah kepada Umno kerana seharusnya presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mengambil inisiatif itu kerana beliau adalah ketua eksekutif pemerintah.

Mengutamakan soal protokol sebegini pasti menjadi hambatan kepada usaha murni ini. Soalnya, jika memang benar muzakarah yang dicadangkan adalah untuk kepentingan Islam mengapa soal protokol kini mengambil tempat utama? 

Yang hendak dicapai oleh PAS ialah melaksanakan hukum-hukum Islam tetapi perkara itu termasuk dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat. Bagaimanapun ada pihak dalam PAS yang menganggap oleh kerana ia sebuah parti politik Islam, Umno sewajibnya menghormati perjuangannya ini!

Sebenarnya secara rasmi Umno sudahpun menyahut cadangan PAS. Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan jelas menyatakan bahawa Umno tidak mahu ada tembok pemisah di antara Umno dengan mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahupun parti politik. 


Keterbukaan Umno dalam soal mendaulat dan mempertahankan Islam ini tidak pernah pudar. Pindaan Perlembagaannya dengan meletakkan fahaman ahli sunnah wal jamaah menjadi penyuluh akan arah tujunya.

Bagaimanapun kesungguhan PAS mahu membuktikan komitmennya terhadap pelaksanaan hukum hudud masih lagi di takuk lama – salahkan Umno tidak mahu menyokong. Sampai bila PAS mahu beretorik begini?

Bak kata mantan Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad, PAS sebenarnya berkuasa mengatur semua perincian perlu seperti melembagakan tatacara mahkamah, etika hakim, prosedur keterangan dan bukti untuk melengkapkan pengurusan Mahkamah Syariah sepenuhnya berhubung hukum hudud terlebih dahulu. 

Kesempatan ini sudah terbuka luas sejak 1990 apabila PAS mula memerintah Kelantan dan pada 1999 apabila ia menguasai Terengganu serta Kedah pada 2008 ia diamanah memerintah Kedah. 

Tiba-tiba selera pada hukum hudud terbuka lagi setelah ia tahu ia masih belum mampu menegakkan sebuah negara Islam kerana ia mula menukar politik sekadar mahukan sebuah negara berkebajikan.

Wednesday, September 4, 2013

Agama Islam DIHINA lagi???


Kuala Lumpur, seorang Pelukis Anurendera Jegadeva ditahan polis selepas laporan polis dibuat terhadapnya kerana dikatakan menghina Islam. Beliau melakarkan mesej penghinaan dengan menyebut “I for Idiot”.

Seolah-olah menyatakan Islam itu untuk orang bodoh beserta dengan tulisan khat ‘Basmallah’ terbalik di bawahnya, yang jelas menunjukkan unsur niat yang jahat oleh pelukis tersebut.

Manakala untuk J dan K pula di buat ‘J for Jesus’ dan ‘K for Krisna’ – tanpa ada sebarang unsur penghinaan.

Ketua Polis Daerah Sentul Timbalan Komisioner Zakaria Pagan mengatakan, kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 298, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk menghina agama seseorang.

Gagak berharap agar pelukis ini diberi hukuman yang berat kerana menghina agama seseorang serta akan menyebabkan pergaduhan yang sekaligus memudaratkan keharmonian negara Malaysia.

Friday, August 23, 2013

Mana perginya puak-puak PASSS!!!!

Gagak sebenarnya hairan dengan puak-puak PAS dalam Malaysia sekarang ini..mana tidaknya konsert Metallica baru-baru ini pemuda-pemuda PAS sibuk membuat bantahan sana sini kononnya konsert tersebut dianggap tidak mencerminkan budaya masyarakat Malaysia.


Pemuda PAS mengadakan jelajah bagi menyatakan membantah berkenaan dengan konsert Metallica yang kononnya budaya rock atau thrash metal yang membawa lagu-lagu keras dilihat agak keterlaluan kepada masyarakat khususnya umat Islam.

Yang menjadi persoalannya sekarang ini KENAPA PEMUDA PAS MALAYSIA tidak turut serta dalam Himpunan Bantahan Permohonan Penggunaan Kalimah Allah oleh The Church di Mahkamah Rayuan Putrajaya pada hari Khamis 22 Ogos 2013???


Adakah Isu Kalimah Allah ini hanyalah satu isu yang REMEH sampai PEMUDA PAS tidak turut serta dalam himpunan bantahan yang berlansung pada pagi Khamis baru-baru ini?? Gagak betul-betul terkejut kerana PEMUDA PAS tidak lansung hadir untuk menunjukkan tanda sokongan demi membantah penggunaan Kalimah Allah sedangkan PAS kononnya memperjuangkan Agama Islam. Dimanakah pegangan PAS yang mempertahankan kesucian agama Islam sepertimana yang selalu dilaung-laungkan sebelum ini??

Dari sini pembaca semua boleh menilai tentang pegangan dan perjuangan PAS sekarang ini. Bagi gagak, PAS kini sudah tidak releven lagi kerana tidak mampu bersuara dalam menjaga kesucian agama Islam di Malaysia ini. PAS hanya mampu berpeluk tubuh dan hanya mampu melihat kesucian agama Islam dinodai.

Gagak Hutan



Tuesday, August 20, 2013

KEMPEN PAKAI SONGKOK pada Tayangan TANDA PUTERA


Disebabkan kehangatan kempen ini, Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek selaku Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia telah mencadangkan supaya Lagu Negaraku dimainkan sebelum tayangan bermula didalam panggung.

Kempen bersongkok ini juga telah disambut hebat sehingga Kru dan Pelakon Tanda Putera sedang merancang untuk turun bersama menjayakan kempen ini. Antara Pelakon Utama yang memberi respon yang positif tentang kempen ini adalah Zizan Nin yang berlakon sebagai Tun Dr. Ismail.

Tarikh: 31 Ogos 2013, Sabtu
Tempat: GSC MidValley Kuala Lumpur
Lelaki: Bersongkok, jika boleh berbaju melayu
Perempuan: Tudung hitam, jika boleh berbaju kebarung/kebaya/kurung

Masa tayangan:
***masa tayangan akan diumumkan minggu depan, bersiap sedia untuk membuat tempahan awal melalui pembelian awal di kaunter atau secara online

Antara 17 page yang bekerjasama dalam usaha kempen ini adalah:
1. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
2. Boikot Barangan Cina DAP
3. Anti Pakatan Rakyat
4. ANTI Semua Salah UMNO - ASSU
5. Anti Bersih
6. Anti-DAP Club
7. Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup
8. Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi
9. Media PJ Selatan
10. Melayu Islam Bersatu Boikot DAP & Kroni
11. Kami Sokong Buletin Utama TV3
12. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang
13. Afiq KLtown
14. Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM
15. Analisi Politik Terkini
16. Ini Kali Lah Gabung
17. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami

JOM BERAMAI-RAMAI KITA MERIAHKAN LAGI, TUNJUKKAN PADA SEMUA YANG MELAYU MASIH BERSATU.