Walaupun kalah di pilihanraya kecil Teluk Intan, calon DAP Dyana Sofya menolak untuk meninggalkan DAP kerana parti itu sudah dianggap seperti keluarganya sendiri. Beliau mendakwa, tujuan menyertai DAP adalah untuk berkongsi cita-cita dan misi melihat negara berada di tahap lebih baik.
"Saya tidak pernah rasa semangat sebagai rakyat Malaysia sehinggalah saya menyertai DAP," katanya dalam satu kenyataan media.
Ketika mengulas kenyataan bekas Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Ibrahim yang mendakwa beliau percaya Dyana Sofya akan meninggalkan parti pembangkang itu, Dyana berkata, pengalamannya sepanjang menyertai DAP tidak sama dengan Tunku Aziz dan tidak pernah berhasrat untuk memegang jawatan tinggi dalam parti.
"Mungkin jika Tunku Aziz luangkan lebih banyak masa dengan DAP dan akar umbinya, saya yakin dia juga akan bersetuju dengan kenyataan ini." Menurut Dyana Sofya, berbeza pendapat tidak bermakna perlu tinggalkan parti apabila perselisihan timbul.
"Tidak seperti yang lain, saya jauh lebih meyakinkan tidak keluar parti hanya kerana saya gagal diundi, dilantik atau tidak puas hati dengan kenduri kahwin," katanya.
Dyana menyifatkan bahawa dirinya bukanlah seorang yang tiada pendirian seperti bekas-bekas ahli lain yang keluar parti kerana tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.
Menurut Dyana, beliau tidak pernah melihat DAP sebagai satu parti politik tetapi lebih kepada keluarga yang menyedarkannya tentang menjadi rakyat Malaysia sejati.
Dyana juga menyifatkan bahawa parti DAP adalah satu-satunya parti yang paling adil dan mempunyai perjuangan Malaysia sejati.
"Saya menyertai DAP sebagai ahli biasa selepas mengenali anggota dan pemimpinnya. Saya faham dan mengagumi perjuangan pemimpinnya, prinsip dan budaya yang pelbagai", ujar Dyana. Anak kepada wakil Umno ini juga menganggap pemimpin DAP sebagai idola beliau serta menyanjungi perjuangan mereka untuk menghapuskan perbezaan kaum di negara ini. -SUMBER
No comments:
Post a Comment