Monday, July 14, 2014

TUN 'M' MAHU MALAYSIA DAN DUNIA BOIKOT BARANGAN ISRAEL #Teammediagagak


Langkawi, 14 Jul - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata tindakan memboikot barangan yang dikaitkan dengan Israel hanya memberikan kesan jika ianya dibuat secara besar-besaran melibatkan masyarakat seluruh dunia. Katanya tindakan memboikot melibatkan kelompok yang kecil tidak mendatangkan hasil kecuali ia dibuat secara menyeluruh yang membabitkan seluruh dunia. 

"Saya menyokong usaha-usaha memboikot barangan Israel supaya dapat ditingkatkan ke seluruh dunia", katanya pada sidang media selepas Majlis Berbuka Puasa dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim anjuran Jetty Point Langkawi di Masjid Darus Salam Nyior Cabang, Ahad lalu. Cadangan memboikot produk berkaitan Israel itu berikutan serangan rejim Zionis ke atas Palestin hingga mengakibatkan ratusan rakyatnya terkorban. 

Antara produk Israel yang menjadi kesukaan masyarakat di seluruh dunia ialah seperti makanan segera Mc Donald, minuman berjenama Coca-cola, makanan ringan KitKat, dan bermacam-macam lagi. Namun begitu, kesemua produk ini masih lagi diminati meskipun umum ketahui ianya berasal dari Israel. Sementara itu, sejak beberapa hari yang lalu, Rejim Zionis telah melancarkan lebih 50 serangan udara di Gaza, Palestin yang telah mengorbankan sebilangan orang awam termasuk kanak-kanak dan juga warga tua. 

Rejim Zionis turut menyerang persatuan kebajikan orang kurang upaya menyebabkan dua terbunuh di Beit Lahiya, utara Gaza, manakala serangan kedua di barat Gaza mengorbankan tiga mangsa. Lapan lagi mangsa yang terkorban adalah susulan serangan udara rejim Zionis Israel. 

Menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan wakil kerajaan Palestin, masjid-masjid dan kediaman pimpinan Hamas menjadi sasaran utama serangan Israel di sekitar Gaza, sejak awal pagi ini.Israel memulakan Operasi Perlindungan Sempadan Selasa lalu, dalam usaha untuk menghentikan serangan roket rentas sempadan kononnya didalangi kumpulan militant Palestin. 

Kumpulan militan itu didakwa melepaskan sekurang-kurangnya 520 mortar ke arah Israel, manakala serangan 140 roket berjaya dipintas oleh Iron Dome, sebuah sistem pertahanan peluru berpandu milik Israel, dalam kenyataan yang dikeluarkan tentera Israel.Setakat ini tiada kematian warga Israel dilaporkan.

No comments:

Post a Comment