Biro Kebajikan UMNO Malaysia akan menggerakkan bantuan kemanusiaan ke Gaza dalam masa terdekat bagi membantu rakyat Palestin yang sedang dizalimi oleh tentera Israel. Pengerusinya Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata pihaknya dengan kerjasama Kelab Putra 1Malaysia(KP1M), Aman Malaysia dan juga badan bukan kerajaan (NGO) perbagai kaum di negara ini akan ke Palestin setelah kebenaran masuk diperoleh.
Menurut Abdul Azeez, bantuan-bantuan tersebut adalah merupakan barang-barang keperluan asas bahan makanan yang dibeli dari negara Mesir. Sementara itu, Abdul Azeez juga menyeru rakyat Malaysia tidak kira agama atau bangsa supaya sama-sama membantu rakyat-rakyat Palestin yg tertindas ini. Rakyat Malaysia boleh menderma apa sahaja seperti pakaian, wang, perubatan dan beberapa keperluan asas yang lain lagi.
"Konvoi bantuan kemanusiaan kali ini akan membeli bahan makanan dari negara Mesir untuk dibawa masuk melalui Rafah ke Gaza bagi meringankan kos pengangkutan berbanding jika dibawa terus dari Malaysia. "Kami merayu kepada rakyat Malaysia supaya tampil menyumbang wang, pakaian, perubatan, kepakaran dan apa saja yang difikirkan diperlukan oleh rakyat Palestin yang menderita akibat kekejamaan Yahudi," katanya.
Abdul Azeez turut berkata, pihaknya turut mempelawa semua NGO tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama menyertai konvoi berkenaan sebagai sukarelawan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat di negara itu. Abdul Azeez yang juga Anggota Parlimen Baling turut merayu doktor-doktor pakar kanak-kanak, pembedahan, pakar tulang, sakit puan dan trauma menyertai konvoi itu secara sukarela.
Abdul Azeez berkata pihaknya turut mempelawa semua NGO tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama menyertai konvoi berkenaan sebagai sukarelawan untuk menyalurkan bantuan kepada rakyat negara itu. Abdul Azeez yang juga Anggota Parlimen Baling turut merayu doktor-doktor pakar kanak-kanak, pembedahan, pakar tulang, sakit puan dan trauma menyertai konvoi itu secara sukarela.
No comments:
Post a Comment